BEN ASHAARI

Saturday, April 9, 2011

SUP TELUR BEREMPAH...

P1270237
Salam semua, dah makan tengah hari?..Hari ni rasa macam very the lemau jee..kalau ikut kan hati ku yang duka lara ni, nak je golek ala2 dugong terdampar, malas gilaa..Huhu, tapi nama mat gebu ni kalau tak dok bergerak ke hulu ke hilir, tanda tak lama lagi lah tuu. Hari ni kan idea memasak zero, jadi tadi sambil duduk2 mengemaskan dapur, mula lah my wild imagination bertindak liar, semua benda aku tukar jadi benda bukan2, (imaginasi laaaa), kuali tiba2 aku bayangkan jadi kete kebal. Tangki air jadi tasekk...boleh?..Dan yang paling mengong, peti sejuk boleh jadi bangunan antik!!!...Hadoi si mat, macam lupa makan ubat penenang kann..haha, gasak lahh..janji sup telur berempah ni sedappp....Jomm makan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
  2. Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
  3. Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...

18 comments:

akuanakpahang said...

Salam CMG, jangan terkena telur tiruan sudah :) telur gred C jarang ada yang tiruan melainkan gred A aje .. best nampaknya sup telur berempah nie :)
New Entry "Wanita pengsan disebat."

z a k w a n said...

pengsan 2 minit

IQBAL ZARIN said...

semoga semua resipi CMG yg menggunakan telur ni terselamat dari telur tiruan...

Wuucin Kimora said...

Menu diet hr nie ;D

Myra Ayreen said...

sedap nih ~!~~~

Sunah Mohammad said...

okeh...nak try tengahari ni ye...tapi bukan try telur ni....

nak try....




















main kete kebal kat dapur...ahahahahaha~ larikkkkkkkkkkkkkkkk!!

cik cek said...

Aduh! tak tahan kak cek tgk sup2 ni...lapo rasa perut...hirup sup tetengahari ni sedapnya cik mat....

shida anwar said...

kena mandrem dah..mcm besa2 je bahan tp PCM nyer pasal yummy..yummy...

Bella Ayub said...

siyes takut nak makan telur

halila Ibrahim said...

la.. cam nudah je kan... tp tak pernah terfikir telur pun bleh buat sup.. malam ni nak try la .. pasal lunch dah masak...

K.Nor said...

ooo ni yg sup telur tadi ya.. mintak izin copy & save dulu ya.. mekasih :)

~~zAnAfAhMi~~ said...

sup telur ni resipi org sakit ni che mat, saya selalu buat kalau dah takde idea nak masak apa....tengok che mat punya sup tu terlior pulak!

ladyzamea said...

sedapnya telor PCM..
nak telo yg tulen jer tau..
telo tiruan x mau...coi!!!!

Haruuta Chan said...

Mat Gebu nak tanya sikit boleh? Ada tak resepi buat Lasagna? Macam best je tengok makanan tuh . Kalau ada , Mintak share2 ye :D

Miss Ran said...

cm sdp je..br dpt on9 ni

hana devushka said...

tetibe lapo plak perut ni tgk sup telur berempah ni..nyum3~~~

Mylady said...

Salam CIk Mat..

Saya dah try dah sup telur berempah ni..suami kata memang sedap...saya minta izin C&P resepi kat blog saya..thanks ek..:-)

IBUNDA DELIGHTS : SUP TELUR BEREMPAH

Azura said...

Salam hari ni buka pose ingat nk cuba wat sup telu ni.. jadi mohon izin tuan blog copy n paste resepi ni kat blog sy :)terima kasih yang tidak terhingga

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.