BEN ASHAARI

Wednesday, April 20, 2011

SUP AYAM PENCEN...SAMA MACAM DULU2..

P1270662
Cakkk!!!...Hujan kat Sedenak ni, sedapnyaaa.....kalau tidur, tapi kan mat pantang tidur siang. Dah lama juga tak masak sup, ini atas permintaan bonda sejak beberapa hari lepas. Kali ni mat guna ayam pencen atau ayam tua, kalau ayam kampung lagi sedap walaupun nampak mereket jee. Sup ni kurang lebih 1 ekor, alah ayam tua ni saiz dia sederhana. Lagi pun kan, rasa dia tak de lah lembut sangat macam ayam muda. Cuma kalau nak masak cepat kena guna periuk tekanan atau pressure cooker. Kalau guna dapur biasa boleh renih perlahan hingga empuk. Kalau anda nak guna ayam muda pun tak de masalah. "Erk"...haha kenapa pulak si mat tu...nak tau kenapa klik sini..
Link
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam tua @ pencen (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  4. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning...

17 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

saye nak cup ayam teruna. <3

kakchik@ella said...

amboi .. byk sgguh bahan-bahan membuatnya ye cik mat.

mama kakchik suka ayam pencen buat rendang.

cik mat .. cik mat .. kalo kc gi sedenak nnti .. cik mat masak sedap2 tau. biar tak cukup ruang meja. pastu kakchik siap bwk dengan tepen biru 5 tingkat sekali. bawak bekal balik. hihi ..

Sunah Mohammad said...

erk! kenyang...alhamdulillah...

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

ayam pencen sedap tapi amik masa yg lama daaa abg mat..
utk org2 yg cpt lapor mcm sy ni x sesuwei ahahaha..nak ayam muda je la ahaks.. ;D

Sis-Lin said...

ayam pencen mmg sedap bt sup atau rendang...tp jgn kena yg liat..mmg sakit jiwa makan selit kat gigi...huhuhuhu

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

eemmm..sodapnya klu boleh hirup sup tu....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer....slurppp mkn ngan sambal kicap ni best kan cik mat

akuanakpahang said...

Salam CMG, ayam pencen nie kalau buat gulai lemak cili api pergh :)
New Entry "Bagaimana rupa wang RM 14.2 juta?
"

zuwaidah said...

kalau laaa ayam tu leh bercakap....mesti dia kata "bila masa lak aku pencen nih"...apa pun sedap mat sup ayam tuuuuuu...panas2 makan di waktu hujan turun..fuhhhhhhh tak terkata

aizura said...

mase tgh2 ujan nie selain sedap tdo mkn sup panas2 pon layan gakz kan MG... sy sukew mkn sup ngan cili padi kicap perghhh... terangkat.. hehehe

juliaakmal said...

sedapnya..kak...amik resepi yer...

CT Delima said...

Suka makan ayam pencen ni Mat. tringat kat kampung k.ct dulu Mat.. bila arwah atok nak makan jer k.ct tlg siat2 kan ayam tu dulu, sbb dia tak ada gigi ori lagi.. hihihi

maiza love said...

sedapnya makan sup ngan nasi panas nih..klu ada sambal kicap lagi la pergh.. tp x nak ayam pencen la ,ayam dara lagi syok lembut je huhu..

IQBAL ZARIN said...

ayam pencen tetap sedap even liat. hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak lain je skill/angle ambik gambar cik mat kali ni....... n3 yg lepas pun sama gak.. tp ok gak kan.. kita tukar gaya sesekali kan... sup ayam akak suka.. tp ayam pencen akak kurang suka sbb liat sikit.. hehe..

Lelord said...

adehhh leleh air liur...sedapnya

rini pun cadang nak wat sup ayam jek...mana nak dapat ayam pencen kat doha ni

Mr. Kamikaze said...

krukk.. krukk.. << bunyi perut lapar.. stp kali masuk blog DTS ni mesti rasa lapar even baru lepas mkn.. hoho..

btw, thnx for the link.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.