BEN ASHAARI

Monday, April 18, 2011

SAVORY PRATA PUFF....

P1270623
Salam malam semua, sebelum tidur ni mat nak share satu lagi resipi mudah, boleh buat untuk sarapan atau minum petang. Buat dia senang dan ringkas. Mat guna instant prata jenama "KAWAN" kalau selalu kan mat guna pastry puff, tapi ni kali mat guna prata pulak...hmm sedap. Mat buat ala2 karipap tapi saiz besar. Lepas tu nak makan kita kerat lah. Mat buat dalam 3 keping roti prata tu. Daging pulak nak cepat guna daging burger ramlee siaaa...Mat kan kalau boring, suka masuk blog ini, tengok gambar2 dia ambik...walaupun simple tapi setiap gambar ada cerita tersendiri.....bess i likeee okehh!!!.

BAHAN INTI :-)
1 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/4 biji red capsicum, dadu kecil
1/4 yellow capsicum, dadu kecil
1/4 green capsium, dadu kecil
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN LAIN ;-)
3 keping instant prata jenama 'KAWAN"
Telur untuk disapu
Bijan untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga garing, masukkan rempah kari dan sedikit air, masak sekejap. Masukkan daging dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga pekat. Masukkan semua jenis capsicum dan perasakan dengan sedikit gula dan garam secukupnya. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK SAVORY PRATA PUFF :- Ambil sekeping instant prata, letak 1/3 inti pada 1/2 bahagian prata. Kemudian lipat prata tadi sehingga membentuk seperti kariap. Tekan tepi2nya dengaN garfu, alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis untuk baki adunan.
  3. Sapu telur pada permukaannya dan tabur bijan rata. Bakar 25 minit atau hingga masak pada suhu 190C atau hingga kuning keemasan. Sejukka atas jaringan.Kerat 3 untuk setiap satu keping. Hidangkan..

20 comments:

AdyBudika said...

wahhhhhhhhhhhhhh..aku bakal buat neh!!

Eyrique Ettiqazz. said...

CMG,nak tanya..CMG ni full time blogger ker?x keje mana2 sbb tgk setiap masa masak dr pg sampai mlm...online pon sama..jgn marah...kikiki

Bella Bell said...

perghhh....nak cuba buat nanti..paksa mak buat..miahahahhahahaha~~~

Sunah Mohammad said...

lapar.......

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

kena cuba ni..simple & menyelerakan!

~...AmALinA....~ said...

uwaaaaa sedapnye....

INADZUAN said...

Salam...mat gebu
Baru-baru ini saya ada membuat puff ala karipap. Apabila ianya mengembang tida rupa karipap...apa yg tak kena. Tolong!!!

Zie said...

CMG...jenguk lagi kat sini hehehe

Kjee said...

vely de kli-a-tif!

Kjee said...
This comment has been removed by the author.
Sis-Lin said...

ermmm sedappp..simple je ek..patut le si Ady tu boleh nak buat...hahahah

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Sdr memang pandai dan bijak dlm mengolah masakan.

Syabas!

gadisBunga said...

salam cikmat,

jadi jugak roti prata kawan ni ditaruk inti kan? semalam tgk status kat fesbuk, dah terbayang2 dah apa agaknya yg akan jadi dgn prata tu. nyum!

InaAchik said...

kite nak cuba resipi senang cik mat ni... kite suka tau kalo resipi2 yg boleh masak sambil goyang inul neh! :)

inaachik @ http://akubukancheff.blogspot.com/

Mat Gebu said...

Terima kasih pada semua..
@ ady - koo beli oven dulu, nanti boleh buat..

@ eyrique - yep....lagi pun saya keje dirumah..

@ bella - hahah, mak buat yea..

@ sunah - erkkkk..lapar ke.

@ pinky momma - harus cuba, senang nih.

@ amalina - senang ni, boleh try nanti..

@ inadzuan - mmg mcm tu, sebab puff dia akan mengembang bila dibakar..rasanya tak de silap apa2.

@ zie - terima kasihh..

@ kak jee - tocey lauser jeee..ni hau ma?...hen hauu?

@ sis-linn - senang ni linn, boleh buat bila masa..

@ mama ju - terima kasih mama, olahan biasa2 je mama..

@ gadis bunga - erkk..hehe, ok juga kan guna prata ni, sebab ramai kata puff pastry payah nak dapat.

Mat Gebu said...

@ inaachik - yeahh..tuu diaa sambil goyang inul lagi..kelasss lahh..

gadisBunga said...

eh rupanya link kat atas tu masuk ke blog kita rupanya! baru perasn. hihi, TQ cik mat! harap cik mat terhibur walau pun selalunya entri lebih kepada mengarut.

terima kasih daun keladi. (kalau dapat makan asam pedas keladi tgh hari ni mmg sedaplah!)

Isteri Encek Bard said...

CMG sangat mengiurkan

Izzy said...

dalam banyak2 kes derhaka yang cik mat dah buat, ini lah kes derhaka yang saya tahap dewa lotus langit ketujuh belas ribu! tak terpk langsung nak guna roti prata jadi kulit. nanti saya pinjam haaaa...

Nurul dot..dot..dot said...

http://nuruldotdotdot.blogspot.com/2011/04/jemput-makan.html

cik mat..nurul da try buat..tapi nurul ubah sikit2 resepi..jemput la tengok kat blog nurul ^ ^

TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.