BEN ASHAARI

Sunday, April 10, 2011

PUCUK PAKU PERAK GORENG BELACAN.

P1270266
Petang semua, ngantuk ke..terlepekk jeee, memang panas kan cuaca, pagi tadi hujan kat sini sekarang ni baru panas balik. Hadoi boring tak sangka ni hari..sekarang ok sikit. Pucuk paku perak goreng belacan ni mat masak tengah hari tadi, jadi mat buat n3 untuk petang. Kena lah faham kan, mat update hari 7 hari seminggu aku tak pernah pun cuti update n3 masak2...kalau N3 tulis2 kat mana je koo boleh menulis bila ada idea..tu pun idea bagus lahh jangan idea botol kicap..kang kena keji. Berbalik pasal N3 masak2, anda pun tau kan mat sebelum masukkan n3 kena pastikan ganbar tak sedikit banyak agak menarik, sebab blog masak2 ni kann sayangg..selain resipi, gambar juga ada "modal"...nak tau macam mana mat edit, boleh klik N3 yang niee....

(Gambar pucuk paku perak..ihsan dari Blog : Cookery Pot di sini.. terima kasih)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku perak, diasingkan dari batangnya
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Garam dan secubit gula
1/2 biji bawang besar, hiris
1/2 camca besar sos tiram
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 ini belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk paku dicuci dan toskan, biar kering. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah sos tiram, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku, bawang besar hiris dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...pengsann okeh!..
CATATAN MAT GEBU :- Mat tak galakkan bagi mereka yang mengalami sakit sendi untuk mengambil pucuk paku dalam kuantiti yang banyak, ini kerana dipercayai, pucuk paku datang dari unsur sayur yang sejuk..

12 comments:

Sunah Mohammad said...

pcm..typo..kuantitit...:p

Miss Ran said...

sunah2

penin..tgk makann rase nk muntah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

haha..sunah nah dapat tangkap typo.sunah tak check tuk pcm ke td?

CMG...LM sgt suka mkn pucuk paku.dah hampir setahun tak menjamah pucuk paku...rindunyer nak mkn sayur kegemaran ni

Taiko said...

syoknya tengok gambar makanan...

cik cek said...

Ratah je sedap sayur ni cik mat...

Along Maklong said...

pueh maklong menelek gambor tu..
sebab nak kenal pucuk paku perak tu yg macam mana..?

Scarlett O'Hara said...

My favourite!

putrifayad said...

memang name pucuk paku perak ke pcm?
hehehe..sedapnye nmpk...nak sikit..:)

mcm ni lah said...

nampak sedap dan menarik,. mesti betul2 sedap seperti di dalam gambar tu,.
sekali sekala masak ler umbut pisang plak,.

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg kegemaran saya paku goreng belacan besttt :)
New Entry "Ratu Cantik Nyah Miss Malaysia Pahang 2010."

Wuucin Kimora said...

sedapnyer.. xsabar nk balik nk suh mak masak!!! heee

kakchik@ella said...

OMG. So sedap.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.