Menghasilkan kurang lebih 10 biji muffin saiz sederhana. Kalau kita perhatikan teknik membuatnya lebih kepada teknik cupcake, sebab kalau muffin teknik dia amat ringkas. Kalau anda bijak dan kreatif, boleh oter sedikit pasal perisa tu...Anda berani?...hmm kalau ada rasa keyakinan, apa salah mencuba...kann. Mat pun buat macam tu dulu, bila menjadi dan rasa kena pada citarasa kita, kira kita berjaya lah...harus dibanggakan okeh, kira pencapaian untuk diri sendiri... Sebelum mat tulis resipi mat nak ucapkan terima kasih pada sorang blogger ni kerana apa..hmm yang tu anda kenalah tengok sendiri di sini..
BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor
Cincangan kacang badam secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
- Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
- Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
- Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... Selamat mencuba untuk semua....



15 comments:
hujung bulan 4 ni saya nak balik rumah..nak cuba masak..nanti nak tunjuk kat uncle gebu..hehehehhehe~~~
sedapnya..^__^v
pinky yg spatutnya ckp terima kasih..hukhukhuk
sape la daku pcm ;)
sayang lebeyyy ni..wahh~
Sifu Chef ku!!! Tochey!! Tenkiu!! Arigatok!! Timo kasih!! Terharu nih.... sob3...
sgt nyum2! ;D
publish tengah2 malam??? Wohoooo mwnggugat sungguh!!
Sedaaap sedaaapp!
Terima kasih Cik Mat kerana share resipi yang best ni!
Saya memang suka nih.
Tq ;)
eeee...muffin lak ...ish..ish..ni yang buat aku tak boleh nak kurus nih bila masuk sini....
Mat, nak mapin dengan bekas2 tu sekalik...waaah elok jek mapin dia...mcm sedap n moist jek..
sedapnya..ada lebih tak???
lamanya kak cek tak baking2 muffin ni...tgk muffin kat DTS ni kechurla pulak...tq kongsi2 resepi eek...
Suka makan muffin, sedap...
sedappppp... mat..masuk tak masterchef malaysia? masuklah...mesti best!
che mat, bekas muffin tu beli kat ner?...nak jugak bekas cantik mcm tu...uwaaarr...
Thanks banyak2 CikMat utk resepi yg ringkas dan mudah ni..saya dah try, tapi deraka sket..
baru nak blaja buat muffin..
mintak izin guna resipi cik mat ye..
Post a Comment