BEN ASHAARI

Saturday, April 9, 2011

JUS KASTURI ASAM KECUT...IZAMIR BIKIN PANAS!

P1270246
Panasssnyaa cuaca, salam dan sebelum mat gebu dan anda semua masuk beradu, mari lah kita cuci mata dan tekak dengan jus kasturi asam kecut....melelelehhh okehhh!!...sedap ni, nyamann jeee bila sampai kat tekak. Tergoda tak?..waahh akak tu menghangguk pala kan main lagi...tapi kan mat tengok gambar tu, aku pun tirrguda tau..kacau betullah..huhu..dah baik siap2 pi tidur dan sebelum tu baca resipi dan renung gambar tu lama sikit, nanti malam sah2 mimpi punya...minta ampon dan maaf jika terkasar bahasa yeaa..Pstt..sini lah
..sini...panass nihh Blogger Izamir..alah budak lebah tuu..bikin panass...try klik sini...aku tak bertanggungjawab kalau korang pengsan....


BAHAN-BAHANNYA :-)
20 biji asam kecut
2 liter air
Gula secukup rasa
4 - 5 biji limau kasturi
Ais kiub secukupnya
Air masak, secukupnya
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak asam kecut dengan air hingga mendidih, kecilkan api dan renih 15 minit. Tuang dalam bekas dan letak gula secukup rasa. Kacau hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Perah jus limau kasturi dan tuang dalam air asam kecut tadi. Letakkan juga 3-4 biji limau kasturi yang telah dibelah dua dalam air tadi. Jika kurang tambah dengan air masak.
  3. Letak ais kiub secukupnya hingga sejuk. Hidangkan sebagai pembasah tekak di kala cuaca panas terik....Selamat mencuba...

13 comments:

AdyBudika said...

Errrrr.......nak sket!!!

Izamir Ridzwan said...

pengsan hantaq pi ICU!!!

NadiRah said...

kecur tgk...

Sunah Mohammad said...

sangat sedap...















...dipandang....dirasa sedap tak? hahahaha~

putrifayad said...

untuk hilang sakit tekak boleh tak ni pcm?:)

Abang Long said...

Salam...ish3..haus nengok nih! Kalau buat air panas ok tak? Tak boleh minum ais nanti batuk..thanx

y u y u Z u l a i k h a said...

ehhhhhh! jiran sayee ^^

Bella Bell said...

sedapnya......




td lapar...



skrg dahaga...



T__Tv

Miss Ran said...

sedapnye..tak tipu..nakkkkkk

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
ayu demam...
so......
wajib beri air ini untuk ayu sihat tau...hahaha

Haris Kaito said...

waaaa~IR~~

suri said...

Asam kecut tu asamboi ker..sori sy ni ketinggalan zmn..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huwa........rasa nak pengsan tgk air ni..slurppppp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.