BEN ASHAARI

Monday, April 4, 2011

IKAN SEGAR DARI SIS LINN DAH JADI SUP....

P1270014
Hmmm, jom makan sup ikan. Ini ikan segar mat dapat dari sis linn, tadi terpublish awal, biasalah tengah nak kemas2 meja makan tiba2 tertekan.sori yeaa. Ikan ni pemberian Sis Linn Bukit Indah JB, ikan segar, Encik Sabar cute tu mancing..kan linn..haha, terima kasih yea pada Linn dan En Sabar. Mat masak 1/2 ekor jee ikan ni. Mula nak buat asam pedas tapi kan panas2 ni asam pedas jeee...dah lah aku ni pedas, kena lagi asam pedas dah 2 kali pedas, mau terbako kang blog. Mula2 mat ingat ikan kaci, tapi bukan sebab ikan kaci pala dia tunduk sikit, yang ni pala dia bulat sikit. Tadi sms sis linn, tanya nama ikan tu, Linn kata nama ikan tu "ebek"..alah hai comelnya nama..bayangkan nama orang "ebek"..erkkk...hehe.. Ok jom semak resipi mudah dan ringan ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan "ebek" atau anda boleh guna ikan merah, dibersihkan
1/2 batang lobak merah, potong berbaji
3 pelepah daun sup
1 camca besar bawang goreng
1 liter air
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan secubit gula (nak guna serbuk perasa pun ok)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawag putih
1/2 incu halia
1/4 inci kunyit hidup
3/4 camca besar ketumbar
1/3 camca teh jintan kasar
1/3 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masuk lobak merah dan gaul rata. Tuang air dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan kiub (jika guna) daun sup dan bawang goreng. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masuk ikan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng....makan macam tu pun sedappp!!

14 comments:

Jiya said...

uicheh.. ikan fresh tuuu... tapau seperiokkk.. dgn perok2 skali.. he he he

Sis-Lin said...

Nampak macam sedap je masak sup ek...ada l;agi sekor tu, aku pun nak buat sup jugak le..aku amik respi ko yek sok..:)

Mat kalau nama owang, kena le gembala kambing! embekkkkkkkk ala2 ebekkkkkkkk hahahaaaaaaa

Sari Yusa Ibrahim said...

msti manis isinya kena mata kail en sabar...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ikan fresh2 ni memang sedap dibuat sup..

CT NoArIzAh ArIs said...

Alahaiii.. meleleh air liur den tgk sup tuuuuu !!!

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best kalau dapat ikan segar dibuat sup :)
New Entry "SERI BAYU DALAM KENANGAN | 'Sebelum Aku Pergi' Lirik Terakhir Seri Bayu."

Izyan Masri said...

NAMPAK SEDAP BERGAYA JE LAUK YANG SATU NI.BOLEH TRY NI XD

gadisBunga said...

lauk yg sesuai utk diet! heheh~

CikSyaZZ said...

wow sedapnya..terliurr betul

missMARSHMALLOW said...

xpenah mkn sup ikan..tp nmpk cam best je..

mokjadeandell said...

makcik pernah masak sup ikan.Tapi hb tak lalu makan.Maybe resepi cik mat boleh dicuba .

Shasha said...

Terima kasih sudi kongsi resepi. Saya memang suka makan sup- sup ni. Lain kali buat sup lagi ye Cik Mat.

Terima kasih sangat2. ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

dapat gak tgk entri ni...siang td klik2 x mo kluar..haha.owh ye mat gebu....ikan ebek ni sedap juga,dulu jiran selalu bg masa duk kat paka.

Jamie Surina said...

Hehehe... harini lagi sekali ku memasak guna resepi mu mat. Sekarang ni, apa pun resepi cari kat google mesti tulis tiffinbiru sekali. Thanks mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.