BEN ASHAARI

Tuesday, April 12, 2011

IKAN MASAK CUKA....MARI MENGUNDI.....SIAPA BEN?

P1270344
Salam petang semua, dah makan. Hari ni mat masak simple je, lagi pun bonda kurang sehat sikit, 2 hari lepas dia teroverdose makan ubat, jadi pala jadi pening tak hengat, pitam terus..hadoi mak aku ni memang suka ambik apa2 overdose lahhh...nasib baik tak apa2, hari ni dah ok sikit, tu pun bangun buat keje...kita nak melarang pun susah nanti dia bagi nota teori ..baik mat gebu diam jee. Hari ni mat masak ikan masak cuka, guna ikan selar jenis besar gedabak. Kalau tengok kan dia kurang lebih macam acar ikan jee...Sedap mat suka sebab ada masam2 sikit, i likee. Oh yea terlanjur ni mat nak war-warkan lah Blogger Sunah ada menyertai "Header blog pilihan"...jadi mintak lah jasa baik anda, kalau ada masa2 senggang tu singgah dan vote lah blog beliau, klik sini untuk lebih lanjut.. Psstt....BEN ni siapa?...macam mana dia boleh dapat nama Ben?..anda tau?..Mat gebu tauu....sebab baca kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan selar jenis besar atau apa2 ikan berdaging pilihan
Sedikit garam dan serbuk kunyit*
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/4 green capsicum, didadu
1 biji bawang besar, belah 8
3 ulas bawang putih, belah 2 setiap satu
1 inci halia muda, hiris
1/4 cawan cuka makan (mat guna jenama Jalen)
1 camca teh cili kisar
1 cawan air
1/4 camca teh tepung jagung + 1/3 cawan air, kacau rata
1 pokok kuchai, hiris halus
Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kelar dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit (*). Goreng hingga garing dan letak dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan gula secukup rasa dan cuka. Biar pekat.
  3. Masukkan semua jenis capsicum, kacau. Tambah garam secukup rasa dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat. Rasa dan jika ok matikan api. Curah atas ikan dan hias dengan hirisan daun kuchai...Hidangkan segera..

28 comments:

b a m b a m ' s said...

nak tumpang promosi segmen kat cni leh tak PCM.. :P

Join jom!: Segmen | Kalau aku ada bakat! Aku nak jadi...

Nurwin Heny said...

Salaam Cik Mat Gebu
Sedap betul resipi/masakan yang disediakan hari ini. Saya sering masuk blog ini utk mencari ilham apabila tak tahu apa yang hendak dimasak. Terimakasih kerana selalu share byk resipi yg sedap2! Diharapkan ibunya cepat sembuh ya.

Rgds.
Nurwin.

Jiji-Fify said...

toooooo diaaaaaaaaaa!!! menggiurkan!!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Ryo Azhar Rahza said...

wow!sedap nya...nak mintak separuh.huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedapnyer....menyelerakan lauk CMG ni

zuwaidah said...

memang sedap la cik mat...kalau laaaa kak zu ni ada anak dara besar panjang...dah lama kak zu pinang cik mat jadi menantu...hehehehehehe

Sunah Mohammad said...

gambar ikan cam amek guna kamera dslr je kannn...

kakchik@ella said...

boleh kakchik cuba ni cik mat. berbeza dgn Ikan Masak Cuka yg kakchik punya.

Isteri Yang Comel said...

syedapnyer, nak try masak petang nie

mcm ni lah said...

weeee syedap nyerrrrrrrrr aku nk chup kepala tu,.

Mas said...

perhhh..sedappnya ikan tu....

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

macam ni kata simple...kalau special tak tau lah mcm mana...^__^
nama ben tu sbb suka ben10 kot...hahaha...(sbnrnya dah baca punk dkat link tu...)

Ujang9897 said...

nak jugak Header blog lelaki pilihan..=)

http://azfar9897.blogspot.com/2011/04/tolong-undi.html

Pembawa_Wacana said...

<----- header takde sape nak calonkan...:(

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Hari2 mesti tgk blog ni, best, dpt banyak idea!menantu sapalah nanti....kita tunggu..

Axie04 said...

sedapnyer
isk lapar la pulak
walau pun dah makan tadi
haiya
terliur sudah

noorhayati said...

malam ni nak masak camni la jugak..nasib baik en. mat selalu bagi resepi so boring tak tau nak masak apa saya terjah kat sini ja..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya mat ikan masak cuka ni best mkn time2 tak selera mkn.. ada masam2 mesti berselera nnt kan...

Ruziawati Bukhari said...

nak komen satu perkataan saja. SEDAP!

MamaEma said...

sempat jugak promote header pilihan erkh..alamak dah undi si ujang la.... tak pekan mereka tu dah mcm adik beradik...

NURUL NADIAH MAMAT said...

aduh...sedapnya....leh cuba balik kg t.....

mas saari said...

wah sedapnya!
nak try buatlah...

chef mat;
nak tanya sikit
pernah tak buat ikan masak asam jawa
Mas pernah mkn kat langkawi, sedap sgt! kalau pernah buat boleh bagi resepinya tak....hehehehe

::ifla:: said...

peh..sy memg ske tgk blog dts nie.memg suke wat tekak org merana...da byk resepi sy amik tp x try ag...

truskan beresepi..lagi2 mskan kmpg..i like

ce tgk nie
http://pencilbox2010.blogspot.com/

Firdaus Kasim said...

nie kalo mkn kt kedai, konfem harga dia RM13,000 !! haha


Entri terkini :
Cara Kencing yang Betul

Kjee said...

salam CMG. Kjee harap sudi terima ole2 yg tak seberapa dari Kjee di blog Kjee. cara Kjee nak luahkan rasa kasih Kjee kepada semua yang sering singgah di dapurkakjee.com

Mat Gebu said...

@ kak jee - terima kasih kak...saya ambik sekarang...zass!!

Mamasyaidah said...

Salam En Mat, dah lama dok keluar masuk blog En Mat nih, tapi tak follow2 jugak ni baru nak follow hehehe, sebelum ni buta IT sikit...minat sgt dgn resepi2 En Mat, ade a few yg dh cuba and mmg menjadi..terima kasih lah sebab sudi berkongsi, moga dimurahkan rezeki...

Oh Oeya said...

fuhhh!! ngencesss gilosss!! siap pakej telan air lioq erkk!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.