BEN ASHAARI

Thursday, April 14, 2011

DALCA DAGING.....BLOGGER MELAMPAU!!...

P1270426
Salam semua..hmm ingat nak cuti jee hari ni, malas nak pos apa2 N3. Tapi tadi mat masak Dalca, jadi rasa sayang pulak tak pos ke blog, walaupun dah banyak kali buat dan letak. Pagi tadi mat tak bersiaran sekejap, sebab ada hal. Balik dalam jam 11 bergegas masak apa yang patut, tu pun terima kasih pada bonda yang telah menyedikan bahan2 mentah. Dalca ni anda pasti tau kan, kalau ada nasi minyak atau beriani, mesti ianya disajikan bersama. Boleh juga dicicah roti canai dan roti kosong....Haa ni pasal blogger melampau..mat tak delah marah, cuma sejak ni dia kuat mencabar aku lahh...dulu dah lah buat hal dengan aku, hari ni buat hal lagi, siap call pagi2..macam baguss jee...sabar2, try tengok apa yang mat gebu tercabar sangat tuu kat sini...

BAHAN-BAHANNYA ;-)
400 gram daging, hiris dan rebus empuk,
1 biji terung bulat, dadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
2 biji kentang, belah 8 setiap biji
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
1 biji tomato, belah 8
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
700 ml santan cair
200 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
2 keping hirisan lengkuas

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan..

19 comments:

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

nama tu yg tahan...rugi saper xcuba ni...hehehe...^__^

Jiji-Fify said...

kalerful!!!!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Ummi said...

Aaaahhhh....mmg ko pun melampau!! Tayang2 dalca tu kat akak..keji taaauuu...huh! Xnak kawaann....Waaah menyepi eks...xpa pasni akak pun nak menyepi....banyak ayat nak dihafal..huhuuu

FARISZ@AZ.Com said...

Kalau makan dengan nasi minyak atau beriani ada um...


JOm Joint.Blog akan di pamerkan ke page yang mempunyai 16000 fan page
Peraduan

FARISZ@AZ.Com FanPage

ツFairy Of Happinessツ said...

nyum2 .sedapnya .bolehla try pasnie .ekeke :D

Ujang9897 said...

sodap mak ai..menu kawin nanti best ni

Sunah Mohammad said...

ahahaha~ macam tau je..taknak klik!!!

Azwani said...

tak habis-habis dengan orang dengki-mendengki ni..bolayan je la CMG...

akuanakpahang said...

Salam nie kalau ada roti jala, roti canai mmg terangkat :)
New Entry "Fakta Menarik Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011"

gadisBunga said...

amboi..sedapnya...!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

maaf lambat jengu CMG hari ni..LM demam .wahh sedapnyer dalca ni.mkn lak ngan roti arab panas2..sedappp

Bayu Kenangan said...

kalau cecah dengan roti jala memang sedap...

hasrul hassan said...

Fuhh ... dalca bestt ... eerkk ... MG pinggan eksotik tu ...

Lynna said...

Laponyerrrrrrrrrrrrrrr tgk gamba dalca neh....cik mat tak post gamba ni kat fb ea? tak nmpk pon hehehe

Ija Zambry said...

aaaaaa...cedapnyeeeeee!

Kjee said...

wah power giler. terus rindu dalca arwah mak. dia wat sebiji cam ni. lap tu cik mat!

Mak Qis said...

ayo matttt sdap neh..cicah roti pun sedap...

aisya sakaria said...

sedapnyaa cicah roti canaiiiii. memang tak tahan betul tengok adi tuu. haha

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

nampak sedap jer...tapi daging tu lembut ke tak?kalau tak ..
tak minat kalau lembut minat...sebab
kalau dging kurang lembut..melekat kat celah gigi..haha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.