BEN ASHAARI

Friday, April 8, 2011

CREAM PUFF DENGAN ORANGE CUSTARD

P1270207
Assalammualaikum, selamat malam semua. N3 terakhir untuk hari ni mat letak satu resipi mudah dan nampak begitu menarik. Rasanya ramai juga pernah buat cream puff. Inti dia kita boleh letak cream, custard atau juga krim coklat. Terpulang, nak mendeco pun ikut kreativiti sendiri, macam mat cuma ayak gula aising siaa atas dia, kalau anda rajin, boleh drizzle dengan coklat sebagai penyeri. Hmm, apa yea nak tulis...susah juga jadi mat gebu ni kan..kadang2 mat terfikir...apa pandangan orang pada kita, sebab kelemahan diri kita kan banyak, terutama sebagai seorang manusia seperti mat gebu. Cuma satu jelah mat nak kata...macam mana keadaan aku menulis di blog, macam tu jugalah in my real life, maklumlah orang kampung kan. Mat lagi suka jadi diri sendiri dari nak berpura2 nampak mulia sangat..nampak suci sangat, walhal kita hanya biasa2 jee...

P1270209
Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 10 biji cream puff...Sebenarnya mat dah buat dulu, dan insya allah menjadi dengan elok. Satu petua dia, kalau bakar kena pada suhu tinggi dan biar cream puff kelihatan berminyak sedikit. Sejukkan sebelum dipaip dengan kastard oren. Mat ayak dengan gula aising jee. Ok, kita semak resipi pulak...Esok kan mat rasa nak masak nasi beriani lahh..kalau rajinn....huhu..

BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/4 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati (telur gred A)
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN ORANGE CUSTARD :-)
1 kuning telur
150 ml susu sejat IDEAL
1 1/4 camca besar tepung custard
20 gram gula halus
Parutan kulit oren (1 biji oren)
1/2 biji oren, perah jusnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ORANGE CUSTARD:- Satukan semua bahan2 untuk orange custard kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

24 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

nak mintak abah bawa balik mende pusing pusing tu dari hotel :P

Miss Ran said...

tak cuba..takut tak menjadi..dlu ade buat mse belaja

aliarosli said...

yeay,nak try

sume barang ade

tapi takde tempat yang pusing-pusing tue

macam mane??

cik pulau said...

seb bek dah kenyang..
kalau tak mau gi carik cream puff ni kat kedai ..
tapi comfirm la tak sama dgn PCM punye. kan kan kan..hehe

Intan Haryati said...

salam,

resepi cik mat ni saya dah cuba beberapa kali. Alhamdulillah, menjadi dan terima kasih cik mat. Be as you are, becoz we the fans do love you as you are.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

CMG...kalau tak jadi masa piping kan ni camner?huk3...

cik cek said...

Selalu kak cek tgk resepi cream puff ni...tak penah try membuatnya...amik resepi dulu ya cik Mat....:-)

chantekdress said...

Uiihh kelainan. slalu cream puff and vanila je. ni oren. hehe boleh cuba. dah lama cari cream puff recipe. thanks mat.

Kat sini ada beg.-->
Klik sini ye..

Naddia said...

beg piping tuh leh wat sndri tak??

Salmiah said...

kalau tak piping, leh tak? takut tak jadik cam ghupa CMG buat tuh...

FARISZ@AZ.Com said...

Kuih ni pernah cuba buat tapi guna acuan tat bunga,tapi kream time tu guna jem strabery yang dalam botol je. apa2 pun bagus resepi dari mat gebu.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

izahdaut said...

comel dan gebu..sedapnya ada rasa oren

Kjee said...

nak trylah. thnx Che Mat.

mama ju, said...

Aslkm

Cantik sgt cream puff tu.
Dulu saya ingat sgt nak belajar buat cream puff ni.Tak pernah pulak tgk cream puff yg pusing2 mcm ni. He nak trylah.
Tkasih En Mat.
Jgnlah rendah2kan diri sgt.

Shasha said...

Specialnya cream puff ni, lain dari biasa yg kita makan sebab kastad dia perasa oren ;)

sweetazezah said...

salam wekend cikmat..VaVaVaaa...hensem nye oren puff itew..daku terguda,daku tergudaaa,daku terguda untuk mencubenyee..kak jijah nk nyalin ni resepi..kot buat,zaaaassss report di meja dap0q cik mat.maceh cik mat!..take care!

Jeely jelly said...

mak saye panggil nie kuih SUS... sbb bugis pggl cmni.. hehe...

y.y.yasmin said...

great recipes!! best la blog ni..taknak join masterchef msia ke? hehe

mcposh said...

cik mat, nk tny la pki api bwh ke atau pki api atas dan bawah untuk membakar ni...sy pernah buat tp tak naik cantik cam cik mat buat...yg kt atas tu garing cntik je tgk

tyrex said...

WAAAH LAME DA CRI RESEPI NI AKHIRNYE JMPE JGK! ;D thanx!

Sweet Chocolate said...

En Mat, mintak izin ambik resepi ye. Sedap n menjadi la resepi yg dlm blog En Mat ni. Ramai puji sedap yg saya masak guna resepi En. Mat ni.Mekasih banyak2....

muliati said...

tq en.mat...saya nak cuba...mcm2 resepi dah sya try tapi hasilnya xmemuaskan harap kali ni jadi..

Qayyum Noorshah said...

Esok sy nk try resepi che mat ni.. Nk buat utk kawan yg tgh pregnant mngidam cream puff. Tak sabarnye nk bagi dia rasa.. :))

sazimawati ahmad said...

Salam En Mat sedap tgk cream puff nih. Nak buat inti cream oren yang tak berapa reti? boleh bagi cadangan tak? kalau guna tepung jagung gantikan tepung kastad boleh ker?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.