BEN ASHAARI

Wednesday, March 9, 2011

PENGAT LABU CHA-CHA....PENGAT南瓜粥恰恰

P1260179
Salam semua, selamat sejahtera, apa khabar...sehat ke, yang demam tu jangan lupa makan ubat, rehat cukup2 yea...kalau yang ketagih berblog tu macam...macamm...macam mat gebu kee..macamm...ehem ehem ke, janga lupa rehat cukup2. Ni tadi mat buat pengat labu, atas permintaan bonda, tapi pengat labu encer jeee, guna santan sikit..encer tu maknanya cair dalam bahasa Indon. Ni labiu baki tu hari, ada 1/2 biji saiz kecik, mat campur dengan bubur cha-cha dan juga biji sagoo. Kali ni guna gula melaka pulak. Resipi ni senang, blog mat sekarang ni semua resipi biasa2 jeee kan, senang dan mudah buat punya, bukan apa orang2 muda yang baru nak ke dapur boleh lah cuba. Bagi yang tak nak guna santan, apa kata cuba ganti dengan susu rendah lemak atau susu sejat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan
1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
350 ml santan pekat
Air secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...

15 comments:

Ummi said...

Weeeeyy la weeyyyy..kejiii taaauuu...nyamfasss masuk sini...ada jek godaan...godaan menggoda, godaan menggoda..godaan menggoda...(*alah mcm lagu Ahmadi Hasan laks) hehehe

Sunah Mohammad said...

sedapnye~~~~ terliuq!

aidah said...

wah CMG bila lak belajar tulis tulisan cina tu. Faham ke?

Melur Jelita said...

Sejukkan sedap tu..tapi tak tahan sejuk..he he he

habsahharun said...

kecur air liur...gulp.

Nieda said...

Salam. Nak tanya sikit CMG guna kamera apa ? Cantik ja gambar.

Yatie said...

uwaaaaa pengat labu...I suka tau.....I buat bubur candil labu ....menu labu gak....hehehehe...

secantikmanis said...

perghhhhh labu manis.... perghhhh kalau tak silap arwah nenek saya dulu suka masak pengat cha cha nie.... hehhehehe

Hanieqha said...

sedap woo..
makn ni boleh lupa diri..

opss.. duniaaa....
hahahah

CARA2 MELAJUKAN BROADBAND ANDA YANG DAH HABIS LIMIT ATAUPON YANG LEMBAP"

shah-kayrul said...

bestnyer..hujan2 mcm nie dapat mkn pengat labu....

eqbalzack said...

salam MG,
alkisahnya saya semalam makan kat Jusco. nak try sesuatu yg baru (ada kat blog)...
try Buttermilk Chicken Rice. apa pendapat MG selaku chef pakar? adakah kombinasi yg sesuai sebab rasanya..ya rabbi..sgt pelik!...

p/s: sebab dah lapar, saya makan je...hehe

makdara TERdiva said...

pergh! lepas makan leh dancing chacha! :D

kakmelor said...

sedapnya...tringt rebus labu arwah emak

umi's cup cake said...

Bestnya..macam tau2 je saya tengah cari resepi labu+chacha..seronoknya..terima kasih ya..nnt saya cuba

Eryati said...

uuuu..terasa nak makan aje blog CMG

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.