BEN ASHAARI

Wednesday, March 16, 2011

KUEH BAKAR PANDAN...TU HARI PUNYA..

kuih bakar
(GAMBAR KREDIT PADA "SUE JOSHUA)
Salam semua, alaaa, sori yea sebab mat letak N3 pasal makan2 tu hari. Sebenarnya mat tadi ada benda kena uruskan, jadi tak dann nak masak apa2...hmm tiba2kan balik sat tadi, ada sedara pulak datang..waaaaaaa...kenalah memasak apa yang patut, tapi lauk biasa2 siaa... Ok ni mat letak antara kueh yang mat buat masa gathering tu hari. Sekali lagi kredit pada Sue Joshua, sebab guaa cilok pic dari blog dia....dah minta izin duluuu, yelah kita nak apa2 hal orang kenalah berhemah, waima gambar sekali pun, ni lagi lah kalau nak anak dara orangg...kann Ady Budika...kann Sunnahh...Ok kueh bakar ni dah kerap juga mat buat, dan hasil dia sungguh memuaskan, walaupun ianya macam sedikit keras tapi pada mat ianya sedap, mudah dipotong dan lambat basi, kalau lembut2 tu cepat basi... Ok mat letak resipi dia kat bawah sebagai rujukan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml pati santan dari 1 biji kelapa (atau guna santan kotak)
250 ml jus pandan (250 ml air kisar dengan 4-5 helai daun pandan tua)
1 cawan gula
1/4 camca teh pewarna hijau
1/4 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, cair dan sejukkan
Bijan secukupnya, untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dari ukuran tin. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan, kacau sebati dengan whisk atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan. Tapis dan tuang dalam tin tadi.
  3. Tabur bijan rata2 atasnya dan bakar selama 40 - 50 minit atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan yang berkerak, tukar fungsi oven pada api grill dan bakar 5 minit lagi. Sejukkan kueh sebentar sebelum dikeluarkan dari tin.
  4. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Untuk yang dalam gambar tu, mat buat malam dan pagi baru mat potong....

20 comments:

Sunah Mohammad said...

hamboiiiiii...ade jugaklah terselit...hahaha! lapar la pakcik mat tengok kueh ni...meh antar ke UTM cepat!

Miss Ran said...

erk laju je sunah komen hak3..
go apkcik mat go hahaha

yatie's EPISODE said...

lepas ni pak cik mat kena wat penghantaran pos skali laa. masak, post entry, then, pos msakan kat ktorang. hikhik :p

Marina Monroe said...

Kegemaran auntie kuih bakar..
Aduh..terliur lah pulak!

yna fazlyna said...

kueh ni memang sedap.. tapi yna suka yang lembik ckit. sedap tau...

http://ceritacintayna.blogspot.com/2011/03/rempit-jalanan-vs-rempit-halal.html

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaa...lawonya kuih...eh bukan, bekas kuih..hehheee...rasa nak makan bekas kuih la Mat...hehe

husna said...

cik mat..... sy minta izin
amik resepi ni yer... nak copy paste...

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best kuih nie kita gemar berbenor :)
New Entry "Spender sidai hilang !"

Jiji-Fify said...

dah lama teringin nak buat kuih ni... :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

K.Nor said...

halus mulus jer kuih bakar tu che mat.. tapi mata dan hati lebih berkenan pd cake tier tu.. cantik betul :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik sangat hasil potongan kuih bakar tu mat... licin & sama je saiznya... cuba bagi tips sikit...

sweetazezah said...

owh,hensem sungguh keuh mu itew cikmat..tetapiiii..lebih hensem lagi rak kueh mu iteewww..huhu..dua2 sama santek,sama padan dok susun kueh bak0 kat rak tu..kueh tu meh pos ke nilai sket0i 2,3,4ketoi..

gadisBunga said...

cantiknya rupa kuih tuuuu~

syuwai said...

ni entri khas untuk mat gebu..hehe

jgn ambil hati tau >.<

http://syuwaistory.blogspot.com/2011/03/rupa-sebenar-mat-gebu.html

Sis-Lin said...

Memang sedap...bibik aku makan pun kata sedap!..
aku nk try buat le..tp x masuk blog ler..makan diam2 je..hehehehhe

Citarasa Rinduan said...

cik mat...
ayu kan..sambil keluar masuk dapur..tangan tak putus2 ambil satu...satu..hahahhaha..
nyami...
tak lemak sangat

Shaizhar said...

tak dapat rasa .. hu hu

(sedih) kueh bakar pandan ni kalau tukar perisa cokelat boleh x?

Liza said...

salam cik mat,
liza dh 2x try wat kuih nie tp kenapa x msk kat tgh bile ptg.suhu dh 2ooC..dh bakar 1 jam 30 min.pagi ptg x msk daa..blh bg tips?rasa mmg sedap..
tq..

Mat Gebu said...

@ LIZA - salam..hmm macam mana yea boleh tak masak, selalunya tak de masalah, atau oven liza ada masalah kot. hmmmm, kalau ikut kan tak perlu tips apa, mcm ni lah cuba u bakar dalam bekas besar sikit, kasi dia nipis, insya allah akan masak..

fatin abdulrahman said...

salam cik mat, nak tanya, mcm mana nak buat kuih bakar ni cantik macam tu? i mean, bila potong tu sama saiz je. haritu dah buat, waktu bakar dia menggelembung ke atas, lepastu bila dah siap bakar dia jatuh ke tengah macam bentuk kawah tu.kenapa ye?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.