BEN ASHAARI

Saturday, February 12, 2011

MENU KAMPUNG DI KALA RINDU...

P1250554
Salam senja...ehem ehem, buat apa tuu., saja lah nak share satu menu orang kampung, kiraa ni typical kampung nya lauk, Terung pipit, ada juga yang panggil terung rimbang banyak tumbuh meliar di kawasan2 kampung dan juga ladang2. Buahnya sebiji kecil bewarna hijau muda dan pokoknya berduri. Buah yang bewarna hijau muda seakan2 kacang pis, dipetik dan boleh dijadikan ulam, dimasak sambal tumis, dan juga seperti dalam gambar tu. Turut digunapakai agak meluas di negera Thailand. Kali ni mat masak gulai terung pipit dengan ikan masin kurau. Resipi senang dan mudah dibuat...Rasa mat kalau di bandar, ada dijual di pasar2 basah.. Ok kita lihat resipi senang ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan terung pipit atau terung rimbang@palembang
1 cawan isi ikan kurau masih, didadu besar2, rendam
1 cawan pati santan
2 cawan santan cair
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi merah thai
1/2 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan terung pipit dari tangkainya, cuci bersih dan rebus hingga lembut, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Kacai rata dan jerang atas api sekejap.
  2. Tuang santan cair dan biar mendidih, masukkan ikan daging ikan masin kurau dan santan pekat. Biar mendidih perlahan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan dan ulam-ulaman...hmmmm..

13 comments:

mia.lia said...

igt kcg peas tdi..haha

akuanakpahang said...

Salam CMG, di tempat saya di Pahang disebut terung manggor mmg best kalau buat sambal tempoyak masak atau sambal belacan bersamanya.
New Entry "Siswi Terlampau."

izahdaut said...

ha ah..sama la kami org pahang panggil terung manggor masak tumis cam ni ngan jering semai..fulamak...best gilerrrr

Mat Gebu said...

@ izah - hmm boleh lah puan buat nanti, nak juga try...jering semai tu jering tumbuh ke?..

AdyBudika said...

yang nie aku tak makan mat..... aku layan western jer k... makanan kampung aku dah jemu..ahahaha :P

Mat Gebu said...

@ ady - cehhh....hahaha....

Syurga D'Pinggan said...

eemm,sedap nye,sekali sekala mkn lauk kpg ni,memang sedap,bolah tambah 2-3 pinggan..hehehe =)

aDisH.sHidA said...

x penah makan terung nie walau mak dok rebus wat ulam...pinggan zaman tok dulu...ada lagi kat umah

kakchik@ella said...

Kakchik tk penah mkn terung pipit ni. Slalu gak tgk org buat sambal tumis, campur dgn ikan bilis. 1 ari nk cubalah. tergoda dgn cik mat la nih. Asyik goda-goda je la cik mat ni. hihi ..

Mat Gebu said...

@ kak chik - hehe, tu lah kan, saya ni suka goda2..sampai lalat pun tergoda sama..susah betull..

CikGu NOr said...

x pernah masak cam gini..kalau kat kg wat ulam cicah budu jer...memang best...apa2 ulam kalau dah cicah budu..dah tu tiap2 ari makan memang x da harapan la nak kurus..

watie said...

tengok terung ni sedap tp nak makan x reti...bila gigit je terburai isi perut dia dalam mulut...tapi makanan len sume saya bedal....

Adzriel AB said...

lamanya tak makan terung ni. pahit pun sedap. dulu suka buat peluru senapang kayu!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.