SUP AYAM UNTUK PANAS BADAN...

P1250555
Panasnya cuaca hari ni, peluh2 dahh...Tapi bila kena sup ayam ni terus panas berganda..mandi terus lepas tu..haha, saja lah masakkan untuk anak2 buah, hari ni depa sekolah. Lepas mat mabgi kat budak, tinggal lah sikit untuk kami pulak makan. Bila ada sup2 macam ni, sedap kita hirup, mat pulak siap tambah sambal kicap lagi dalam dia, apa tak nya rasa macam nak berapi mulut, kalau gelak, silap2 keluar api biru..Muka semua jadi merah sebab pedas..huhu. Ni mat guna ayam daging saja, tapi kalau dapat guna ayam kampung, perghh, lagi sedapp. Resipi mat guna macam yang lepas dalam DTS ni, jadi mat kopi pes jelah yeaa, kalau nak makan dengan mee kuning boleh, mee hoon boleh, makaroni punn boleh..terpulang pada masing2....Selamat mencuba untuk semua...

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka..




SUP AYAM UNTUK PANAS BADAN... SUP AYAM  UNTUK PANAS BADAN... Reviewed by Mat Gebu on 2/12/2011 03:30:00 PM Rating: 5

11 comments:

  1. tak sempat nk berkenalan dgn ayam tu...hahahaa


    suka2 sup ayam....nak nak kalau panas2... waaaaa....

    mabeles!!!

    ReplyDelete
  2. @ PK - alahh lupa nak letak leher ayam dalam gambar tuu...

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Mat,

    Ayam kampung jangan cerita la..memang best sangat nak masak apa pun...

    ReplyDelete
  4. alamak PCM.....tu la tdi duk cri...xjumpa2....spatutnya PCM kena tagg special leher ayam tu kt sy... kempunan!!

    ReplyDelete
  5. sup ayam...wlaau pun lauk simple tapiii marverlous...suka sangat2...

    ReplyDelete
  6. sampai hati buat resepi sedap.. T_T dah kempunan dahh!

    ReplyDelete
  7. ubat selsema ni. jangan guna kiub sup, x power. tumbuk mericho baru kaw! siap rebus telue masin & sambal kicap. yami! yami! :-)

    ReplyDelete
  8. pedas tu sebab black pepper kan?

    org demam sejuk sesuai makan ni. kasi panas badan. hihi~

    ReplyDelete
  9. time demam memang mengagau lah cari sup ayam ni..huhuhu

    ReplyDelete
  10. sup kalo letak tomato leh kira sup ker??errr

    ReplyDelete
  11. hari ni eqbal just makan kedai...nasi ayam mancongkam...ayamnya garing mat..tambah extra ayam..hehe

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.