MURTABAK MAKARONI....TAK SANGKA KANN....

P1250559
EErrr takutnyaaa.....tiba2 rasa serammm, lahh...nak cerita hantu sikit malam ni. Rumah lama mat akan dirobohkan tak lama lagi, rumah misteri tu menyimpan 1001 kesah sejarah keluarga kami dan juga misterinya. Pernah anak buah mat yang kecil masa tu umur 5 tahun, dia mengadu, ada sorang atok pegang2 tangan, masa tu siang, dalam jam 11 pagi, dia menonton kartun cd doraemon dibilik tidur utama. Dia kata lagi atok tu sengeh kat dia, dan gigi atok tu kaler oren!!...hadoii ngeris gak kan...seminggu lebih dia tak nak masuk bilik tu, sebab dia kata atok tu adaaaa dok penjuru bilik, kadang2 ada kat dinding...erkk, lagi serammm...budak2 ni dia tak cerita tu jam tau, lepas 2-3 hari dia cerita sikit, lepas tu cerita sikit lagi...

P1250569
Lepas dah dengar kesah seram tu jomm kita santap pulak murtabak makaroni, erkk, si mat ni biar betul, dehaka tak hengat sentiasa...aloooo suka guaa lahhh, ini idea saja, tak paksa ikut, cuma nak share macam mana nak mempelbagaikan bahan2 mentah, jadi faham2 yeaa, jangan asyik kata pelik, merepek dan tah hapa2..try dulu baru komen, tapi kan kalau tekak tu kata tak sedap, aku tak boleh nak buat apa...Macam cap jari setiap manusia kan berbeza, begitu juga citarasa anak tekak masing2, bukan semua sama selera...betul tak..ok tak mo cerita banyak, jomm kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram makaroni yang belum direbus
100 gram daging ayam, potong halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
3 keping hirisan halia, tumbuk halus*(*disatu kan dan perap 10 minit)
1 biji bawang holland, dadu kecil
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
3/4 camca besar rempah kari daging (mat guna baba's)
2 camca besar sos ikan
Secubit gula
1 pokok daun bawang, dihiris
1/2 cawan air
4 biji telur

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji saiz sederhana bawang holland, hiris halus
1 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
3 camca besar sos cili thai (mat guna jenama LIFE)
2 - 3 camca besar air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAWANG JERUK :- Satukan semua bahan untuk bawang jeruk, kacau rata dan biar selama 30 minit. Rasa dan jika perlu tambah sedikit gula. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK PENYEDIAAN BAHAN2 :- Rebus makaroni hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis 1/2 bahagian bawang besar yang didadu tadi bersama cili hijau dan merah hingga layu. Masukkan rempah kari, kacau dan masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Tambah sos ikan dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga kering. Rasa dan jika ok boleh angkat. Masukkan baki bawang tadi, dan gaul rata.
  3. UNTUK MURTABAK MAKARONI :- Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/2 bahagian makaroni tadi, campur dengan 1/2 bahan dari no 2. gaul rata. Pecah kan 2 biji telur, kacau dan masukkan ke dalam bancuhan makaroni, tabur 1/2 bahagian hirisan daun bawang. Gaul rata dan tuang dalam non-stick pan tadi. Tutup permukaan nya hingga bahagian atas kering. Berhati2 terbalikkan murtabak dan masak sekejap lagi. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk sebahagian lagi.
  4. Potong kepada 6 bahagian atau ikut suka, hidangkan bersama bawang jeruk tadi, selamat mencuba untuk semuaa....
MURTABAK MAKARONI....TAK SANGKA KANN.... MURTABAK MAKARONI....TAK SANGKA KANN.... Reviewed by Mat Gebu on 2/12/2011 10:45:00 PM Rating: 5

19 comments:

  1. hoh????? ade lebih kan??.. nanti aku nak try gak la.. (padahal tak pernah nak berani buat benda2 macam neh)

    ReplyDelete
  2. dah guna rempah babas ni...gerenti kalau makan ni terbabas punyalah...

    ReplyDelete
  3. selamat malam cik mat..
    dah start robohkan ker rumah tu>
    sure cik mat, agak sibuk 2,3 bulan ini..

    tak apa.....janji family duduk sama2..

    cik mat..ayu pun agak seram ko, baca cerita tentang rumah tu..adoi.....larilah..hehhe

    opss,,sebelum lari,bak makaroni tu....hehehe

    ReplyDelete
  4. CIK MAT..SEKALI BACE SERAM JUGAK CITE TUH..CIK MAT BOLEH TAK BUAT ENTRY PASAL MEE BANDUNG MUAR PULAK..YANG DIHASILKAN SENDIRI OLEH CIK MAT AH..TAK NAK ORANG LAIN..HEHE
    P/S..JALAN DIBLOG SY.THANX..

    ReplyDelete
  5. @ ceritera asni - hmm link blog cik/puan apa yea...

    ReplyDelete
  6. ala2 mertabak megi,tp up lagi la ni ek?hihi...boleh try nanti.thanx cik mat =)

    ReplyDelete
  7. @ misz - yesss bijakknyaaaaa.....ni kira fusion..

    ReplyDelete
  8. NIH LINK SAYA..
    BLOG SAYA XSEBERAPA PON..MALU NIH MALU..CIK MAT JANGAN LUPA PASAL MEE BANDUNG TUH TAU ;)

    http://asnithechampions.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. salam cik mat..dah lewat malam baru boleh baca blog,,,seram rasanya ..terbayang2 atuk yg digambarkan tu...dah bacakan surah albaqarah ke cik mat kt umah tu??kata org insya allah tak dak ganguan..
    ..dari murtabak megi dulu lg teringin nak cuba..tp masih tak berkesempatan..

    ReplyDelete
  10. wahhh...bgus nih...leh cube buat jugak nnt nih...rempah kari tu msti rempah kari daging ke...xleh ke men hentam jek rempah kari ikan ker?? hehehe...tya je....org br blaja...hehehe =p

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap ajer.Nanti Cikgu Tie nak cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  12. isk. memang tengah malam ni baca entry CMG. kat tv plak tgh tgk cerita hantu. bertambah2 seramnya.

    btw,wah menarik gila resepi tu. memang suka amat makaroni2 ni ;))

    thanx CMG :)

    ReplyDelete
  13. err..seram2..nak naik tidoq lah..wuu T__T


    wahh~sedap ni..kena try :D

    ReplyDelete
  14. oh man! che mat~ u know i loike to modify pasta! mekaseh ntuk resepi ni~~ ;))))) *winkwink banyak kali*

    ReplyDelete
  15. mcm sedap! aku paling suke tgk gmbr makanan. sbb mata aku cepat je tangkap food presentation. hehe. aku tak reti masak. reti makan n reti komplen je. (~_~)

    ReplyDelete
  16. ada gak buat macaroni rempah ni... kena dgn citarasa kita org malaysia... try CMG buat guna chessy sauce pulak, ala2 lasagna.. tp x leh mkn byk coz muak.. sesuai utk minum ptg...

    ReplyDelete
  17. disebabkan blog DTS ni, mak gb dah mintak broadband sendiri daaaaa...huhu~

    ReplyDelete
  18. ghee..nnek sy pna wt gune spaghetti..
    pena try rsipi yg biase
    time nk paling tu..hancur ==

    ReplyDelete
  19. makaroni?? check !
    telor? check !
    ayam? check !

    senang cite semua ada.. ok ! berbuka niyh makan murtabak makaroni.. ada sikit jew lg makaroni tuh.. bleyh buat.. :)

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.