BEN ASHAARI

Wednesday, February 23, 2011

AYAM MASAM MANIS....RESIPI BIDAN TERJUN

P1250857
Salam semua, hmm minta maaf sebab terlewat teramat sangat masuk N3, mat mula masak lewat sebab pagi tadi kena beli barang dapur, hmmm tu nanti cerita. Jadi mat masak apa yang ada saja, kata orang ala2 bidan terjun, bukan sebab aku cucu bidan peah bt syawal yeaa.. Jadi kalau nak cepat, otak akan fikir benda yang mudah saja...Ayam sweet sour ni mat pasti semua orang boleh masak punya, mana tak nya main lebur jee koo, lepas tu letak sayur dan sos ikan, dah siap, tabur daun sup atau daun ketumbar sebelum hidang... Ok lah ni mat pun ada benda lain nak buat, jadi kita semak resipi ni dulu yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping dada ayam, potong 3 bahagian setiap kepingan
2 inci halia, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar hiris halus
Brokoli, dipotong sekuntum2 (anggaran 6 kuntum)
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
1 biji tomata saiz sederhana didadu besar
1 cawan isi nenas dalam tin
1/2 cawan sos cili thai
1 camca besar sos tomato
2-3 camca besar sos ikan
Hirisan daun ketumbar atau daun sup sebagai hiasan
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dilumur dengan kunyti dan sedikit garam, perap dan goreng hingga kuning keemasan tapi jangan garing. Toskan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawng putih, halia dan bawang besar hingga harum, tambah sos cili, sos tomato dan juga air. Masukkan nenas dan ayam, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan semua bahan2 lain kecuali garam dan gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur hirisan daun sup/daun ketumbar sebelum dihidangkan...

16 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

YUYU NAK BALIK JOHOR ESOKKK! NAK MAKAN TEMPEEEEEEE ^^

AdyBudika said...

bahan2 die susah la ..aku tak pernah dengar pubnnnnnn

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg best berminyak aje nampaknya :)
New Entry "3 hari main komputer sudah mati !"

kakchik@ella said...

cik mat .. kakchik teringin nak masak guna kepsikum merah dan hijau tu. cantekkan masakan berwarna warni.

tapi tak leh arr cik mat. Aiman tak makan. Nnt membazir. So, masakan yg kurang seri je la yg kakchik mampu sediakan. Hihi ..

SaYraH WonDerLanD said...

kepsikum tu yg owang letak atas pizza tu ek mat gebus??

Nampak macam sedap. Ada Sample tak mat gebus??

anymz said...

assalam mat,tumpang makan kat sini.hari ni tak masak .akak makan angin jek..huhu
eh!akak ambik resepi strawberry swiss roll.sedap mat.maceh ya.

Bizz said...

masakan yg guna nenas dalam tin mmg sedapp..
tgk che mat combine bahan2 mmg menarik laa

kakmelor said...

adoi ..sedapnya...tambah pulak belum makan tghari ni...

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

tibe2 teringin nak tau asal-usul kisah 'bidan terjun'. hehe..

farah fauzi said...

yang bidan terjun tuh la yang sedap..hehe

HaSue said...

serius,i like brocoli..so masakan yg ader brokoli mmg akuk sukakkk..haha

mia.lia said...

ghee..sayur ada ayam ada..i likeee

yna fazlyna said...

http://ceritacintayna.blogspot.com/2011/02/aku-cemburu-dengan-kepakarannya.html

MULAN said...

huwaaa.... saya suka semua yg masam & manis.. nak sikit..!!!

sab said...

hey! :)
u punye blog viewer tertinggi di blog sab la! thanks tau!! :)

putERi-kAtEk said...

leher ayam...ooooooo.....leher ayam.......

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.