BEN ASHAARI

Wednesday, February 23, 2011

ANDA SEMUA NADI "DTS"...TERIMA KASIH..

Assalammualaikum, selamat pagi Rabu...pagi ni sebelum mat letak N3 masakan, nak tulis sedikit n3 selingan. Anda semua Nadi DTS....itu lah yang mat rasa bila melihat nombor di DTS berubah setiap masa walau pun tak sekerap blogger2 femes kann.. Tapi syukur alhamdulillah. Mat harap sangat DTS ini memberi manfaat pada semua, bukan tujuan untuk merasa diri ni bagus, hebat dan terbaik, tapi niat asal DTS-Mat Gebu memang untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang allah berikan ini pada semua, bukan wang ringgit yang mat pandang sangat, walaupun aku ni bukan lah mewah tak sangka, sama seperti orang biasa, malah begitu sederhana sekali, kalau nampak apa yang mat letak dalam blog hanya lah untuk prop sahaja, bukan untuk bermegah2, atau menunjuk2...

Dunia blog tanpa sempadan ibarat gambar langit berawan biru seperti yang mat ambik tempoh hari di bahagian dapur rumah mat. Bila melihat luasnya langit maka terbayang betapa kerdilnya kita....Mintak dijauhkan dari sifat riak, sombong dan bangga diri. Menjadi blogger semakin mencabar sekarang ni, tak macam 5 tahun dulu...itu lah adat resam dunia kann, macam kehidupan kita juga. Pada follower2 DTS yang telah mencapai ~6019~, mat ucapkan terima kasih tak terhingga pada mereka2 atas kesudian mengikuti blog masak2 yang tah hapa2 ni. Tanpa anda DTS tak wujud, terima kasih juga pada mereka yang memberi sokongan. Pada yang mengkritik pedas tu, tak pe mat gebu faham, anda pun saya anggap seperti bayang2...Ok, itu saja untuk kali ni, jumpa dengan N3 masakan nanti, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....




34 comments:

AdyBudika said...

wah...waris jari gebu berfalsafah la hari nie...kagum...

eh nadi nie kira ady termasuk gak la kan?

Mat Gebu said...

@ ady - hahaha, termasuk lahh ady dan juga semua..

dottology said...

Mat, just carry on with what you do best. just be yourself and the rest will follow.

as a 'stalker' of your blog, i dapat rasakan you betul-betul ikhlas bila berkongsi resipi and cerita, so, you know, teruskan.

i mendoakan supaya DTS terus mendapat sambutan dan supaya ianya will go on forever. *kalau tak, manalah i nak cari resipi yang best-best, tak gitu?*

:-)

SYAZIRA said...

kpd DTS juga, berbyk2 trima kasey.. kerana andalah saya semakin memajukan dri dlm bidang masak2 memasak. dari zaman belum kawin sampai la dah ade anak sorang, everyday blod DTS gak la yg 1st i bukak... tQ~~again~~

SYAZIRA said...

halamak! silap eja 'blog' okeh~~ tak bermaksud nak tulis 'blood' pulak... huaa! *nanges*

qaseh johanna said...

CIK MAT..

saye pon dikire nadi gak le kan.. sbb jrg komen tp rajin curik resepi..hehe

hurmm.. cantek awan tu..segebu cik mat gebu..hihi

risa said...

thanks to u also sebab always give us some inspiration..ekekeke pepagi dah menggediks nak spikang..ish ish ish

HaSue said...

Tahniah!tahniah...semoga semakin cemerlang lepas nih..paling best pasal blog nih di samping masakan yg mantop ialah sebab blog ni suka guna kaler biru...nama url tiffin biru..tulisan suke biru..aritu background biru... ni dtg td sebab nak tengok gambar langit biru tu sesambil bace entri..

errk,beso gak pengaruh biru ni kat aku rupanya..ngeheeee

YAYA AZURA said...

waahh..dah ramai pengikut DTS..
makin hari makin mantop!

Ummi said...

Mat, ko silap laaaaaaa....ko tu sebenarnya yang jadi nadi kitaorg...bkn kitaorg nadi koo..hahahahaa....Saluuuuuttteeee!!!

mizzkechique said...

DTS sgt m'beri manfaat...truskan la perkongsian ni.. =)

cek chun said...

Sama-sama sifu :)

ozzyorange9768 said...

sokong kak ummi, DTS yg menjadi nadi ktorg dalam dunia masakan ni.
tahniah n semoga cik mat teruskan berkongsi dengan kami.

p/s:salute lah ngan cikmat yg teliti ambil gambar step by step kdg2..sgt memudahkan. terima kasih

Kyra a.k.a AyA said...

DTS memang best.. semoga lepas ni cik mat teruskan la berkongsi resipi dan terus jadi nadi kitaorang..

hasrul hassan said...

Salam MG, dah jadi cam oliver la plak ehh. :) Tapi memang blog terbaek la kalu citer pasal masak memasak ni. All the best MG.

akuanakpahang said...

Salam CMG, singgah pagi tengok sahabat :)
New Entry "Misteri suara tangisan dari dalam kubur"

SaYraH WonDerLanD said...

Wah Mat GEbus pandai bermadah. Heee..Nasib baik lom letak entry masakan, kalu tak, kebulur lah Sarah.

Norhafiza said...

kami semua akan terus sokong abgMat..jangan risau..semoga abgMat terus majujaya...

Sari Yusa Ibrahim said...

sama2... semoga DTS terus jaya.. Amin.

Citarasa Rinduan said...

sama-sama cik mat..
tanpamu...DTS hilang seri nak berblog..

cik cek said...

sentiasa menyokong...DTS-CMG...sumber inspirasi....

Aziela said...

CMG... kami yang sangat terhutang budi pada CMG. Resipi, petua, rahsia semuanya dikongsi dengan ikhlas. Hasrul kata macam oliver...ye x yer kan..buat show masak2 la CMG... mesti meletoppp punya...

Sunah Mohammad said...

terima kasih kepada che mat sebab jadi sifu saya dalam dunia masakan...:)

azila said...

tahniah en.mat:)

Lieynanilaz said...

teruskan usaha andaaa.....semoga lagi suksess di masa akan datang ngan entri yg berguna pasai masak2/resipi....

Adzrien Shoppe said...

moga DTS terus sukses...

Tihara said...

ska tgk koleksi pgan mangkuk bang mat :)..
keep it up bang mat

YUSANA said...

cik mat...

sy dah lama follow celoteh en. mat... b4 ni jd silent reader je... dah lama sket, baru skrg nak buat blog... agak2 sy ni termasuk ke??? hehehe

Beautiful Butterfly said...

salam,memang betul lah,kalau saya bukak je blog abg mat ni,mesti tengok pinggan mangkuk,cantik2,sedap mata memandang.kadang2 tu,masakan pulak ikut tema dgn pinggan mangkuk,memang kreatif.terfikir jugak,dkt mana ye abg mat beli pinggan mangkuk tu,cantik sangat,byk betul koleksi pinggan mangkuk abg mat.

kakchik@ella said...

tk nak jadi nadi. nak jadi Jantung DTS. bole?? tak penah terpk pulak cik mat nak nunjuk2 pinggan mangkuk ke ..

Adatlah cik mat, dah masak mesti nak hias lawa2 .. buh dlm pinggan lawa2. utk kepuasan diri, bkn utk menunjuk2, kan.

~nsar~ said...

kamsamida.... bnyk benda yang simple ada disini... n slalu sngt mengkopi n tehkan apa2 sja yang teingin nak mkan..

Yaati Nor said...

jgn la sedih2 mat..sebab DTS..saya suka nak cuba resipi baru..dan minat masak jadi lagi mendalam...

Bizz said...

bunga2 pulak haihhh... panggil Che mat Bunga pulak ok??

maziah said...

DTS best la abg mat,saya follow abg Mat masak dari Resipi.com lagi.
Banyak benda yg dapat say belajr,ni kira amal jariah yg x nampak tau.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.