BEN ASHAARI

Saturday, January 29, 2011

YELLOW RIVER BUN@黄河馒头...PROMOT BLOG 1.

P1250259
Selamat sejahtera semua, amacam pagi nie, semua ok ke?..Hujan tak tempat anda?..Kalau hujan boleh lah lelap2 kan mata, sedapp tu sambung tidur. Ok N3 pertama masak2 ni hari mat share satu resipi roti yang diberi nama "Yellow River Bun", mat dapat dari blog chef muda yang sangat berbakat, iaitu Chef Azli Razali dari blog nya di sini... Seawal jam 5.30 pagi tadi mat dah bangun, terus on9 sambil melawat blog rakan2, masa singgah di blog chef Azli, mat tiba2 rasa jatuh cinta dengan roti ala2 kerabat tu. Kebetulan malam tu memang mat dah siap hangkut semua bahan untuk meroti, jadi kurang lebih jam 6.45 pagi, bibik melayu pun melakukan tugas nya....

P1250261
I tell u, roti ni memang sedap, tapi mat nak minta maaf pada chef terlebih dahulu, sebab mat telah menderhaka sikit, harap dimaafkan yea, tak bermaksud roti tanpa mat derhaka tu kurang sedap, tapi mat lakukan demi menyesuaikan citarasa dalam keluarga kami. Bukan buat apa pun cuma menambah esen vanilla dan pelembut serta penstabil doh saja. Roti ni seakan2 rasa macam roti kek, lagi lah bila ada kismis dalam dia....memang berbaloi mencuba, terima kasih Chef Azli, moga anda lebih suksess yeaa...tu doa DTS-Mat Gebu untuk chef.....Dannn haa, ada lagi satu..sila2 baca bawah ni apa....

Ok, seperti mat janji kan, mulai hari ini setiap N3 masak2, mat akan selitkan 1 blog dari "Sahabat Blogger", kira ni tolong kasi promot..Blog pertama sudah pasti dari blogger bernama "Iqbal Hakimi" dari blog "Iqbal Hakimi jom terbang"...erkk...nak tau apa cerita blog blogger muda ini, sila klik sini....

Ok settel 1 blog, jomm kita semak resipi.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram tepung roti
125 ml susu UHT
11 gram instant yeast (mauripan)
80 gram gula halus @ kastor
2 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*(*dipukul sedikit)
50 gram mentega
1 camca teh bread improver (resipi asal tak letak)
1 camca teh bread softener (resipi asal tal letak)
1 camca teh garam halus
130 gram kismis
Sedikit pewarna makanan kuning
Telur + esen vanilla, dikacau, untuk sapuan #
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, kismis dan bahan bertanda (#). Gaul hingga menjadi doh. Kemudian tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal, jika melekat, tabur sedikit tepung. Masukkan kismis dan uli lagi hingga kismis rata dalam doh (ambil masa 15 - 20 minit). Bulat2kan doh, masuk dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali kismis dan bahan bertanda (#) ke dalam bread maker. Pilih setting untuk doh dan tekan "on". Lima minit masa terakhir menguli, masukkan kismis. Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK YELLOW RIVER BUN :- Keluarkan doh, bagai kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, kemudian bagi kepada 3 bahagian sama besar. Gelek setiap satu menjadi 30 cm panjang. Kemudian buatkan tocang. Kemaskan dan letak dalam loyang pembakar yang telah di sapu sedikit mentega. Buat kaedah yang sama pada baki adunan.
  3. Perap 45 minit hingga naik sekali ganda, sapu telur dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Bila masak, keluarkan dan jika suka sapu sedikit lagi mentega atas roti tadi...

18 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

chef azli pulak???? wahhh! bab belog makanan memang kena follow laa!!!



iqbalhakimi bestttT! suka jadi silent reader diaa!! DIA BESTT!

Izamir Ridzwan said...

woo iqbal first

Hanim Mahali said...

Bercahaya cahaya roti tu.... menggoda...

Yatie said...

Salam Mat,
Akak mmng suka buat roti yg simple mimple mcm ni..anak dara akak suka bab yg tocang2 tu...mcm lipan rambut katanya...ala2 roti pintal kan...
tahniah atas pencapaian Mat...eloklah tu Mat tlng promote blog2 baru...satu tugas yg murni...moga kita sama2 mendapat manfaatnya dlm berblogging ni..

Kjee said...

ayyo yellow river lagik...ingat lagu the Beatles yellow river hehehehe

iqbalhakimi said...

thanks CMG...tak sangka terpilih jadi yang pertama..hehe


semoga CMG terus sukses dalam karier masakan ni..nanti leh keluar majalah jugak macam bro ben... =)

Kamsiah said...

cicah kari ayam,kuzi ayam pun sedap kan....

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Wahh, promote blog oleh CMG. Bestnya :)

BEN ASHAARI said...

cayalah maatt... iqbal , mat gebu tak larat dah nak keluar majalah.. hahaha

nur said...

adeh...terliur laa pulak..mat nak sekeping ...penat lagi aku nak meroti ni baru habis projek kuih...

yad'z said...

waa.. maveless ar...

cikgu isza said...

roti tu mengugat iman tul.. kulitnya.. perghhh!

pemuisi hati said...

hyeee CMG....
lama tak menjengah..
CMG dtg tak karnival karangkraf?
huhuhuhu...

iqbalhakimi said...

waah...dah banyak keluar majalah...hehe..sory2 CMG,iqbal tak tahu pasal tu...

cayalah!..

Ummi said...

Weeeyyyyy...glamournya nama bun ko...hahahaa..akak akan buat green river bun, sbb yellow tu mst sungai tu kotor kan...i like green, green, green...ahaks! Feenggsaaan...! Mat, blog akak tahun bila ko nak promote...xnak kaawwwwaaaann...ngeh, ngeh, ngeeehhh...

akuanakpahang said...

Salam CMG, idea bagus itu 2 in 1 byk kebaikkanya.

Nieza said...

Wah dah sampai ke dapur cik mat dh roti ni...baru jer smlm nengok kat dapur chef azli...baguslah cik mat pantas mencuba...nampak pun tau dh sedap tu..:)

Azli Razali said...

Salam CMG! wah terima kasih sebab sudi mencuba bun dalam blog saya yang tak seberapa tuh. Derhaka pun derhaka lah Che Mat, janji cmg dah buat sesuatu yg baik dan sebar2kan benda yang bermanfaat pada bloggers! taniah jugak untuk mat dan saya doakan mat turus suksezz dalam lapangn masak2 nih!(selalu gak skodeng mat gebu dalam majalah hehe, bertambah2 lah popular lagi CMG ya!.. tahniah Che mat . Terima kasih tdk terhingga sekali lagi kat CMG sbb promote kan blog saya ya. Rasa terharu dapat penghargaan dari blogger fofular berbakat besar cam CMG nih! serius realy respek u lah CMG.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.