BEN ASHAARI

Wednesday, December 1, 2010

ROTI CANAI PEDAS.

P1240256
Assalammualaikum, salam 1 December untuk semua pengunjung DTS. Pagi2 lagi kampung mat dah mendung, berangin dengan begitu nyaman dan disulami hujan renyai2 halus. Dingin tapi tidak menyejukkan. Kadang2 idea nak memasak ni blurr, jadi buntu, nasib baik lah dunia maju sekarang ni membolehkan kita mendapat maklumat dengan hujung jari sahaja. Mat berterima kasih amat2 pada blogger masak2 yang sudi berkongsi pelbagai jenis idea masakan, mereka2 tu semua sumber inspirasi DTS - Mat Gebu. Kami blogger masak2 merupakan satu komuniti agak kecil kalau nak disamakan dengan mereka2 yang begitu bijak lagi arif perihal dunia cyber dan sebagainya. Tapi hubungan kami agak rapat walaupun ada tu tidak pernah bersua muka. Ini kerana kami sering berhubungkait antara satu sama lain....

P1240257
Satu lagi mat nak puji, sikap mereka yang tidak suka menghentam antara sesama sendiri, jika ada masalah atau kemushkilan dalam hal2 masakan, kami sama2 bertanya dan mencari kaedah yang sewajarnya. Ok, berbalik pada sarapan pagi ni mat dapat inspirasi dari blog "MamaFami " yang femes tu, dia ni kira orang lama. Roti canai pedas ni amat unik dan sedap dimakan selagi hangat. Rasanya untuk minum petang pun sesuai juga. Terima kasih pada mamafami...Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai, dicarik-carik
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar jus asam jawa
3/4 cawan hirisan daging ayam
1 genggam taugeh (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kalau guna roti canai segera, masak roti tadi macam biasa, biar suam dan carik2 kecil. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tambah sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kacau. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit, hancurkan telur tadi dan gaul rata. Tuang jus asam jawa.
  3. Masukkan roti canaidan taugeh, gaul. Tambah sediki gula dan garam (jika perlu), masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng.

22 comments:

kakchik@ella said...
This comment has been removed by the author.
Norhafiza said...

salam dan selamat pagi abgMat...loooo roti canai siap upenye hihihi..No ingat kan abgMat nk ajo wat roti canai cz No wat dlu alih2 jd keras cam biskut kui kui kui...

ummie said...

heemmmm....ok jugak kan idea ni..baguslah idea mamafami n cik mat ni...harusss....ehhh...silap...wajibbbb...try ini resepi....lebihkurang kuaytew jugak la cuma ditukar ngan roti canai..goood ideaa.....

akuanakpahang (AAP) said...

Salm En Mat. Oit tak pernah ghase lagi nei.. biasa hentam roti telur aje :)
New Entry "Aku, Kamu dan Entri."

ZaHusNa Collections said...

Good idea la... selalu ada jer baki roti canai semalam yg tak habis tu, kdg buat roti sardin ...kira jalan la juga.

nak kena try cenggini la pulak...nampak macam kue tiaw jer...

Aziela said...

eh..ehh...satu idea yg sgt menarik..... tq yer cik mat sbb bwkkan idea nie dr mama fami. Kalau ada roti canai x abis masa sarapan pagi...buat mcm nie utk minum petang pun ok gak kan..mesti laju jer abis......

Sis-Lin said...

selalu aku makan roti banjir..ni roti mcm goreng kuw tiaw je mat..nmpk sedap...!

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat...
menu menarik nih...lg2 musim2 camnih...kompen licin...

Melati Qistyna's Mummy said...

salam cik mat...

hmmm idea yg bernas neh :P
kekdg roti canai dh sejuk x selera nk mkn, sesekali try menu br, menarik neh....:)

MamaFaMi said...

Morning Mat..
Assalamualaikum...

Uiks, tak de sound-sound ma, tetiba keluar je roti canai pedas! Apesal mama buat tak jadi lawa cam ko punya eh. Ma tahu ma tahu... sebab ko derhaka! Hahahaha... Derhaka yang sihat dan berhemah tu. Bagus bagus...

Hari ni gua rasa otak gua ketat la Mat... gua dah naik penat ni.. gua nak pi naik atas gosok baju la.. terapi!

Apa-apa pun, terima kasihlah ye Mat kerana selalu promosi MamaFaMi ye.. Jasa mu ku kenang Mat...

MAMAFAMI SI ORANG LAMA
HANYA LAMA TAPI BUKAN TUA (x ngaku ko!!)
WALAUPUN NAMA MASAKANNYA SAMA
TAPI TAK LEH LAWAN MAT GEBU PUNYA

Lisa H. said...

Salam,
Sorry ... I am totally off topic.
I have been eyeing your tiffin biru... if you dont mind me asking... where can I get something similar??

Abu Luqman said...

saya tak pandai memasak...btw i folow mat gebu..no 4001...sayang ye..kalau 4000

anie,Nagoya said...

pertama kali tgk.jakun?ummm...jakun..jakun...tapi mana nak cari roti canai kat cini.tggu balek negara nnt le...

fara dean said...

salam cik mat..
kreatif betullah..mcm2lah cik mat buat and bega..tapi sedap!

momochan said...

eyhh 1st time dengar roti canai boleh goreng begitu sahaja huhuhu

makdara TERdiva said...

hy cik mat :D


opah MDT pandai buat roti canai ni..tiap2 kali bawak pegi sekolah..berebut2 kawan2 makan..dan bertambah2lah gebu saya dek makanan opah yg sedap2.. :D

tp malangye saya cuma reti makan sajer..sekian

Sally said...

Salam,
cantiknya koleksi pinggan mangkuk CMG..berkenan dengan bunga2nya..beli kat mana ya?

MULAN said...

kat satu kedai makan india halal di vietnam, ada gak makanan ala2 camni, nama dia murtapa...

ummie said...

JOM TENGOK CHEESE POWDER. RASA SEBIJIK CAM KFC CHEEZY WEDGES
http://babiesbusha.blogspot.com

sonata anak kancil said...

mulanya ingat roti cana yang diuli pedas...rupa2nya macam ni...best ni ...nak cuba jugak la! kreatif..tahniah

suhana azlin said...

salam cik mat, roti cm ni feveret saya kalau makan kat kedai makanan india kat sini..mmg dah xde tmpt nk lepak kan xkan kuar jln2 nk pi bedal kfc lak hehehe...

kalau nama femes dia kt tempat asal Egg Kothu Paratha..yg sy makan tu byk pakai biji sawi dan ada terasa rempah lain..boleh la mengubat rndu nak makan roti telur kann..try cik mat google mesti ada =)

Muslimah Optimis said...

salam...tak pernah cuba lagi roti canai pedas ni.. Boleh la Mo belajar measak dari laman dapur tanpa sempadan ni, MO pon baru je jumpa laman dapur tanpa sempadan ni beberapa minit yang lalu. nice blog n tq 4 sharing...rugi plak rasa xfolow..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.