BUN COKLAT BERKALSIUM TINGGI

P1240239
Assalammualaikum, selamat petang semua. Bila habis je 1 haribulan, maka tinggal 30 hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2011 yang pastinya penuh dengan pelbagai cabaran. Mat gebu ok sekarang ni, rasa biasa2 je. Hari ni mat nak berkongsi dengan anda semua bun coklat berkalsium tinggi, kenapa berkalsium tinggi sebab mat guna susu yang mengandungi tinggi kalsiumnya..Saja lah kan, sebab boring dah dok gentel roti yang sama. Tapi mat buat style BUN kosong, tak de inti apa. Sedap makan dengan kopi panas atau disapu mentega, jem dan sebagainya. ikut citarasa masing2.

P1240241
Roti ni kejadiannya tak delah besar mana, tapi lembut dan sedap. Memang mat guna improver dan softerner dalam dia, kalau sesiapa nak guna "water roux" pun ok, tapi mat tak berapa rajin nak buat tu semua, senang kata dalam bahasa tak sedap, mat "malas". Yang ni pun mat adun dalam Breadmaker, kalau nak guna tangan, hmm fikir 10x kot. Pada pendapat mat lah, jika anda suka baking, dan ada keinginan untuk memasak, membakar kek dan kukis, elok lah beli peralatan yang cukup, tidak membazir sebenarynya, tapi tolong jangan contoh sikap mat gebu, sebab mat gebu pantang nampak benda yang aku kenan, terus beli, lain kali jumpa beli lagi dan beli...hehehe, membazir tak elok kan...dosa..dosa..

Ok, mat guna susu tinggi kalsium dalam kotak macam tu untuk resipi ini, tapi tak paksa, guna susu segar biasa pun tak pe, nak guna susu sejat pun ok, tapi tambah sedikit air yea.. Jom semak resipi, kot2 lah ada sesiapa yang ter..ter.. rajin nak menerai nanti.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
15 gram susu tepung
125 ml susu tinggi kalsium perisa coklat (macam dalam gambar diatas)
30 gram telur (pecah satu biji, kacau dan timbang)
60 gram gula halus
7 gram instat yeast
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
40 gram mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Sediakan beks berisi air panas, susu tinggi kalsium dituang dalam cawan tahan panas dan rendam cawan tadi dalam bekas berisi air panas, hingga susu suam. Keluarkan cawan dan masukkan yis ke dalam susu suam tadi, kacau rata dan biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan2 diatas, kecuali mentega, bersama susu + yeast tadi, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan tidak melekat ditangan (kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti). Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup bekas tadi dengan plastik cling dan biar terperap semalam 1 jam atau naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  4. UNTUK BUN COKLAT :- Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara, bahagiankan kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan setiap bahagian tadi sehingga licin, susun dalam tin pembakar bersaiz 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega, buat hingga siap.
  5. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit tau hingga kuning keemasan. Bila masak, keluarkan bun dari tin dan sejukkan atas jaringan, jika suka boleh sapu mentega pada permukaan bun tadi...

Post a Comment

10 Comments

  1. wah sedapnya bun coklat tu CMG....tgk pun dah tau sure lembut tu..saya lum pernah cuba buat lagi..nanti lehla nak cuba..:)

    ReplyDelete
  2. aduhhhh kepingin aku nk meroti..leh masuk list! kopi secawan mat! cepat! aku lapoo....wakakaka

    ReplyDelete
  3. susu pebret ako tu matt... heheh x yah bubuh lam roti, minum camtu je ako dah ghase ako 'montel' mat hehehe ;p gebu mcm roti ko buat tu :p

    ReplyDelete
  4. Waduhhhh nmpk gebu roti CMG ni....lg2 kat sini tgh hujan lebat ni..mkn roti ni dgn nescafe panas..mmg sedap..!!

    ReplyDelete
  5. Waduh sedapnya CMG.... boleh la minta seketul roti coklat nie....

    ReplyDelete
  6. mak aii..bt roti pakai anelene..ni klu makan roti ni mau tulang semua kuat nie mat..boleh le keje keras lps tu..hehehehe

    ReplyDelete
  7. Hebat Mat Gebu!, mmg gebu bun tue, bole buka kedai bakery ni..sedappp & mmg kalsium sgt tinggi caoz guna susu Anlene..caya la:))

    ReplyDelete
  8. Salam CIk Mat!

    Anda telah saya tag di sini

    http://secretwordfromheart.blogspot.com/2010/12/award-blog-cantik-dan-menarik.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.