Assalammualaikum, salam 1 December untuk semua pengunjung DTS. Pagi2 lagi kampung mat dah mendung, berangin dengan begitu nyaman dan disulami hujan renyai2 halus. Dingin tapi tidak menyejukkan. Kadang2 idea nak memasak ni blurr, jadi buntu, nasib baik lah dunia maju sekarang ni membolehkan kita mendapat maklumat dengan hujung jari sahaja. Mat berterima kasih amat2 pada blogger masak2 yang sudi berkongsi pelbagai jenis idea masakan, mereka2 tu semua sumber inspirasi DTS - Mat Gebu. Kami blogger masak2 merupakan satu komuniti agak kecil kalau nak disamakan dengan mereka2 yang begitu bijak lagi arif perihal dunia cyber dan sebagainya. Tapi hubungan kami agak rapat walaupun ada tu tidak pernah bersua muka. Ini kerana kami sering berhubungkait antara satu sama lain....
Satu lagi mat nak puji, sikap mereka yang tidak suka menghentam antara sesama sendiri, jika ada masalah atau kemushkilan dalam hal2 masakan, kami sama2 bertanya dan mencari kaedah yang sewajarnya. Ok, berbalik pada sarapan pagi ni mat dapat inspirasi dari blog "MamaFami " yang femes tu, dia ni kira orang lama. Roti canai pedas ni amat unik dan sedap dimakan selagi hangat. Rasanya untuk minum petang pun sesuai juga. Terima kasih pada mamafami...Jom semak resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai, dicarik-carik
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar jus asam jawa
3/4 cawan hirisan daging ayam
1 genggam taugeh (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Sedikit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
Satu lagi mat nak puji, sikap mereka yang tidak suka menghentam antara sesama sendiri, jika ada masalah atau kemushkilan dalam hal2 masakan, kami sama2 bertanya dan mencari kaedah yang sewajarnya. Ok, berbalik pada sarapan pagi ni mat dapat inspirasi dari blog "MamaFami " yang femes tu, dia ni kira orang lama. Roti canai pedas ni amat unik dan sedap dimakan selagi hangat. Rasanya untuk minum petang pun sesuai juga. Terima kasih pada mamafami...Jom semak resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai, dicarik-carik
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar jus asam jawa
3/4 cawan hirisan daging ayam
1 genggam taugeh (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Sedikit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kalau guna roti canai segera, masak roti tadi macam biasa, biar suam dan carik2 kecil. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tambah sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan kacau. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit, hancurkan telur tadi dan gaul rata. Tuang jus asam jawa.
- Masukkan roti canaidan taugeh, gaul. Tambah sediki gula dan garam (jika perlu), masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng.
22 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam dan selamat pagi abgMat...loooo roti canai siap upenye hihihi..No ingat kan abgMat nk ajo wat roti canai cz No wat dlu alih2 jd keras cam biskut kui kui kui...
ReplyDeleteheemmmm....ok jugak kan idea ni..baguslah idea mamafami n cik mat ni...harusss....ehhh...silap...wajibbbb...try ini resepi....lebihkurang kuaytew jugak la cuma ditukar ngan roti canai..goood ideaa.....
ReplyDeleteSalm En Mat. Oit tak pernah ghase lagi nei.. biasa hentam roti telur aje :)
ReplyDeleteNew Entry "Aku, Kamu dan Entri."
Good idea la... selalu ada jer baki roti canai semalam yg tak habis tu, kdg buat roti sardin ...kira jalan la juga.
ReplyDeletenak kena try cenggini la pulak...nampak macam kue tiaw jer...
eh..ehh...satu idea yg sgt menarik..... tq yer cik mat sbb bwkkan idea nie dr mama fami. Kalau ada roti canai x abis masa sarapan pagi...buat mcm nie utk minum petang pun ok gak kan..mesti laju jer abis......
ReplyDeleteselalu aku makan roti banjir..ni roti mcm goreng kuw tiaw je mat..nmpk sedap...!
ReplyDeletesalam cikmat...
ReplyDeletemenu menarik nih...lg2 musim2 camnih...kompen licin...
salam cik mat...
ReplyDeletehmmm idea yg bernas neh :P
kekdg roti canai dh sejuk x selera nk mkn, sesekali try menu br, menarik neh....:)
Morning Mat..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
Uiks, tak de sound-sound ma, tetiba keluar je roti canai pedas! Apesal mama buat tak jadi lawa cam ko punya eh. Ma tahu ma tahu... sebab ko derhaka! Hahahaha... Derhaka yang sihat dan berhemah tu. Bagus bagus...
Hari ni gua rasa otak gua ketat la Mat... gua dah naik penat ni.. gua nak pi naik atas gosok baju la.. terapi!
Apa-apa pun, terima kasihlah ye Mat kerana selalu promosi MamaFaMi ye.. Jasa mu ku kenang Mat...
MAMAFAMI SI ORANG LAMA
HANYA LAMA TAPI BUKAN TUA (x ngaku ko!!)
WALAUPUN NAMA MASAKANNYA SAMA
TAPI TAK LEH LAWAN MAT GEBU PUNYA
Salam,
ReplyDeleteSorry ... I am totally off topic.
I have been eyeing your tiffin biru... if you dont mind me asking... where can I get something similar??
saya tak pandai memasak...btw i folow mat gebu..no 4001...sayang ye..kalau 4000
ReplyDeletepertama kali tgk.jakun?ummm...jakun..jakun...tapi mana nak cari roti canai kat cini.tggu balek negara nnt le...
ReplyDeletesalam cik mat..
ReplyDeletekreatif betullah..mcm2lah cik mat buat and bega..tapi sedap!
eyhh 1st time dengar roti canai boleh goreng begitu sahaja huhuhu
ReplyDeletehy cik mat :D
ReplyDeleteopah MDT pandai buat roti canai ni..tiap2 kali bawak pegi sekolah..berebut2 kawan2 makan..dan bertambah2lah gebu saya dek makanan opah yg sedap2.. :D
tp malangye saya cuma reti makan sajer..sekian
Salam,
ReplyDeletecantiknya koleksi pinggan mangkuk CMG..berkenan dengan bunga2nya..beli kat mana ya?
kat satu kedai makan india halal di vietnam, ada gak makanan ala2 camni, nama dia murtapa...
ReplyDeleteJOM TENGOK CHEESE POWDER. RASA SEBIJIK CAM KFC CHEEZY WEDGES
ReplyDeletehttp://babiesbusha.blogspot.com
mulanya ingat roti cana yang diuli pedas...rupa2nya macam ni...best ni ...nak cuba jugak la! kreatif..tahniah
ReplyDeletesalam cik mat, roti cm ni feveret saya kalau makan kat kedai makanan india kat sini..mmg dah xde tmpt nk lepak kan xkan kuar jln2 nk pi bedal kfc lak hehehe...
ReplyDeletekalau nama femes dia kt tempat asal Egg Kothu Paratha..yg sy makan tu byk pakai biji sawi dan ada terasa rempah lain..boleh la mengubat rndu nak makan roti telur kann..try cik mat google mesti ada =)
salam...tak pernah cuba lagi roti canai pedas ni.. Boleh la Mo belajar measak dari laman dapur tanpa sempadan ni, MO pon baru je jumpa laman dapur tanpa sempadan ni beberapa minit yang lalu. nice blog n tq 4 sharing...rugi plak rasa xfolow..hehe
ReplyDelete