BEN ASHAARI

Monday, December 13, 2010

PAU SAMBAL SARDINE.

P1240441
Salam petang semua, hmm, lama sungguh tak buat kueh pau, mat kan rasa bosan sangat, hati tak berapa nak tenteram, jadi buat2lah sibuk...hmm sapa eks nak makan benda2 ni semua..tak pelah nanti pi kasi kat anak2 buah. Sebenarnya mat sampai tatau dah nak tulis apa. Secara jujur, apa mat tulis kat N3 masak2 ni setakat tulis je, bukan dari hati..cuma ianya berlegar di kepala. Situasi mat memang betul2 belum ok, tapi kalau hanyut dibuai perasaan, rasanya nanti lagi tak elok. Pau ni kan resipi asalnya dari "Puan Betty Yew", dia ni kira femes dalam penyediaan hidangan. Banyak juga buku hasil tulisan beliau. Mat cuma ada 1 je, tapi memuaskan sangat, bagus sebagai rujukan...

P1240444
Pau ni kalau ikut kan memang gebu, satu yang pasti, masa kukus tu api kena letak paling maksimum kuat. Yang ni mat rasa api dapur kurang kuat lah, huhu, jadi macam kurang sikit kegebuannya, tapi tetap lembut. Pau ni kalau buat lebih, boleh simpan dalam peti sejuk, nak makan boleh kukus balik. Inti terpulang, samada nak yang manis atau pedas. Tapi mat suka yang pedas2. Kalau guna inti karipap pun sedap, mat pernah sumbangkan resipi ni pada laman MyResipi.com di sini.... Ok jom kita semak resipinya...

BAHAN DOH :-)
24O gram tepung Hong Kong (atau guna tepung pau dalam kotak)
1 camca teh "Double-Acting Baking Powder" (seperti gambar di bawah)
25 gram lemak sayur (shortening)
1 camca teh instat yeast
1/2 camca teh garam halus
100 ml air suam*
30 gram gula halus*
1/2 camca teh cuka makan*(*disatukan dan kacau rata)

BAHAN SAMBAL SARDINE :-)
1 tin sedang sardine cap ayam, ambik isinya
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
1/2 camca besar rempah kari
1 pokok kecil daun sup, hiris halus
Sedikit garam dan gula
1/4 cawan air
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PAU :- Ayak tepung bersama double acting baking powder ke dalam mixing bowl, masukkan garam dan instant yeast, putar hingga rata. Tambah lemak sayur dan putar hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Pada kelujuan perlahan tuang bancuhan air+cuka+ gula tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Putar 1 -2 minit hingga doh tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, perap 45 minit - 1 jam atau hingga doh kembang sekali ganda.
  2. UNTUK SAMBAL SARDINE :- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang air dan tambah rempah kari dan ikan sardine tadi. Hancurkan, tambah sedikit garam dan gula, masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan juga jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  3. UNTUK PAU SAMBAL SARDINE :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh pada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 40 gram setiap 1). Ambil 1 bahagian, bulatkan dan tekan biar leper, isikan 1 camca besar inti sambal sardine dan tutup kemas dengan doh, bulat2kan sedikit dan letak atas kertas minyak bergris. Buat hingga siap. Perap 15 - 20 minit. Kemudian kukus 12 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan, guna api besar. Sejukkan dan boleh dihidangkan untuk sarapan atau minum petang..
CATATAN MAT GEBU :- Satu petua yang mat tau, kalau pau anda menjadi, lepas masak, pau akan menghasilkan permukaan kulit yang halus, dan boleh disiat seperti gambar di atas.

12 comments:

dottology said...

salam mat,
tadi saya cuba recipe potato bread mat and menjadi. once again, terima kasih sebab tak pernah 'merahsiakan' certain barang in your recipes.

anyways, actually ni takde kena mengena dengan pau sambal sardine ni, cuma i nak tanya, mana you beli baking powder yang tutupnya steel tu? kat sini semenya tutup plastic. after a while kita bukak and tutup, plastic tu pun hancus. boleh ke share tempat yang mat beli tu...sure kat johor, ek?

thanks mat.

hana said...

aduduhhh...aku br jerk mengembangkan yis sebentar tadik! nih ader lagi yis utk dikembangkan.. pehni ngan aku2 skali ikut kembang! huwaaaa... talak boley wooooo... tp wa jeles lah sama itu pau apa pasat licin2 mcm kene cucuk itu botox2 ar? botox k bukan botok atau lg satu tuh ah jgn sebut! wakakakakaa....

fara dean said...

salam cik mat..
mmg naik gebu..dicubit pun nampak gebu..tu tgn sapa yg gebu tu..hihi..
jgn marah ye

joegrimjow said...

seperti gambar diatas
wahh
nak bgtau mat gebu nye jadi lah tu
hehe

Cik Kamoo said...

salam mat,


nampak sedap. nk kena cuba nie. dah lama sgt mengidam nk makan pau. klu balik kg blh suruh mak buat. bestnya klu buat utk minum petang

~hAKim ZaiLAn~ said...

pergh,,
tgok pon da tau sedap brader Mat..
ade masa bole try wat ni..

Ummi said...

Mat, akak pun mcm Hana, semakin hari semakin kembang...huhuuu...tp bila makan x hengat doniaaa...ok jek gebus pau tu mat, xda nmpak x gebu mcm ko kata pun...ke ko makan bkn dgn perasaan nih...tu la kot...bwk sabar2 n tenang2 ya Mat..

Citarasa Rinduan said...

cik mat..

wah...terlebih gebulah pau sardin itu..
peberet en zalie..tapi sekarang dia dah slow bab makan..

hahhaha...tukar sudah..ayu pulak yang gebu...makan..makan..makan..

eita zulkifly said...

memang gebu macam CMG la.. he3... mcm mana CMG wat pau ni atas dia tak kedut2 yer? sy wat selalu kedut2

aZLiNa aZiZ said...

Salam CMG. Dah la husb pesan suh buat pau macam ni tapi tak jugak jalan2. Errr, tumpang tanya, kalau tak letak lemak sayur tu boleh tak?

Yatie said...

Salam Mat,
Akak kalau bab kuih yg kukus2....fulamak...mmng peminat setia tau...suka sngt, lagi2 pau...mana nak cari pau mlm2 ni...sok nak wat sendirilah...gebu pau sardine Mat....

Cik Siti said...

Salam Mat...
Akak selalu follow resipi Mat senyap2 dari jauh.. Kebetulan semalam buat pau. Dah 3x buat pau ikut resipi Mat.. Selalu guna tepung gandum biasa2 tu OK je, lembut walau dah sejuk.. siap jual kat Bahrain nun. Tapi hat semalam guna tepung hongkong keras la pulak huhu... Apa2 pun TQ le.. makin murah rezeki Mat kongsi resipi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.