P1240441
Salam petang semua, hmm, lama sungguh tak buat kueh pau, mat kan rasa bosan sangat, hati tak berapa nak tenteram, jadi buat2lah sibuk...hmm sapa eks nak makan benda2 ni semua..tak pelah nanti pi kasi kat anak2 buah. Sebenarnya mat sampai tatau dah nak tulis apa. Secara jujur, apa mat tulis kat N3 masak2 ni setakat tulis je, bukan dari hati..cuma ianya berlegar di kepala. Situasi mat memang betul2 belum ok, tapi kalau hanyut dibuai perasaan, rasanya nanti lagi tak elok. Pau ni kan resipi asalnya dari "Puan Betty Yew", dia ni kira femes dalam penyediaan hidangan. Banyak juga buku hasil tulisan beliau. Mat cuma ada 1 je, tapi memuaskan sangat, bagus sebagai rujukan...

P1240444
Pau ni kalau ikut kan memang gebu, satu yang pasti, masa kukus tu api kena letak paling maksimum kuat. Yang ni mat rasa api dapur kurang kuat lah, huhu, jadi macam kurang sikit kegebuannya, tapi tetap lembut. Pau ni kalau buat lebih, boleh simpan dalam peti sejuk, nak makan boleh kukus balik. Inti terpulang, samada nak yang manis atau pedas. Tapi mat suka yang pedas2. Kalau guna inti karipap pun sedap, mat pernah sumbangkan resipi ni pada laman MyResipi.com di sini.... Ok jom kita semak resipinya...

BAHAN DOH :-)
24O gram tepung Hong Kong (atau guna tepung pau dalam kotak)
1 camca teh "Double-Acting Baking Powder" (seperti gambar di bawah)
25 gram lemak sayur (shortening)
1 camca teh instat yeast
1/2 camca teh garam halus
100 ml air suam*
30 gram gula halus*
1/2 camca teh cuka makan*(*disatukan dan kacau rata)

BAHAN SAMBAL SARDINE :-)
1 tin sedang sardine cap ayam, ambik isinya
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
1/2 camca besar rempah kari
1 pokok kecil daun sup, hiris halus
Sedikit garam dan gula
1/4 cawan air
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PAU :- Ayak tepung bersama double acting baking powder ke dalam mixing bowl, masukkan garam dan instant yeast, putar hingga rata. Tambah lemak sayur dan putar hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Pada kelujuan perlahan tuang bancuhan air+cuka+ gula tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Putar 1 -2 minit hingga doh tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, perap 45 minit - 1 jam atau hingga doh kembang sekali ganda.
  2. UNTUK SAMBAL SARDINE :- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang air dan tambah rempah kari dan ikan sardine tadi. Hancurkan, tambah sedikit garam dan gula, masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan juga jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  3. UNTUK PAU SAMBAL SARDINE :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh pada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 40 gram setiap 1). Ambil 1 bahagian, bulatkan dan tekan biar leper, isikan 1 camca besar inti sambal sardine dan tutup kemas dengan doh, bulat2kan sedikit dan letak atas kertas minyak bergris. Buat hingga siap. Perap 15 - 20 minit. Kemudian kukus 12 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan, guna api besar. Sejukkan dan boleh dihidangkan untuk sarapan atau minum petang..
CATATAN MAT GEBU :- Satu petua yang mat tau, kalau pau anda menjadi, lepas masak, pau akan menghasilkan permukaan kulit yang halus, dan boleh disiat seperti gambar di atas.