BEN ASHAARI

Wednesday, December 15, 2010

NASI GORENG NENAS

P1240477
Salam Rabu semua, hari genap seminggu arwah abang mat pergi mengadap Ilahi, sungguh pantas masa berlalu kan, moga roh arwah dicucuri rahmat..al-fatihah. Memandangkan nasi baki semalam ada, jadi mat goreng jelah..tapi ada tak banyak. Dulu kalau ada berbaki boleh kasi kat ayam, sekarang ayam2 kampung semua habis dah kena sembelih, sayang pulak nak membazir, beras dah lah mahal sekarang ni. Tadi mat masuk blog Dr Liana yang cun tu, ternampak ada hidangan nasi goreng nenas, hmm bagus juga kan idea tu. Dannn, mat gebu pun apa lagi belasah jee buat, aku guna kiub tom yam je, jadi lahh, ada rasa2 thai sikit..Ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi semalam, dileraikan
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, hiris
1 kiub tom yam "Maggi"
6 ekor udang dibersihkan
1/2 cawan hirisan daging batang pinang
1/2 cawan nenas madu, yang telah dipotong kiub
6 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos cili thai
Sos ikan secukup rasa (kalau tak de guna je garam)
1/4 cawan gajus, digorang
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskkan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi hingga harum, masukkan kiub tom yam (hancurkan) bersama2 daging, kacau rata dan tambah sedikit air. Bila daging lembut, masukkan sos cili thai dan udang, kacau rata.
  2. Masukkan nenas, kacau dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, dan kacau rata. Tambah nasi dan gaul, goreng dengan api besar. Tambah sedikit sos ikan dan rasa, jika perlu tambah lagi. Bila nasi kelihatan sedikit kering, boleh matikan api.
  3. Alih dalam bekas sesuai dan hias dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan kacang gajus tadi. Hidangkan panas2..
CATATAN MAT GEBU :- Teknik menggoreng gajus yang mat tau ialah, letak kuali atas dapur, tuang minyak secukupnya, dan masukkan gajus (selalunya gajus mat basuh dan lap kering), kemudian hidupkan api pada kadar mininum, biar gajus tergoreng dalam keadaan begitu sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak atas paper towel, biar sejuk..

9 comments:

makdara TERdiva said...

salam kanda mat gebu.. :)
kalau nasi tu letak dlm nenas lagi sedap kan??? ehehe!

Mat Gebu said...

@ MDT - Hahaha, yes adinda...betui2..ni nenas semalam punya, dah siap2 ditogelkan..jadi tak de jalan lain, lambak je dalam pinggan..

Hidup Ini Adalah Kenyataan said...

adeh mat terliur dan lapar plak...

NaniRostam said...

Nanti kita pun nak buatlah.Lama tak buat. Dulu saya tukang masak kat restoran nasi campur n tomyam...so selalu buat nasi goreng nenas ni...fuh dah lama betul tak buat.

Liana MD said...

wahh rupenye cikmat dpt idea dr nasi nenas dlm smpan yg sy mkn ari tu ek? hihii cikmat punye pun nmpak menggiurkannn ok..bakmehh skettt :)

Cheme said...

Salam Cik Mat Gebu, bukan nenas tetapi "NANAS" (ikut ejaan DBP)

sayapmalam.com said...

erkk..nenas tu loghat johor.. Macam pekan nenas tu kan CMG?

CMG: pageviews counter tu laju je bergerak..suka tengok

sekamar rindu said...

salam..

ada cerita sedikit tentang blog ini..

http://sekamarrindu2009.blogspot.com/2010/12/sekadar-blogger-picisan-saja.html

Mat Gebu said...

@ H.I.A.K - terliurkan, hmmm..

@ nani rostam - kalau akak yg buat, lagi meletop..

@ Liana MD - Salam Dr..erkk, biasa2 je tau..tapi kalau ada "nanas" boleh buat mcm kat blog Dr tu..

@ cheme - ok, terima kasih teguran tuan...jangan segan2 tegur jika ada perogolan bahasa yang saya gunakan yea...

@ sayapmalam - Tulah tapi tak pe, sebab teguran yang baik, elok kita ambik perhatian...erkk kaunter pageview tu rosak lah agaknya..

@ sekamar rindu - terima kasih sudi singgah...sedeh yea, ok nanti saya pi skodeng..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.