BEN ASHAARI

Sunday, December 12, 2010

IKAN CHUAN BERCUKA...

P1240412
Salam petang, hehehe, jumpa lagi.. nak letak N3 lagi, sebab tiba2 macam rajin. Kali ni seperti biasa, masakan peranakan juga. Resipi ikan chuan ni mat pernah letak dulu di sini..., dia ala2 ikan 3 rasa, macam acar ikan pun ada. Tapi kali ni mat derhakakan sikit sebab ada bahan2 yang tidak mencukupi, tapi pada tekak ku ianya masih memenuhi kriteria ikan chuan seperti resipi terdahulu.. Sebenarnya masak2 ni kan kita yang buat dia, jadi pandai2 lah nak oter mana yang patut, janji rasa tak lari sangat. Ikan chuan ni typical peranakan nya masakan, selain ikan kembong, ikan bawal pun sedap dimasak macam ni....pantun dulu yeaa...hehe, tengah ada mood sikit nihh..

CANTIK SUNGGUH BUNGA DEDAP,
KEMBANG MEKAR SATU TAMAN,
NAMANYA PELIK RASANYA SEDAP
ITU LAH IKAN MASAK CHUAN.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz besar, siang dan cuci bersih*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*dilumur dan perap 20 minit)
2 biji bawang besar saiz sederhana, dibelah 6 setiap biji
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji dan dititik
2 biji cili merah, hiris serong
2 biji cili hijau, hiris serong
1 inci halia muda, hiris halus
1 camca besar sos tiram
5 cammca besar cuka makan (mat guna jenama "JALEN")
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng, tapi jangan garing sangat, hanya embal-embal saja. Ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, serbuk kunyit dan halia hingga harum, masukkn sos tiram, cuka dan air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat, masukkan ikan dan balik2kan hingga rata pada seluruh ikan tadi. Rasa dan jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

13 comments:

Rozuan Ismail said...

memang suka masak makanan peranakan ke?teringat ikan sweet sour mak kat umah..sedih teringat kat mak

Mat Gebu said...

@ rozuan - Masakan orang2 peranakan ni agak unik, kalau tak diketengahkan generasi2 muda mungkin kurang pasti. Terima kasih sudi komen..

zacky ~786~ said...

sedap yerr.~
asl g blog nie jerr mesti lapar..
wahh bahayerr nie .. huhu..

gurau jer.. ;)

eelobor said...

wah 2 step jer tuh.....nti nk cuba buat gak. hahahaha, mesti jadi ikan sardin kalau saya yg masak

Ummi said...

Mat,kerajinan update dah mula datang...eloklah disibukkan diri agar dapat lupakan sebentar hati yg sedih tu...jangan duk diam2 eh..nanti lara...hehee, caiyoookk Mat!

BASIKAL DI TUNDA MELINTAS TITI
LALUAN MENGHALA KE POHON MERANTI
BULAN DAN MATAHARI SILIH BERGANTI
INSYAALLAH DUKA DAN SEDIH KAN REDA NANTI

Ctnaemah said...

dari jauh nampak entry tajuk ikan CHUAN..aisyeyy!! dlm ati kata mana nak cari ikan 'CHUAN' ni??..perghhh..guna ikan kembung aje rupanya. :D

erienz said...

kena cuba ni, tp tangan x de senilah, nak masak hampeh sikit...

erienz said...

kena cuba ni, tp tangan x de senilah, nak masak hampeh sikit...

jay said...

Salam perkenalan,

selalu kak jay tengok N3 mat, bestlah...

mamaacha said...

salam...leh jd kan ide nk masak2 hr minggu

Yatie said...

Salam Mat,
Syukur Alhamdulillah semuanya berjln lancar....semoga tabah ya...
=>akak ingat tadi mcmana rupa ikan CHUAN...he3 tertipu...ghupernya guna ikan kembong je....boleh buatlah mcm ni..sonang pun sonang..yg penting sodappppp....

Citarasa Rinduan said...

cik mat,.

syukur sangat2 sebab mood cik mat dah kembali ceria..

tak mengapalah....ikan kempong nie rupanya boleh diupgrate jadi masakan orang peranakan...

akan ayu war-warkan kepada pengunjung setia citarasa rinduan

Mat Gebu said...

@ zacky - hehehe, mmg bahaya tu..try tutup mata..lapar lagi tak?

@ eelobor - Mudah je, ala2 ikan masak kicap, semua lebur sekali.

@ kak ummi - hmm ntah lah kak, blog ni sebagai pengubat lara di hati..

TERBANG SEKAWAN SI BURUNG MERPATI,
SINGGAH DI BENDANG MAKAN PADI,
YANG PERGI MEMANG TAK BERGANTI,
HANYA KENANGAN TERSEMAT ABADI..huhu

@ ctnaemah - hehe, nama resipi je ikan chuan, ikan dia boleh guna sebarang jenis ikan berdaging.

@ erienz - hmm, tak pe bila2 ada kelapangan waktu boleh mencuba.

@ jay - salam kenal juga utk kak j, terima kasih sudi singgah DTS..

@ mamaacha - betul tu, idea hujung minggu..hmm boleh buat segmen resipi tuu..hehe.

@ kak yatie - hehe, ikan biasa je kak...terima kasih sudi komen yea.

@ ayu - hmm boleh lah ayu, tapi hati saya tawar je, nak menulis pun rasa tak de jiwa..blurrr..huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.