BEN ASHAARI

Sunday, December 19, 2010

CONDENSED MILK POUND CAKE

P1240577
Hmmmmmmmmm...hehehe, tu terus lah mula kata, patut lah si mat tu gebu, dok tibai segala macam benda, petang tadi mee hailam, ni kek pulak...hahaha, ok guys let me put this way..erkk pesal ter speaking london pulak, hmm sebenarnyakan mat buat benda2 ni selain untuk N3 blog, lepas tu bagi kat anak2 buah ku yang telah menjadi anak2 yatim tu.....terus rasa sebak dan sedih..huhu :-( , sebelum ni anak2 buah mat tu memang mangsa untuk menge"test", hasil R n D ni semua. Kita tinggalkan kesah sedih tu yeaa, berbalik cerita pasal kek ini, kalau dalam bahasa inggeris nama dia "Condensed Milk Pound Cake", bila masuk jawi, nama dia macam kurang bes kan, "kek paun susu pekat manis"..erkk, menjelaa koo nama dia..tak de sheedapp lahhh!!....

P1240582
Resipi kek ni mat ambik dari blog Rima, secara jujur kan, blog rima tu antara yang mat suka masuk, hasil kerja dia i tell u, memang halus, dan tip top, kalau tengok kek lapis dia, masya allahh, dah lah kemas, halus kan main, bak hujung lidi, apa kata omputeh tu fit for king and queen..haa macam tu lah kesempurnaannya (tu pandangan mat gebu yang tak pandai ni laaa). Mat buat 1/2 dari resipi asal, resipi penuh ada diblog Rima. Mula2 ingat mesti manis gila kan, sekali rasa dia sedap, lembap dan manis tahap biasa2 saja..tapi kan mat makan 1 keping jeee, yang dalam gambar tu..huhu, lebihnya dah sampai ke rumah anak2 buah ku....Ok kalau nak mencuba boleh lihat resipi dibawah ni, mat memang jamin kesedapannya...Oh yea satu nak pesan, guna mentega terbaik yea untuk hasil yang sedap...(kalau buttercup, sahh rasa dia "ala-ala" jeeee). Lagi satu, kaedah membuatnya agak berbeza dari kek biasa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna golden churn)
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
  5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...

22 comments:

Miza Yusof said...

gebunya kek ni. nampak sedap. nak belajar buat lah. hehe

miza dah cuba buat pizza yang cik mat ajar tu, tapi roti tak menjadi gebu macam cik mat buat. baru first try nanti nak cuba lagi. hehehe. thank you cik mat :)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Macam kek mak kita dulu dulu..cicah kopi o mesti sedap..dalam senarai untuk dicuba..t.kasih CMG.

Aqil said...

tol tu CMG, kak rim nyer sentuhan mmg tergoda...kek2 lapis dia mmg cun..kite hari2 mesti WAJIB singgah blog CMG, Kak Rima, Kak Hana n K.nor...u alls nie mmg sifuku..hu3
TQ sharing resepi2 best2 ;D

Rima said...

Macam nak pengsan bila cik mat kata gitew.. cik mat pun ape kurangnye.. power temak! hehe

Ty for trying and glad u liked it as much as i did.. keiklasan mu ku hargai.. ceeebahhh :o)

NoorMasri said...

fuhyooo..nampak mabeles sungguh..mesti try ni

::Azura Rahman:: said...

wajib cuba! thanks en mat.. oh ya.. gebu itu menawan okay.. ekeke..

Mekar said...

mentega berkualiti tinggi yg abg mat pakai tu, mahal juga kan harganya?

Norhafiza said...

Bekpes di sajikan ngan kek paun huhuhu..nampak sedap dan gebu..bahan2 pun tak banyak..leh cuba nih..

Mat Gebu said...

@ miza yusuf - Salam, hmm roti dia tak menjadi gebu?..resipi yg guna tepung gandum tu kan..mesti ada silap kat mana2 nih..kalau senang2 nanti YM saya = mat_gebu

@ nazrah - sesuai kan buat2 minum petang, jamu utk tetamu pun ok juga..

@ aqil - yeaa betul, pada mat lah, apa yg kita nampak, tu yg kita tulis, rima nya hasil kerja, memang halus...saya biasalah2, jantan nya gaya..hhehe..

@ rima - hehehe, terima kasih sudi share resipi sedap ni, and u know what, resipi dia saya dok lekat kat kat peti sejuk je sekarang ni, senang buat rujukan...

@ noor masri - serius, must try this one, tak rugi...

@ azura - hahaha adeh gebu itu menawan, yelah tu (pengsan kejap)..try nanti bagi feedback, tapi mmg mat jamin rasa dia sedap, cuma mentega tu guna yg bagus nya jenis lah yea.

@ mekar - Mentega tu saki baki raya, tapi kan boleh guna jenama anchor, SCS dan jenis2 lain, cuma kalau butter cup tu mat tak berapa nak rekomen lah, tapi boleh juga kalau nak..

@ norhafiza - hik, pengsan tak pepagi makan kek, kalau kami kan kek, hanya minum petang, pagi masing2 pakat jeling jeee, tak de sapa nak...erk, bocor rahsia guaa..

ApasH said...

Salam..

Saya pon dah try few weeks ago..setakat ni dh 2x buat. Mmg sedap even saya guna buttercup je..hahaha...taste buds saya tak se"class" orang yg terer buat kek kot.

Tak kisah la janji makan sedap!!

yusparisa said...

salam cik mat,

nak tanya, rasa dia sama ke dgn vanilla pound cake yg jual kat tesco?sedap sgt2 kek ni, moist n bila potong sama macam dlm gambar cik mat ni..

nk try la nanti cik mat resipi ni, thanks ya.

Mat Gebu said...

@ apash - hehe, alah jgn kata macam tu, tu rasa pada tekak saya jee...apa2 pun kek ni memang sedap kan, tak rugi mencuba..

@ yusparisa - erkk tak tau yea. sebab tak pernah beli, tapi ada kemungkinan kek ni lagi sedap..serius nihh..cuba try buat nanti..

hana said...

aduyaiiiiii menggoda abes dbuatnyer! nak buat jugakkkkk! hUH!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

gebusss betul keknya tu.... ada kerajinan bolehlah buat.. tapi kalau kacau guna senduk mungkin x secantik ni kan? (mixer ku rosak belum berbeli) baru dtg mood rajin buat kek bila anak2 dah mula tunjukkan minat mkn kek.. dulu2 mmg malas nak buat kek sebab kek selalu terbiar last2 ibunya yg gemuk sebabkan tak nak kek membazir.. hehehe...

Cik Eka said...

peh gebunyer........nak nak nak.haha

Mat Gebu said...

@ hana - erkk, tergoda jugak eks..alah kalau koo ciken jee nak buat...

@ madiha - tu lah kak, saya pun nasib baik ada anak2 buah tu, kalau tak jangan harap nak buat selalu, lagi lah mcm saya ni kan dah gebu..huhu.

@ cik eka - Erkk, nak juga ke, bolehhh...

nur said...

CMG
sedap nampaknya.. kepingin kek..
ALL IN ONE

madhiah said...

salam. boleh tak resipi tu bg yg bkan dlm gram? i mean mcm brape cawan ke. sbb x de timbang lah kat rumah. hehe =. thanks. nk try nih

Aishamirafiq said...

Sedap betul.... baru this week buat... Thanks to both CMG and Rima...

Cik Angah said...

try buat utk minum petang....and baru jer lepas makan.memang sedap sgt2....anak2 pun suka.hubby pun puji.kembang lah sekejap...hehe.thanks CMG.

rahel said...

CMG,saya pun nak juga buat kek ni,tak pernah cuba lg,tp kek ni mesti sedap kan?

Mak Ton said...

Mmg sedap kek nih..
Memula masa bc resipi kekonon mcm xbesh je..
Skali try.. Sedap seh... Cik abg sorg mkn setengah loyang..
Thanks..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.