MEE HAILAM LADA HITAM.

P1240568
Assalammualaikum, salam petang Ahad, kejapnya dah petang. Dah minum petang ke semua? Mat ni hari masak mee hailam lada hitam, berangin jee, silap2 kang bom semua meletup, sebab dia menolak angin keluar dari body memasing...dengeresss juga kan..bayangkan kalau ter"bom" dalam lif, ohhh tidakk, pengsan 3 hari!!..hahaha.. Sebenarnya kan mat saja nak habiskan stok mee kuning, lepas tu semalam kan mat masak rebung dengan daging kat sini...jadi mat ada asingkan daging tu sikit. Kebetulan dalam freezer ada tercicir seko sotong dan 7 ekor udang saiz sederhana, wahh, lagi lah meriah ni. Mee hailam ni masak dia teramat senang sekali, yang penting bawang putih dan sos tiram mesti ada...

P1240576
Lagi satu pada mat ianya sedap dihidang segera bila dah siap masak, kalau lama2 nanti mee dia kembang jadi tak berapa nak bes. Sebenarnya sayur2ran tu ikut kehendak kita, nak letak apa pun, tapi yang pasti mee hailam orang tak letak taugeh, tapi kalau nak makan apa salah, sendiri nya selera kan. Yang ni mat guna stok rebusan daging, mat memang ada simpan stok rebusan daging tu, yang dibekukan, bila nak guna campak je dalam kuah...tapi tak de lah banyak cuma mat simpan sikit siaa untuk kegunaan masa2 darurat. Ok mat share resipi dia...ala yang biasa2 jee..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning, cuci, celur sekejap dan toskan
1 liter stok rebusan daging
Air secukupnya
150 gram daging bayang pinang, hiris
2 ekor sotong sederhana besar, hiris
7 - 10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1 biji tomato, belah enam
1 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2
2 pokok sawi bok choy, dileraikan cuci dan toskan
1/3 batang lobak merah, belah dua dan hiris serong
5 camca besar sos tiram
2 camca besar sos lada hitam
3 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa (jika perlu)
1 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan sos lada hitam, kacau rata dan masukkan daging, masak sekejap dan tuang stok rebusan daging, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tambah udang lobak merah dan bunga kobis, jika perlu tuang sedikit air lagi sebagai kuah. Bila mendidih, masukkan sotong, red/green/yellow capsicum dan juga sedikit garam jika perlu.
  3. Masukkan tomato, bok choy dan juga bancuhan tepung jagung, masak hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali masukkan mee kuning tadi, gaul rata, rasa dan jika ok, boleh dihidangkan. Sedap dimakan kala panas bersama cili jeruk...hmmm...

Post a Comment

14 Comments

  1. salam che mat....ishhhhh terliur sgt ni.......nampak sedap betul..kalu dekat mau je hulur mangkuk kosong hehehe

    ReplyDelete
  2. mat.. hulur2 la org kat skudai ni.. muehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Mat..

    sodap kalau derhaka ni!hahaha
    sy minta izin utk salin resepi ni kt buku..utk dicuba nnt..tq Cik Mat

    ReplyDelete
  4. salam mat - sedap mee tu...lina dah buat roti sexy mat...ternyata amat gebu....Terima kasih mat.

    ReplyDelete
  5. alooooo abgMat..mi hailam la plak..peveret lak tuuu..tadi pajeri nenas huhu..perut naik lapo la pla ni syik tengok menu jek...aish xleh jadi ning..hihi

    ReplyDelete
  6. Salam En Mat adus mlm2 nei buat aku lapor nengok entri awk nie :( Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal, maka tak cinta"

    ReplyDelete
  7. ML nak cuba buat mee ni la hari ni.Thanx for sharing cik mat =D

    ReplyDelete
  8. salam..

    cik mat, malam-malam kan kalau pekena mee hailam, bubuh lada hijau (lada jeruk) sedap ooo.
    mak mertua lalu pun tak akan pandang kita..

    ReplyDelete
  9. fu yoo.. mkn jer berangin satu badan ba haya tu CMG.. tu yang nk belajo skill CMG.. tgk display cantik mkn jer... angin kuar... bau harum setaman he!he!.... yang penting sekali mee nyer menarik dan sedap...

    ReplyDelete
  10. dah siap! tabur bawang goreng kt atas..semerbak bau nye =D
    thanx cik mat =).ML nk mkn ni...jmput makan ye =D

    ReplyDelete
  11. dah siap! tabur bawang goreng kt atas..semerbak bau nye =D
    thanx cik mat =).ML nk mkn ni...jmput makan ye =D

    ReplyDelete
  12. tambah lada hitam, msti berasap ! best!

    ReplyDelete
  13. @ noor masri - hehehe, boleh sangat, jgn lupa bawak cawan sekali, nak tuang kopi sama..

    @ jiya - uikk, koo kat JB kaa, melawat sambil belajar eks, hehe..

    @ kalam hati - hehe, alah tukang2 masak femes tu pun menderhaka juga utk cipta resipi mereka sendiri, maksud saya, ceduk dari pelbagai sumber dan buat R n D..

    @ lina - waaa..dah buat yeaa..ada letak kat blog anda ke?..nak pi skodeng juga ni :-)

    @ norhafiza - hehe, bahaya kan, hmm tak pe, nanti tutup mata sebelah jadi kurang sikit godaannya ;-)

    @ AAP - salam tuan, ini resipi ringkas untuk minum petang..boleh suruh org rumah tuan cuba..

    @ misz - sama2 dan terima kasih juga sudi mencuba, harap menepati citarasa anda sekeluarga..

    @ citarasa rinduan - haha, alah ayu dah biasanya kan, kat kedai. tapi cili jeruk tu mmg wajib kan, kalau nak dpt rasa "kick"..nak kena buat lah mcm ni.

    @ mimy - haha, mana tak nya, bayangkan lada hitam + bawang putih, memang ubat penendang angin.

    @ cekwa - betul2, saya guna sos lada hitam je, kalau nak guna yang serbuk pun boleh..

    ReplyDelete
  14. allllllllllllooo..semlm dah cuba. sedap sgt!!!! tp sos lada hitam xde so sy tumbuk je lada hitam tu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.