BEN ASHAARI

Friday, December 17, 2010

CHIFFON PANDAN LAPIS KASTARD..

P1240539
Salam semua, hmmm, penat lah, pening pala pun yea juga. Minta maaf, sebab lewat masukkan N3 hari ni. Idea memasak ada kala boleh kering walaupun bahan rujukan agak banyak. Lagi satu mood juga mempengaruhi kita. Petang tadi mat saja2 lah buat kek chiffon versi bakar dalam loyang, plan asal nak buat chiffon gulung berkastard, sekali dulang tu kecik maka jadi lah chiffon tu agak tebal. Hmm, nak gulung macam mana kalau dah tebal, selain takut pecah, nanti chiffon gulung tu nampak tak comey, tak lawa, besau macam kayu balak jee, tak bes lah kan. Maka mat oter kan dia jadi chiffon pandan lapis kastard...amacam orait tak, tadi Azila wife Ben ada chat dengan mat, kami ada juga bercerita pasal kek chiffon tebal ni....eh dia ada blog juga, kat sini..

P1240541
Kek ni lembut dan sedap, rasa dia pada mat ok je tak manis dan sesuai bila kastard tu dilapiskan antara kek tadi. Sebenarnyakan kastard tu lebihan mat buat roti tu hari, jadi dari tersimpan dalam peti sejuk, mat gunakan lahh. Kalau nak buat chiffon gulung, mungkin kena bakar dalam tin berukuran 14 inci x 14 inci atau buat 1/2 dari resipi asal. Kalau resipi asal menggunakan 5 biji telur, dan jika nak buat 1/2, mat syorkan guna 2 kuning dan 3 putih. Teknik membuat sama saja dengan kek chiffon biasa cuma kita bakar dalam loyang dan bukan dalam tin chiffon yang boleh ditanggal2 kan tu. Ok, jika dah bersedia mat tulis resipi dia.....

BAHAN "A" :-)
5 kuning telur gred A
50 gram gula halus
50 ml minyak jagung
50 ml santan (atau susu cair)
110 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam

BAHAN "B" :-)
5 putih telur
80 gram gula halus
1/4 camca teh cream of tartar (atau jus lemon)

BAHAN KASTARD :-)
150 ml susu sejat "IDEAL"
50 ml air
1 kuning telur
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar penuh gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanilla, ke dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua larut. Masak atas api kecil dan terus mengacau sehingga kastard pekat. Padamkan api, tambah esen vanilla dan kacau rata. Tutup periuk dan ketepikan.
  2. UNTUK KEK CHIFFON :- Satukan semua bahan2 "A" dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan tinggi hingga putih telur kental, seperti dalam gambar. Adunkan putih telur ke dalam adunan bahan A dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata. Tuang dalam loyang kek berukuran 12 inci x 12 inci x 1 inci yang beralas kertas minyak yang telah disapu mentega, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan.
  3. UNTUK CHIFFON PANDAN LAPIS KASTARD :- Kek yang telah sejuk tadi dikemaskan, potong kepada 2 bahagian sama besar. Sapu kastard pada satu bahagian dan letakkan satu bahagian lagi atasnya. Tekan2 sedikit supaya melekat. Potong ikut suka, dan ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....Selamat mencuba..

17 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

wahhhh...nampak sedap..i nak toraii la
hehe
:)
thanks mat gebu :)

ADfeez said...

ya Allah.. terliuq cheq !!! ;D

Diba Chan said...

SEDAPNYE.nak try tp tak yakin... huhuhu

HAMSINI said...

sedapnya....terliur bila nampak dr rumah lagi....

Citarasa Rinduan said...

SALAM cik mat...

ayu kan, kalau dapat makan kek berserta kastard..mak mertua lalu pun agak tak perasan tu...

thanks yer share resepi..siap tunjukkan skill nak buat lagi..
syukur berkawan dgn cik mat..

bertambah skill nak mengoven pada kami....tambah pahala cik mat..amin

deAnza-wAnda said...

sedapnyerrr...

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaa..lamanya x wat chiffon or kek gulung2 gitu...komain kek ko ijo...mesti tenaga Incredible Hulk ko nih! Semangat tengah ijo...hahaha

cikgu isza said...

salam mat,
mengiurkan..
kek itu..
;)

AZLITA AZIZ said...

Salam mat... nampak sedap... akak ambil resepi yer masuk list... tak tau la bila dpt buat... hihihi

FaiHash said...

wahhh..yg ni mmg nmpk sedap ni xD

azila said...

salam..wah, hijau yg menarik ni.sedap lak nampak..erk, terima kasih..segan lak rasanya

Mimy said...

wow sedapnya.. warna mnarik dan gebu mcm CMG... he!!!!.

cucu nenek di liverpool said...

saya syorkan pada budak2 yg baru nak belajar wat kek chiffon mcm saya ni cubala guna resepi cik mat ni, mesti jadi sbb saya dulu wat byk byk byk kali semua tak jadi pas guna resepi cik mat barula menjadi. siap tunjuk cara lagi. byk pahala cik mat dapat. :)

» NAJA « said...

aduyaiii sedapnya berseri2 kek tu mesti macam pembuatnya kan hehe

Peri PiA said...

cun habis kek nya :)

rahel said...

CMG,nampak cantek semua kek tu,bilala aku blh buat kek yg secantik itu?

Miszyuyu said...

saya dah try buat taw kek ni abg mat gebu.. so ni sy nk mtk nk share resepi ni kt blog sebab sedappppppppppppppp sesangat kek ni =D hehehehe.. 1st time buat pon terus jadi !