BEN ASHAARI

Wednesday, November 17, 2010

SERUNDING KELAPA UDANG KERING

P1230933
Salam semua, hehe, buat apa tu, penggsan ke terlebih makan nasi beriani, ketupat atau pulut kuning?..haha. Nak share resipi serunding kelapa udang kering, resipi biasa2 je, tapi tak kesah lah nak letak juga. Mata ngantuk gila nih, tapi kan pantang mat gebu tidur waktu siang, nanti kalau bangun napsu makan aku jadi ala2 gergasi 10 taun tak makan, dah lah tu, nak marah je, nak hangin dan muka jadi ketat...erkk tak relaa..jadi biarlah dia ngantuk2 sikit tak pe, malam pun susah nak tidur, paling cepat pun jam 3 pagi macam tu, hmm pengsan leeerr macam ni. Eh, kenapa pulak boleh cita lain, jom lah tengok resipi serunding kelapa udang kering ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

5 comments:

cek chun said...

sempat jer aplod yer mat..
tengah wat red velvet nih. mai la raya kat umah.

selamat aidil adha

Ayu said...

salam aidil adha buat che mat & family ya..banyak dapat daging korban?..

LYNN said...

Salam idul Adha cik Mat, Kami di Saudi dah 2 hari ler raye..perut pun seieh, sendiri masak , sendiri makan.semalam rendang, nasi empet dan ketupat palas(ADABI) dah kholas!!! hari ni nasi mandy je.

Mat Gebu said...

salam che chun...
hehehe, susah kalau dah ketagih nih, kalau sehari tak bukak blog mcm nak pengsan..

salam ayu...
Salam aidil adha jug utk akak, hmm dpt dah jug dalam 2-3 kg, tapi seram kan nak makan daging panas nih..

salam lynn...
Salam aidil adha juga, wahh meriahnyaaa....seronok dengar, kat sini biasa2 saja..

Hariz said...

Serunding sangat sedapp.. Bab udang kering nie x pernah plak cuba :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.