BEN ASHAARI

Tuesday, November 23, 2010

ROTI SILANG INTI CENDAWAN

rt7
Seperti biasa N3 sebelum mat gebu masuk tidur. Bila lama tak meroti mula lah keinginan tu datang, hmm, serius mat cakap, mood untuk memasak dan berblog sekarang ni merudum habis, tapi ntah kenapa, hati tu tetap juga nak buat sesuatu untuk diisi dalam blog. Mat bukan lah seorang yang cerewet atau ambik kesah sangat hal2 yang remeh, tapi sudah menjadi tebiat mat gebu, jika ada sesuatu yang begitu mengganggu perasaan, ianya akan kekal untuk beberapa hari dalam benak fikiran. Walaupun nampak macam ok, tapi hakikatnya kan, dalaman tu masih bersisa...hmm, rasa nak berblog pun macam tak seronok...sabar jee lah.

rt9
Resipi roti ni kan sebenarnya olahan dari resipi2 yang ada. Mat guna bahan doh asas, lepas tu kan gunakan lah kreativiti kita untuk membentuk. Pada mat untuk mendapat idea, selain melihat buku2 dan kedai2 bakery, dengan melayar ke blog2 di alam cyber juga boleh mendatangkan idea. Inti tu mat guna cendawan butang jenis coklat, boleh beli di Tesco, guna dalam 200 gram macam tu, mat tambah juga daging kisar, daging tu fresh mat kisar guna food processor. Membentuk roti ni ada kala sungguh mengasyikkan....apa2 pun mat ucapkan terima kasih pasa semua pengunjung DTS, jika ada terkasar bahasa, mat gebu pohon ampon dan maaf yea...

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI CENDAWAN :-)
200 gram cendawan butang, hiris
150 gram daging kisar (daging ayam atau lembu)
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
2 helai bay leaf
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu sejat
Garam dan secubit gula
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, hiris


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK INTI CENDAWAN :- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis hingga layu. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut . Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK ROTI SILANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....

11 comments:

ckLah@xiiinam said...

Bangkit Mat! Bangkit! Jangan merudum! N3-n3 sedap mu ditunggu-tunggu!





:D
Teruskan berblog!

Mat Gebu said...

salam ck lahh...
Yessss....of koss, mat gebu orait nyaa..benda yg lepas jgn dikenang, buat baja kompos jeee....

Azierazwan said...

Salam En Mat....aduh sedapnya roti. Itu baru lihat gambar jer. Tiap2 hari nk jengah belog masak CMG ni...dah ketagih dah. tapi, balik2 masak kat dapo sendiri benda yg sama jer...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam cik mat,

inilah entry ayu tunggu...cantik susunan roti silang cendawan nie..

pandai cik mat..terima kasih selalu kongsi resepi

tanpa DTS sepi dan hilanglah tempat rujukan memasak kami..

PS: jom kita makan angin..sure bangkit dr mood yang merundum tu

K.Nor said...

salam che mat, dah lama resipi doh ni dlm list k.nor, nak buat gak la esok lusa. tp gunakan kreativiti sendiri kan.. yg pastinya mmg akan guna resipi doh ni.. insyaallah :)

ukht iza li said...

assalamu'alaikum encik mat...


suka...!


terima kasih ya...


kita diuji sebab Allah nak bagi pahala sabar...jadi sangat beruntunglah orang yang sabar bila diuji...dan sangat beruntunglah orang yang diuji, sebab diberi peluang untuk mendapatkan pahala sabar...jika kita bersabar...sabar tu sangat besar 'hadiahnya'


(^^)v

Hasiah Binti Hashim . . . said...

salam cik mat nak tnya skit bleh ke? sya ni budak bru bljar. cam ne klu sya nak publish kn pos sya klau org search ape yg diorg nk?? trima kasih . . ^_^

Yatie said...

Salam Mat,
Cantiknya roti silang tuuuuu...jeles akak sbb tak reti buat roti secantik Mat...Nah akak bagi Award Blog Cantik utk Mat....ambek tau..

mamawana said...

suker roti...nanti bleh cuba.. tq for sharing.

aima said...

wow....power ngat roti silang cendawan ni

minsal said...

Assalamualaikum.

Che Mat, trima kasih sbb.berkongsi resepi.

Che Mat pro sungguh dari masak hingga fotografi.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.