BEN ASHAARI

Friday, November 5, 2010

PASTRI BUAH BERKASTARD.

P1230553
Ehem..ehem..salam semua, selamat petang, buat apa tu. Mat gebu biasa2 saja. Tadi masa mat kemas2 peti sejuk, ada baki puff pastry dalam 7 keping. Puas ni fikit nak buat apa lah kan, yang letak2 inti tuna tu dah biasa..macam jemu pulak. Memandangkan ada buah2 segar mat beli semalam di Tesco, ada strawberry, kiwi, mangga dan anggur, apa kata buat sesuatu yang sedap dan tak muak bila dimakan. Maka dengan rajinnya mat gebu pun memulakanlah operasi. Buatnya tak susah, hanya perlu, buat kastard dan pastry tu harus dibentuk seperti kotak. Nanti anda boleh lihat dibawah macam mana mat buat..

P1230564
Rasa dia sungguh sedap, rangup, rasa lemak kastard tu dan juga ada masam2 manis dari gabungan buah2 segar. Yang ni mat rasanya orang boleh buat. Buah2an tu ,boleh guna apa2 buah yang anda rasa sesuai, kalau nak guna betik pun ok, tembikai susu tak pun nenas..haa pilihan terletak pada kreativiti anda, tapi jangan lah letak manggis ke tak pun rambutan ke, adehhh kalau yang tu dah menderhaka terlebih sangat. Ok jomm kita semak resipi senang ni...

BAHAN KRIM KASTARD :-)
200 ml susu sejat "ideal"
2 kuning telur
30 gram gula halus
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN LAIN :-)
6 - 7 keping puff pastry jenama "KAWAN", saiz 4 inci x 4 inci
Buah strawberry secukupnya, hiris
Buah kiwi secukupnya, hiris nipis
Isi buah mangga secukupnya, hiris serong


CARA MEMBUATMYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali esen vanilla, kacau dengan whisk hingga sebati. Jerang atas api kecil sambil dikacau perlahan tanpa henti sehingga pekat, matikan api, masukkan esen vanilla dan kacau rata. Tutup periuk dan ketepikan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dibuat ruang seperti dalam gambar di atas, sapu kuning telur pada bahagian yang tidak ditebuk, letakkan pastry yang bertebuk atasnya dan tekan sedikit biar lekat. Sapu kuning telur atas pastry dan susun dalam dulang pembakar, buah hingga siap.
  3. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan, kalau oven anda ada fungsi "kipas", boleh "ON" kan. Bila masak, alih atas jaringan dan sejukkan.
  4. Ambil satu pastry tadi, tekan sikit bahagian tengahnya untuk membentuk ruang. Paipkan kastard seperti dalam gambar. Susun buah2an mengikut kreativit masing2. Ayak sedikit snow powder sebagai penyeri sebelum dihidangkan...Selamat mencuba.

17 comments:

Bidadari said...

sedaapnya.nk cuba............

aishah said...

sedapnya...pandainya cik mat buat...ni yg jeles ni..hihi...cik mat ni mmg rajin ke dapur..klh org pompuan...hehe

KayNisa said...

salam uncle mat,
maaf tanye, kt mn boleh beli pastry jenama kawan? sy btul2 xtahu. pernah usha2 kt giant, xada pulak. kot lah sy xkenal. sy bdk baru nak blajar masak. huhu

iEn said...

ya rabbana..cantik nyer..mesti sedapp..huhu

AvatarCun said...

salam en MG.. pirst time nak komen... bukan komen apa pon... the first one... so shedap the look, the rasa, of course lagi terangkat kot
second one.. saya dok gelak guling2 baca typo error MG... hak no. 4 dalam cara membuat: Ambil satu pastry tadi, telan sikit bahagian tengahnya... huh, sebab nak wat dia berlubang, kita kena telan bahagian tengah... keh keh keh... sorry MG. but, really, thanks for the resepi... jatuh wajib mencuba nih... wassalam.

Mat Gebu said...

salam avatar...
Hahahaha, adehh, gelak mcm nak pitam ni bila baca balik..kena buat spec lah macam ni.terima kasih yeaa..dah edit balik...hehe, sori..

Cik Kamoo said...

Sedapnya!! Leh cuba nie....entry Mat Gebu ni wat sy jadi lapar....huhu

missalongwani said...

salam en mat...cmne ruper ek puff pastry nih..klu nk buat ssh x??kt sni dh usha...xpernh nmpk....

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat ni memang byk ide, otak bergeliga leh buat batu cincin, silap2 Chef Wan pun leh nangis tngok apa yg Cik Mat buat ni.. kat umah ni ada sume bhn tu, insyaAllah, nak try gak lah buat amek gbr.. hehe.. makin tembamlah anak saya tu... kih3

Liana MD said...

salam..mak ai cik mat, ni mmg terbaek la pastry custard ni..bila laaa sy nak cube ni. cun la gmbr pastry tu ;)

Mat Gebu said...

salam dr liana...
Terima kasih yea, sudi juga singgah blog DTS...tak pe bila ada masa nanti Dr boleh cuba...

Mat Gebu said...

salam missalongwani...
Ok nanti dalam N3 masak2 akan dtg saya letak pic puff pastry tu..

Nurunadia said...

Salam CMG... Sy selama ni slalu baca blog ni n guna resepi dr sini.. Mmg semua menjadi.. Thanks for ur sincerity...

Akhirnya sy berjaya cari puff pastry kawan ni... Harus dicuba!!!

Nurunadia said...

Salam CMG... Sy selama ni slalu baca blog ni n guna resepi dr sini.. Mmg semua menjadi.. Thanks for ur sincerity...

Akhirnya sy berjaya cari puff pastry kawan ni... Harus dicuba!!!

missalongwani said...

mekasih cik mat!!!!nanti nak gi cari....

Mila said...

Salam En. Mat. Mila dah buat.. special untuk makan damai pengantin lagi.... tak pernah org buat makan damai buat dessert camni kan... TQ for the great recipee and idea yer..

http://abahmila.blogspot.com/2010/11/tq-cik-mat-gebu.html

Kak Eiza said...

Salam cik Mat... akak nak c&p gambar ni boleh ker???.. dan akak dah ada ider apa menu akak bila tgk gambar cik mat ni.. pasni nak kuar pergi mesraMall cari bahan2 seperti di atas.. hehe, tq for ur menu memang semua best!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.