LEMPENG KELAPA DAN SAMBAL TUMIS BILIS

P1230425
Salam pagi Isnin semua, waaa, letih ke, sah2 keje banyak kan, yelah awal bulan kan..Hmm tak pe jangan datang bulan macam mat gebu sudah laaaa...Hari ni perasaan ok sikit lah, macam dah reda walau pun terasa masih "ketat", pagi ni sarapan lempeng kelapa dengan sambal tumis bilis. Exceli sambal tu mat buat semalam, tapi berbaki banyak. Nak buat nasi lemak, mengenangkan santan tu jadi seram pulak. Hmm terus tukar buat lempeng kelapa, yang ni guna kelapa agak muda, kalau jenis tua nanti rasa macam hampas..tak bes. Kita orang Melayu ni kira bijak juga mempelbagaikan bahan, pisang boleh buah lempeng...macam kak ummi kuantan buat (kat sini.), teruja koo tengok...sabau jee aku.

P1230430
Tengok tu, cute kan lempeng kelapa mat gebu, hahaha, jangan tatau rupa dia agak tak senonoh, tapi nak masuk blog, aku terap dengan cutter bagi nampak comey, yelah kalau bersememeh kang tak menawan pulak. Ada juga orang kata, mat gebu nak tayang set teko dia tu,selain masakan...ha ah, memang betul, tapi lawaa kan, nampak melayu tak?..Tujuan asal mat bukan apa, nak meningkat kan tahap kesedaran pada golongan muda, supaya mereka menghargai barang2 lama peninggalan generasi terdahulu. Sekarang ni barang2 macam ni jadi rebutan para kolektor...Uikk, silap blog pulak boleh cerita set2 lama..hehe, ok jom semak resipi, tapi kan mat main agak2 jee...

LEMPENG KELAPA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali, garam dan air. Kacau rata dan masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang1/2 cawan acunan, ratakan dan masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak pada permukaan lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama sambal tumis atau kari.

SAMBAL TUMIS BILIS :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan ikan bilis, be;ah dua, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar, potong berbaji
1/2 inci halia, dititik
1/3 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merag*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, bawang belah dan ikan bilis. Kacau rata.
  2. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api....

Post a Comment

15 Comments

  1. sedap ni. arwah tok selalu buat. lempenag kelapa dengan lempeng pisang. sekarang tak lagi :'(
    kalau encik mat gebu nak tau ataupun dah tau, kat kedah orang pggil ni "peknga" mostly org pggil "lempeng" kan. "peknga" tu tak brapa kenal sangat. hihihi

    ReplyDelete
  2. salam miza...
    Waaa, makanan nostalgia..Uik, tatau pulak belak kedah panggil nama tu, walhal kak ipar saya org kokdiang..hehe, terima kasih atas info tu yeaa...jom sarapan!.

    ReplyDelete
  3. ya Allah sedapnya lempeng kelapa... huhu dah berkurun tak makan... teringat kat mak pulak..

    entry terbaru "disana menanti disini menunggu"

    ReplyDelete
  4. salam CMG...
    memang sedap makan lempeng kelapa + sambal tumis ikan bilis ni. anak2 akak berebut ni kalau dapat...

    ReplyDelete
  5. bestkan, lela pun ade buat gak, nasib bek la ade jumpe kelapa kat doha ni...

    http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2010/10/bekpes-430am.html

    ReplyDelete
  6. salam CMG
    mintak sepinggan hanter kesinik boleh ngak....

    ReplyDelete
  7. ya rabbi sedapnya makan lempeng ni time hujan2 hadoiyaiii...

    ReplyDelete
  8. lapar perut nih.... dapat makan lempeng ni + air kopi o petang-petang time hujan....
    tak menahan tu

    ReplyDelete
  9. Sedapnyer...terliur tgk sambal bilis tu..huhuhu

    ReplyDelete
  10. baru je buat semalan lempeng ni .. kalau mkn masa petang2 dengan kopi o .. pergh!!.. terangkat!!.. mataku melekat kat teko tu .. tengah mencari nih .. bagi info sikit nak beli kat mana ???..

    ReplyDelete
  11. tgk je gambar lempeng dgn sambal tu terus jadi lapar perut..huhu

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum cik mat,

    aishah nak tanya skit bleh?? kalao kita nak buat sarapan pagi yg snang2,sbb ada anak sorang ni kdg2 x sempat plak nak buat sarapan..ada cdgn2 yg snang x?kiranya sdia bhn mlm esok terus goreng ke .. yg saya tau sandwich aje..mintak tlg consultant cik mat..hehhe

    ReplyDelete
  13. salam my litle dairy...
    Waaa.dah teringat kat mak pulak..hehe

    salam azita...
    Yeaa betul, budak2 pun suka, senang keje mcm tu.

    salam lelord..
    Tulah saya dah skodeng semalam, nasib baik ada kan kelapa kat sana.

    salam cute oven...
    Bolehhh. saya buatkan yg baru eks.

    salam KC...
    sesuaii sangat!.

    salam norhafiza..
    Kena pulak kopi, memang ngam.

    salam lydia...
    Asalnya plan nak buat nasi lemak, last jadi lempeng..

    salam mak budak..
    Oo nak info pasal teko eks, puan cuma ke blog ini--> http://eisantique.blogspot.com/ tapi puan kena rajin pe, sebab kalau lambat orang lain beli.

    salam LK..
    Hehehe, nampak macam sedap sangatt kan..

    salam aisyahumairah...
    Hmm, macam mana yea, kalau puan buat pancake pun ok, siap kan batter dia malam, simpan dalam peti sejuk (pastikan bertutup), esoknya boleh lah masak dalam non-stikc pan..

    ReplyDelete
  14. salam mat,
    smlm buka blog ni terus lapar tengok lempeng+smbl ikn bilis.
    kerana teruja sangat, ptg gi umah kawan sy pon buat sambal dan kawan buat lempeng.

    puas hati dapat makan, buat lebih pg ni bawa ke sek, ms di pantry bg kawan2 lain rasa.

    ada kakak yg bertanya camne buat sambal ikan bilis camni, selalu buat asyik tak jadi je..hehe.. sy pon bg tau buka je web dan taip nama mat gebu, nnti jumpalah blognya. ada mcm2 masakan best.

    apa pon saya nak ucapkan berbanyak trima kasih pd mat ats resepi ni.

    ~kerana resepimu terasa masakanku lebih berharga..hihi

    ReplyDelete
  15. Lama tak makan lempeng kelapa ni...Sedaaapnyeeee...lagi kalo cicah sambal tumis...nyuuuummmmyyy!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.