BEN ASHAARI

Tuesday, November 9, 2010

EGG IN TOAST.....UNTUK BERSARAPAN.

P1230729
Salam semua, N3 terakhir sebelum berganti hari, mat letak satu idea yang boleh dibuat untuk sarapan anda, suami dan anak2. Mat tergerak nak buat ni sebab kat FB, ternampak Mama Zieza buat, lawaa, dianya lobang gambau itik tok wee, tapi mat tak de cutter bentuk itik, maka kita guna lah cutter yang ada. Dalam banyak2 tu ada satu yang paling sepesel, pemberian dear "Mama Fami", cutter bentuk "TEKO"..ohh i likeeee!!..haha mat gebu dan teko tak boleh dipisahkan. Tak kira apa orang kata, aku tetap suka teko..tapi tak delah sampai terlampau, cuma suka kolek saja....kalau teman2 cyber yang tau pasal Mat, depa dah rasa mual dan nak muntah bila mat gebu sebut teko...hahaha, tapi aiman tak kesahhhh....


Selain tu kan mat guna juga cutter bentuk bunga, beruang jantan, beruang betina dan juga teko. Cutter beruang tu pemberian anak dara mat gebu yang ini... Terima kasih. Juga pada mamafami, terima kasih. Tapikan bila siap bakar tadi, kelako pulak, lagi2lah yang beruang jantan dgn betina tu, telur kuning tu ala2 perut memasing boroi...haha, kiut kan. Rasa mat kalau nak makan, telur tu letak kicap sikit atau pun madu, lagi sedapp...ok jom kita lihat resipi mudah sangat ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti sandwich secukupnya (1 set perlu 2 keping roti)
Telur gred "C" secukupnya (1 set perlu 1 biji telur)
Mentega secukupnya
Serbuk lada hitam
Keju jika suka (mat tak letak)
Cookie cutter saiz besar (boleh guna apa2 pattern)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.
  2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi. Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.
  3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...

27 comments:

Miza Yusof said...

comelnya :)
esok boleh cuba. hehe
thanks yaa encik mat gebu.


erk, macam mana encik mat buat bentuk tu eh ?

momochan said...

balik rumah lepas ni mesti kene cuba.macam sedap je.lagi2 kalau tmbah cheese.yeaayy!

Shahazrin Saharudin said...

eh..best la boleh cuba nanti..

Mekar said...

Kreatifnya cik Mat ni. Suka ar datang sini. Cik mat, nak tanya ni. Macamana tutorial utk buat n3 supaya 2 atau 3 keping gambar berada sebaris mcm gambar kat n3 ni. Maaf ganggu. I xpenah jumpa lagi org buat tutorial tajuk ni la.

LiFe KaMi said...

tak sangka bole jadi sekreatif itu..
budak2 mesti suka makan, simple dan senang..:)

Iris Kitchen said...

OMG...CMG.. u r my idols.. love ur cooking style and ur pictures.. ;)

hana said...

mat... aku nak bentuk rebbit! takde ker mat? ker hakak rebit dah amik dulu? kikikiki... cumil beruang betina tuh cam aku! hahahahaa

Farihah said...

hai cik mat! saya pernah buat dulu..tp, bile ltk telur tu..die mcm menceceh kuar dr roti..so..camne nk buat biar sume telur tu ttp ade dlm roti? adekah depends pd ketebalan roti?

CT NoArIzAh ArIs said...

Waahh...cik mat mcm2 bentuk pun ada...sy pernah buat ni dulu tapi guna cutter bulat tu je tak terfikir lak nk wat sekreatif ni...eerrkk pinjam cookie cutter cik mat boleh??

nohafiza said...

yummy nya... tapi nak makan camno??? tak mencair ke telur tu... kena pakai cutlery la gamaknay ye...

Ummi said...

Waaaa...molot makcik jepung tu..x madan...kang kena cekau dgn rimau baru tau...Mat, akak nak mentuukk rimau ada tak...nak yg ada taring2 gitu...hehehehehe

TERUNA DAN DARA DUDUK DI BATU
MASING2 TERTAUT HATI BERKENAN
SUNGGUH CANTIK CUTTER MU ITU
PERUT TAK LAPAR PUN RASA KEMPUNAN

Diana Yahya said...

sgt2 creative cik Mat nih.. :)

...antikapel... said...

wah.....rasa macam berselera je bila tengok benda ni semua...harus mencuba nanti...hehe

thnks ya!

IbuHanna said...

wow kretip la cik mat..!!
saya nyer style lak, tak guna cutter pun..just pecahkan telur 1/2cook atas toast bread, tuang pepper & kicap sket then ngappppp..

Adlina Husaini said...

selalu wat egg in toast ni..tapi saja nak bagi tambah umpp ina letak keju ngan sosej kat tengah2 roti dan pecahkan telur..

dah siap bakar, letak sos ngan mayo yummmyyy

MamaFaMi said...

Mat, cuba tengok gambar beruang yang di penjuru kanan atas tu, nampak cam dia berkemban la Mat. Bila sebut berkemban tu, mulalah nak teringat ada orang yang suka berkemban malam sambil cuci bilik air... ahaha....

nur said...

so cute.. macam2 idea CMG ye.. memang tiada sempadan.. agreed!!

ALL IN ONE
tq tip semalam...

Umiey said...

waaaa best la kretip tul la CMG kita ni...budak2 ni mmg suka ni..

BLADE EDGE said...

salam...

rasanya budak2 la paling excited bila nak makan, especially biler tgk 'design' roti mcm tu :-D

Khumaera Ismail said...

nmpk sodap~!! =)

KayNisa said...

egg in basket. heheh, mmg sedap.

miya said...
This comment has been removed by the author.
miya said...

ni bagi budak-budak makan mesti dorang suka nih!!


entri best sy:
bukti pemanasan global
cinta ditolak, dukun bertindak!

miya said...

ni bagi budak-budak makan mesti dorang suka nih!!


entri best sy:
bukti pemanasan global
cinta ditolak, dukun bertindak!

Natasha said...

bestnya nak sarapan macam ni lah besok. serius tak boleh tgk lama2 blog ni. 1 entry jer dah buat i rasa nak makan. klu tgk 10 entry lama2 gemok la i..... huwaa......


-pengemar makanan. tapi takut gemuk-

AzliNa said...

rupa menarik..nak try bt nanti la..
hehe..

Siti Noraisyah said...

haaa... yg ni nampak senang, sok nak buatla.. thanks.. ^^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.