BEN ASHAARI

Saturday, October 2, 2010

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE

Chocolate Peppermint Cake
Assalammualaikum, salam Sabtu semua, tak pi mana2 ke ni hari, mesti ada yang masih buat rumah terbuka kan sementara Syawal masih bersisa. Berbalik pada resipi ni hari, mat nak share satu resipi yang dah lama wujud, mula2 mat nampak gabungan coklat dengan perisa pudina ni di blog mak dara Singapore atau Kak Nis, lepas tu kat rumah Kak Ummi Kuantan. Jadi mat pendam kan jelah hasrat nak buat, bukan apa, budak2 kat rumah ni kalau perisa pudina je, depa kata ala2 ubat gigi, dan tak nak. Tapikan raya baru2 ni, anak dara mat gebu yang ni.... Beli aiskrim pudina dan ada serpihan2 coklat dalam dia...waaa sedappp kooo..i likeee!!...hehehe...

P1220753
Lepas mat rasa tu, terus lah plan nak buat kek coklat pudina ni, tapi mat tak guna resipi dari blog sesiapa, cuma mat derhakakan resipi yang terdapat dalam blog tiffinbiru itu sendiri..hahaha, dasar mat gebu ni, kalau zaman tanggang, dah lama aku jadi batu..kena sumpah. Tapi kan kek ni memang sedap, pada tekak mat lah (pstt..ada lagi tau, sapa nak, mat gebu makan 1 potong jeee...whaaaaa...sebab dah gebu kann!!..cobaaannn!), lembap, lembut dan segar....sungguh nih..tapi kalau yang tak gemar perisa pudina, tak dapek lah den nak menolong...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...

10 comments:

giha lalala said...

memang terbaik dan gebu la cik mat! i loikee too :)

hana said...

duk tenung lama2 kek yg sedap neh! cobaan btoll...ader karang aku buh obat gigi lam kek nih! hihihihi....

MyLovelyFamily said...

Salam, mat hari tu muza pun ada buat gak, kita ambik resepi dri dapur k.ummi, eemm mmg sedap la tpi muza punya x naik, cam mat gebu punya & k.umi punya la..ape salahnya ye pas tu cam kering ckit

Ruziawati Bukhari said...

dapat makan petang2 gini alangkah heavennya!!

good job!! suka tengok semua gmbr makanan.. menjamu mata setiap kali saya ke sini..

boleh berguru dengan u ni.. chef hebat di alam maya!

tahniah resepi selalu masuk majalah jelita... i like..

cikmanggis said...

salam Mat...hari ni dah beberapa kali keluar masuk dapur mat ni sb dok perati kek pudina ni,nampak sangat sedap tp tak ada perasa pudina pulak dlm simpanan:(

Mat Gebu said...

salam giha...
Bukan je gebu tapi lembap, tapio as usual dia akan mengecut sikit bila masak...

salam hana..
Hahaha, keji koo, tapi kan esen pudian tu kalau ter ter lebey mmg pening pala...yg ni just nice, lite2 manja gitu..

salam MLF...
Ooo, lepas ni try yg ni pulak, lembap dan lembut..

salam ruzi..
Terima kasih, alah, saya cuma biasa2 je..Pasal Jelita tu, rezeki kan...saya pun tak letak apa2 harapan, cuma suka share serba sedikit apa yg tau..

salam cik manggis..
Exceli kan kalau nak buat apa2 perisa pun ok, cuma pudina ni rasa dia memang menyegarkan..

cikgu isza said...

salam mat,
akan ku cuba..
memang menarik sungguh..

CuteOven said...

salam CMG...hi geram tgok kek.. rasa lapar pulak... tentu harum baunya kan tambah2 kalau pakai krimeri butter

Wahida Ibrahim said...

terima kasih di atas perkongsian resepi ini..kena cuba ni..macam sedap je..

Ummi said...

Waahahhahaa...baru akak terperasan kek coklat pudina ni ko dah buat..x kira lah ko derhaka resepi ke tak...tp nmpak sungguh sedap...nnt akak try resepi ko pulak eh..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.