BEN ASHAARI

Wednesday, August 25, 2010

SOSEJ ROLL..ERKK

sosej roll
Mesti jemu kan, hahaha, apa nak buat nak...pak tua tak de idea dah, ni je yang boleh ku buat. Sosej roll. Selain tu boleh juga nak buat bentul lain, ikut kreativiti anda. Tapi kalau nak mudah buat sosej roll senang, eh muai tau, 1 adunan tu boleh balut 14 batang sosej...seriuss waa cakap nihh...jadi yang mana penduduk rumah agak subur tu kan, boleh buat yang ni, 2 adunan..dekat 30 biji boleh dapat, boleh makan anak beranak, ajak anak madu, anak tiri dengan anak jiran sekali, jangan lupa. Selamat berbuka puasa untuk semua..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

8 comments:

wanwazankitchens said...

wa......my fav ni..

Sis-Lin said...

aku Mat..ko bg hari2 pun x jemu..lg best,diettttttttttt..
ni pose2 ni, rasa pakai jam ketat je ni..huwaaaaaaaaaaaa

joegrimjow said...

wowwwwww
sosejjj
woowwwww


-ayat perli

ekeke

ain said...

sejak buat pertama kali dulu tu, sosej roll ni terus jd menu ulangan kat umah akak. tq mat!!

Azmi said...

wow mat..nti boleh la bagi azmi cuba..
hehe~

i'm a mother said...

ermmm menariknye...

beejeanne said...

Sedapnya....my boys fav ni...

atis said...

semalam baru try resepi ni.. alhamdulillah.. mmg menjadi.. saya gune sosej cheese ayamas yg kecik2 tu.. separuh saya buat cheese stick tabur cheddar dan gula atasnya.. terima kasih en mat atas resepi ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.