BEN ASHAARI

Saturday, August 14, 2010

RICH COCOA PUDDING

Rich Cocoa Pudding
Assalammualaikumm...arghhh sedappnya kan..nyaman di tekak dan sejuk di perut..ahak, menggoda yeaa. Sebenarnya rich cocoa pudding ni kerap mat buat, serius, kalau sekali tengok kan memang mati2 ingat coklat betul....Nampak manis dan kalau dibuat untuk majlis formal sudah pasti menjadi tumpuan...macam mana mat tau, sebab mat dah pernah buat dulu..Resipi asal dari "Datin Jun"...apa khabar lah datin sekarang, dengar cerita hari tu pecah dapur..wahh...business kencang tuu..moga datin suksess yeaa...Sedap dimakan tika sejuk bersama buah2an koktail dan susu cair...Mat memang syorkan penggunaan susu sejat jenama "IDEAL"..sebab apa tau rasa dia sedap, kalau yang jenama lain tu ok juga, tapi ada sedikit rasa ke"lembu"annya...erkkk..cakap2 juga tapi tu citarasa memasing, ada kang mat gebu kena saman...tak mooo, tak bess...hehe..

BAHAN-BAHAN PUDDING :-)
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly)
3 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL"
Sedikit ceri merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.
  3. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...memang sedap i tell u Temah..tak tipu nihh, bulan puasa buat apa nak bohong...bak kata anak buah mat gebu --> tipu dosa, mati seksa!!...

6 comments:

Kak Rose said...

Mat, kak rose pun buat untuk bukak posa hari kedua ari tu... mmg sedap tp makan gitu jer x de susu cair n koktel tu...len kali nak try mat nyer stail lak....

hana said...

aduhai agar2.... biler ler ko nak muncul2 kat dapor aku neh! asyik kata xde xde xde.... nak naik harga ke hapa! huh!

Ribbon Clown said...

Salam CMG, mmg best puding nih..sy try hari ni..and mabeles...

Jun said...

ewah2..ko mat...kemain lagik..mana ade pecah dapo..repair aje lah..bisnes pon x kencang..bese2 jek..tahun ni tahun malas wat akak, wahahaha..mood blogging dh ilang trus ni...kwang3..x p, ko ade..akak tumpang ajelah skali skala...lama x buat puding nih...!

SnowladieS said...

saya nak try yang ni tapi nak tanye 4camca tepung? kalau nak buat banyak ikut gram macam mane eh?

DEENNA YASMIN said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.