BEN ASHAARI

Sunday, August 29, 2010

BISKUT KELAPA DELIMA

Biskut Kelapa Delima
Jom kita lihat biskut ulang tayang..Hahaha, salam untuk semua..Belum mula apa2 lagi, intro terus kata biskut ulang tayang. Memang betul, sebab nya seingat mat ini lah biskut bonda buat sejak aku kenal apa tu "biskut raya"..serius waa cakap nihh. Kira ni biskut tradisi keluarga kami lah. Tapi kan satu lah, mat gebu telah improvise kan sedikit biskut ni kepada lebih modern tapi masih mengekalkan ciri2 tradisinya..wahh macam mana tu, mat gebu kalau bab2 nak cover sendiri nya salah kan main lagi kann....peduli apa aku..hahaha Kalau resipi asal, tak de letak badam serbuk dan kelapa kering tu pun tak dikisar halus, tapi mat telah mengisar kelapa kering dan menambah sedikit badam serbuk. Bab hiasan tu sama, tak tukar..hehehe...sebab ni ari mat gebu memang rajin, baik dan berhati mulia..wahhh, riak...hehe, mat tulis balik resipi eks (sebenarnya kopipes jee...).

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

3 comments:

A-Y-I-E said...

Cik mat... lepas ni.. buatlah ebook.. senang sikit saya nak print... huhuhuhuhuh... please yer...

BLOG-AYIE[DOT]COM

niki said...

Salam cik mat, nak Tanya hari tu I try resepi ni tapi dry sikit. Kalau nampak dry, bahan apa patut I tam bah untuk senang di uli?

dkakiledang said...

assalamualaikum tuan Mat Gebu, saya sedang mencari resepi kek span yang pernah popular sekitar tahun 70an. rupanya seperti kek gula hangus tapi rongga-rongganya lebih panjang..dari bawah hingga permukaan kek. teksturenya seperti gatah dan lutsinar. bukan seperti kek gula hangus walau bahan2 seakan2 sama. Jika tuan ada menyimpan resepinya mohon dikongsi disini.terima kasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.