BEN ASHAARI

Friday, August 13, 2010

ASAM TUMIS IKAN KERISI

Asam Tumis Ikan Kerisi
Assalammualaikum, salam sejahtera...Waaa dah masuk puasa ke-3 hari ni, sekejap jee.. Tak lama lagi dahh time nak menggentel biskut raya pulak..Bila tu?...kenalah tunggu saat dan tikanya insya allah akan tiba, kalau dipanjangkan usia. Hari ni mat berbuka dengan nasi berlauk asam tumis ikan kerisi. Kalau nak guna ikan lain pun ok, asalkan jenis berdaging. Tapi ikan selar kuning yang kecik tu pun sedap masak macam ni. Mat campurkan dengan sedikit nenas. Exceli resipi dah ada kat blog, tapi biasa lah mat gebu ni masak ada kala tu tak sama dengan resipi yang dulu2...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kerisi (atau apa2 ikan kegemaran)
1/2 biji nenas madu, dihiris sederhana tebal
2 helai daun kunyit, disiat
3 keping asam gelugor
800 ml air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
2 biji buah keras (optional)
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, cuci dan toskan
1/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, gunakan api sederhana. Masukkan nenas dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukan ikan, daun kunyit, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

3 comments:

giha lalala said...

ermm.. tak pernah plak masak ikan kerisi selain goreng kerisi rangup2..
layannnnnnnnn.. :P

kakrose@kakyon said...

Salam ramadham mat,
Suami akak suka makan ikan kerisi..tapi goreng aje.pasni boleh masakan tuk dia ikut resepi mat ni..:)

Kujie said...

Mat.. kalau kita letak nanas, perlu letak asam lagi ye?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.