BEN ASHAARI

Monday, August 30, 2010

ALMOND LONDON..SAMA SEPERTI DULU..

Almond London
Assalammualaikum, salam semua. Malam ni mat nak share biskut ulang tayang yang sama untuk beberapa tahun ni. Almond London, mesti dah biasa sangat kan dengar...mat nak share ressipi pun macam dah malas. Mat dah ok tau, suara dah pulih, walaupun ada sangkut sikit2..hehehe. Hari ni sambil gentel almond london, sambil chat kat YM..dasat sehh mat gebu, habis laptop aku bau butter, silap2 termasuk dalam oven terus..baru yeaa.. Resipi ni mat dapat kurang lebih 136 biji almond london, kalau guna badam comey2, mungkin boleh dapat 150 lebih. Ok mat tulis juga resipi walau pun ulang tayang yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)

BAHAN HIASAN :-)
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan, cara mat goreng. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba untuk semua...

6 comments:

Sueozana said...

Salam Mat.. cantik berseri rupa almond london mat!!

Kak sue cnp resepi dgn gambar skali... nak naikkan smangat nak mula mgukis esok, hehe..halal yer..

Slamat bramal/bersahur n slamat hari kbangsaan Mat, Merdeka!!!

PINATBATE said...

salam Cik Mat..
tolong jawab teka teki ini..;D
nape goreng almond tu dlm minyak sejuk? apa rahsianya? napa tak bakar atau sangrai/sangan kacang tu ?

Jue Hussin said...

Assalamualaikum Mat,

Akhirnya jd jugak ko ke London ari ni ek... Aku baru ingat nak g Lonodn malam ni, tapi assistant semua dah tido... Huhuhu... nampak yummy sgt Mat nyer Almond London tu.

giha lalala said...

salam merdeka cik mat.
aritu giha dah cuba buat beskot badam rangup cik mat tu.. hhehe gebu kemain kooo.. mcm cik mat..

pastu nk cuba buat alm0nd london cik mat nih.. semua barang2 ada.. kecuali emplex je takde. puas mikir kan camne ghope nye emplex tu. hahah
nanti2 dah jumpa emplex tu baru giha buat beskot nih :)

umialya said...

Salam Mat

Tunjukkanlah gambar camner rupanya emplex.. maklum le org kg yg baru nak belajooor..

tk byk2

siti md noh said...

As salam....cik mat, badam goreng ni thn berapa lama ye...kena guna minyak bnyk ke..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.