BEN ASHAARI

Friday, July 30, 2010

KEMBONG GORENG SAMBAL TEMPOYAK.

Kembong Goreng Sambal Tempoyak
Assalammualaikum semua, salam Jumaat yang mulia, apa menu makan tengah hari tadi?.. Hari ni kampung mat hujan dari pagi, rasa lemau jeee, malas jeee...macam nak golek2 jee..dan macam2 jeee lagi laahhh. Hari ni masaK paling senang, Kembong Goreng Sambal Tempoyak, yang tak santap tempoyak tu minta ampon dan maaf sebab ini bukan resipi untuk anda, tapi kalau nak derhaka, silakan lah yea, tak de masalah..kira halal punya. Oklah sebab resipi senang, bebel pun kena ringkas jelah...resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

7 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah che mat...sedappp ni.. mas memang suka tempoyak... nak try buat la..minta izin copy resepi ye...sudi2 la singgah dapur mas ye che mat...

jaja said...

x pernah try ngan ikan kembung selalunye resepi camni sy letak ikan bilis @ ikan kering...nak try lah buat ngan ikan kembung..terliur tgk che mat punye masakan..he3.

Mat Gebu said...

salam mas...
Makan ni dengan nasi hangat pun dak ok, kalau ada petai kan, masukkan sekali..hmmm boleh pingsann..

salam jaja...
Kalau guna ikan lain pun boleh, cuma ikan kembong, daging dia byk...rasakan kalau ayam pun sedap juga buat mcm ni..nanti saya derhaka kan yea..

kisahwanida said...

sedapnya CMG....
saya ni memang peminat tempoyak tegar....
harus di cuba resepi ini. slalutu saya just campak ikan bilis jer

eelobor said...

Alamak, berselera betul lah. TQ berkongsi info. Memang menarik bangat

Mat Gebu said...

salam kisahwanida..
Hahaha, sama lah kita..nasib baik tempoyak tu tak sesuai sapu atas roti..kalau tak saya buat juga mcm tu.

salam eelobor...
Sama2..memang berselera, makan dgn nasi hangat, ada ulam petai..hnmmm

belognisa said...

nak buat la ni jgk...untuk berbuka..ehe.tq kongsi resepi :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.