Kembong Goreng Sambal Tempoyak
Assalammualaikum semua, salam Jumaat yang mulia, apa menu makan tengah hari tadi?.. Hari ni kampung mat hujan dari pagi, rasa lemau jeee, malas jeee...macam nak golek2 jee..dan macam2 jeee lagi laahhh. Hari ni masaK paling senang, Kembong Goreng Sambal Tempoyak, yang tak santap tempoyak tu minta ampon dan maaf sebab ini bukan resipi untuk anda, tapi kalau nak derhaka, silakan lah yea, tak de masalah..kira halal punya. Oklah sebab resipi senang, bebel pun kena ringkas jelah...resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.