BEN ASHAARI

Monday, April 26, 2010

SULTANA SCONES

Sultana Scones
Salam Isnin untuk semua, kejap kan, dah habis 1 minggu, masuk pulak minggu baru....pantas sungguh masa sekarang ni. Ok hari ni mat share resipi "sultana scones" yang resipi dia mat ambik dari blog "Kak Mon Brunei" (terima kasih Kak Mon"), seorang wanita yang begitu rajin dan berbakat besar, sentuhan nya berseni...Di Brunei, kak mon ni femes, hasil kerja tangan dia tidak boleh disangkal lagi, sungguh halus dan berkualiti, boleh jalan ke blog kak mon di sini...... Exceli mat nampak dah lama resipi ni, cuma nak buat tu macam malas...Tadi masa chat2 dengan kak ummi kuantan, ada terlepas cakap nak buat scones kak mon, sebab dah terlepas cakap baik lah buat, kalau tak nanti orang kata, hangat2 taik ayam jeee.....i don like that!!!!...

Sultana Scones
Mat buat 1/2 dari resipi asal diblog kak mon ku ituu, tapi kan mat ada kurangkan sikit susu, yelah kita buat ni kan ikut kesesuaian memasing. Sedap dimakan bersama jem (mat guna jem tanpa gula), mentega atau cream cheese (sah2 body jadi gebu lepas tu). Hidangkan bersama english tea (alaaa, aku belasah dengan teh boh jeee..), nak nampak formal guna pulak tea set yang lawa (kalau tak de koo hentam je mug hadiah ubat gigi...sapa ada kesah..tul tak..), lepas tu makan leer, pelan2 jangan pelahap sangat nanti tak dapat menikmati keenakan, keharuman dan kesedapannyaa...pitam ke u all baca?...hahaha, ok..ok. jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega, didadu kecil dan sejukkan dalam peti sejuk
90 g telur (pecahkan 2 biji telur, kocok sedikit dan timbang, simpan bakinya)
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
200 ml susu cair (kurang lebih)*
1/2 camca teh vanilla esen*(*disatukan)
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan sultana (kismis kuning)
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sapu dulang pembakar dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas satukan mentega sejuk, tepung dan gula halus, ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti kasar. Tuang atas meja kerja. Masukkan sultana dan gaul rata.
  3. Masukkan telur tadi dan gaul rata. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga bancuhan bersatu (jangan risau jika susu berbaki). Memang adunan kelihatan melekit2.
  4. Tabur sedikit tepung pada meja kerja dan juga adunan tadi. Rata2kan sehingga mendapat 2/3 inci tahap ketebalan. Terap dengan acuan bulat berukuran 3 inci (mat guna acuan bentuk "Chenta"...hehe). Perlahan2 alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu baki telur (campur dengan sedikit susu cair) atas setiap scones. Bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasa dan scones kelihatan merekah pada permukaannya. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....

12 comments:

Info said...

wahhhh ... laparnya ...

Ummi said...

Alaaaaaa...dah siap skon ko eh...akak kan, kalau org terlepas cakap nak buat tu kan, lg suka kalau terlepas sikit skon tu kat sini tauuu..x rela hamba tengok...mengancam tul skon dr Brunei ni eh..Mat, make sure skon tu sampai ke tekak akak nnt tau..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam petang abang mat

alahai..asal jogging jer, sure singgah umah abg mat...lapaq nie...
meleleh air liur.wawawa

ninazsyafinaz said...

perghh..kena cuba buat jugak nih..kena cari bahan2 dulu..:)

LiTtLe^m3 said...

erk... baru tgk resipi ni pg tadi kat tv3 dari carcosa seri negara :d sempat tu gigih salin resipi jap walau dah lambat nak gi office. kunun2 nk buat nnt :D sekali mat pos kat sini la.

ain said...

kono try.. sbb tak penah wat scones.. biskut tu aderlaa..

Muna said...

waaah..... nostalgia!
cheq belajaq buat ni masa form 1 home economics class... tapi keraih kematu!

MamaFaMi said...

Ala, tak sedaplah scone Mat buat! Hihihi... nak ikut macam citer The Fox and the Sour Grape tu la kan. Tak dapat makan, cakap je la tak sedap! Hehehe... ampon!

To Muna : Keraih kematu? Hang buat sCone ka hang buat sTone? Hihihi... ampon Muna amponnnnnn....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

abg mat, ayu lupa nie, ada hajat besor ayu bawa dr f sungai sayong,..mai eik ke

http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/04/apa-aku-di-tag-lagi.html

Nina Suria said...

uhuk uhuk uhuk *tercekik* sib bik panjang umo kakmOn. rupanya Encik mat ngan cik Ummi duk 'mengata' kakmOn eik... jaga kamu eik *angkat jari tunjuk* :p

pssssstttt mcm tau2 aja, kakmOn pun baru semalam buat scone keju, atas permintaan hubby.. hisy hisy hisy memang ade jodoh kita ni eik.. awwww

Mat Gebu said...

salam info...
Waaaa...dah kenyang...hahaha

salam kak ummi...
Tulah kan tadi kita dah gossip pasal scone ni kat YM..kalau tak buat nanti takut pulak kena kutuk paling keji...hehehe

salam puan siti...
Sila lah singgah jangan segan2...

salam ninaz...
Cuba jgn tak cuba..kalau nak buat 1/2 dari resipi yg saya bagi tu pun boleh...test try dulu...

salam Little...
Ooo yg pagi tadi tu yea..di Carcosa Sri Negara tu ke?...saya tgk juga tapi sipi2 jee...

salam ain...
Sedap makan dengan jem, dia tak manis sangat, lemak2 dan harumm..

salam Muna...
Nostalgia kan, alaaa yg tu bukan silap Muna, tapi ceQ rasa, ibu guru tu yg silap resipi n teknik...

salam mamafami...
hahaha..mama, nak ceQ berpantun kaaa...hehehe..

salam kak mon...
Kak terima kasih share resipi tu n minta maaf saya ubahsuai sikit...tapi sedap..i likee!!

melayudilondon said...

Salam Mat Gebu
Saya sukaaa sangat scones ni. kalau ada masa, cubalah resepi saya ni (dipetik dari Delia Smith). Sedap amat.

225g self raising flour
75g butter, at room temp
40g caster sugar
1 medium egg, lightly beaten
a few tablespoons of buttermilk or natural yogurt
a pinch of salt
strawberry conserve and clotted/whipped cream to serve

Heat oven to 220 deg. Meanwhile, place butter in a big bowl and sift the flour into the bowl. Rub the butter and flour together with your fingers until it resemble fine breadcrumbs. Add in sugar (tip : you can add in sultanas at this point in your like).

Lightly beat the egg and add 2-3 tablespoons of buttermilk/natural yogurt. Add into flour mixture and fold gently until it forms a soft dough.

Knead lightly until combined (do not overknead!) and roll out to 2.5cm thickness. Just measure the pastry against the first joint of your finger. It is important that it is at least this height so it will rise beautifully

Using a round cutter, tap sharply to form round shape. Place on baking tray and brush tops with buttermilk/milk. Bake for around 10-12 minutes or until golden brown.

Cool and serve with cream and conserve

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.