BEN ASHAARI

Wednesday, April 14, 2010

PEACH PANNA COTTA..

Peach Panna Cotta
Assalammualaikummm, yuu huu, buat apa tuuu...panas kan cuaca, pening kepala nihh, berbahang, kalau dok luar kejap, biji mata macam berpinau2...tapi tu lah baru panas macam ni dahh sibuk, dahh tak tahan....tul tak. Oleh sebab cuaca panas dan hangat, apa kata kita sejukkan tekak dengan Peach Panna Cotta. Exceli dah ramai yang buat, tapi mat baru ni tergerak hati nak membuatnya. Sedapp sangat bila dihidang dingin, rasa susu tu kan sedikit pun tak memuakkan bila digabung rasa dengan peach puree dan juga peach yang dihiris. Resipi asal mat dapat kat blog "Gert" yang tinggal di America, tapi dia tu org Malaysia, masak pun pandai. Dia buat mang0 panna cotta, tapi mat guna apa yang ada kat rumah jee....Terima kasih pada Gert sebab share resipi senang dan sedap nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 g gelatin halal (mat guna jenama "Nur")
3 camca besar air
2 1/2 cawan susu penuh krim (mat guna 1 1/2 cawan susu sejat + 1 cawan air)
1/4 cawan gula
1 camca teh esen vanilla
1 tin buah peach berkaleng, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sedikit peach yang ditoskan tadi, potong kiub sederhana besar, kisar selebihnya hingga menjadi puree. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Gelatin halal tadi disatukan bersama air, kacau rata dan ketepikan dan biar gelatin mengembang. Masukkan susu dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak atas api sederhana.
  3. Bila guna hancur dan susu mula kelihatan hendak mendidih, matikan api. Masukkan esen vanila dan gelatin tadi. Kacau rata2 hingga gelatin larut. Tuang dalam gelas2 yang telah disediakan, tuang 2/3 penuh. Buat hingga siap
  4. Isikan setiap gelas tadi dengan hirisan kiub buah peach. Biarkan wap panasnya hilang dan simpan dalam peti sejuk sekurangnya 4 - 5 jam hingga mengeras. Sudukan puree buah peach dalam setiap gelas tadi. Hidangkan sejuk...nyamannnn bahh!!!!

12 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

abg mat...selamat petang

wah......sedap nyer, mengoda tu..kalah abc kat kedai kak yam...

tapi kena cb resepi nie cepat2 sbb kulaijaya nie asal jam 5 petang ujan lebat sampai malam......

Mat Gebu said...

salam puan siti...
Betul tu, sama lah, kampung saya pun bial petang je hujan..eh terima kasih yeaa pes tu saya dah terima, nanti saya masak, dan masukkan kat blog....terima kasih sekali lagi...

cikgu isza said...

salam,
tak pernah wat air spesel d rumah.. boleh cuba ni.. buah peach pun x kenal.. tukar lain boleh ke?

MULAN said...

alahai cuaca kering2 ini amatlah sedap tu cikmat...!!!

aroha mizwa said...

as salam CMG..wah terguda la tgk benda alah nie, dh byk dapur buat nie..alkesah nyer wekend lepas jiran sebelah umah ada bg strawbery, dlm paler terus teringat nk buat benda nie alih2 kOi simpan dlm esbox terus terlupa..tgk2 dh lembik..syang sgt...

Kak Rose said...

cantik dan mengujakan...dan yang pasti sedap makan sejuk2 gitu... nak sikit boleh?

Mat Gebu said...

salam cikgu isza...
Boleh saja, strawberi pun ok, peach tu saya guna yg dalam tin..lagi satu kan cikgu, ni lebih kurang mcm pudding, sebab ada gelatin, ok kalau rasa susah nak dpt gelatin kan, cikgu boleh letak serbuk jelly konnyaku (ada jual mana2 pasaraya) tapi make sure guna sikit saya, dalam 3 gm saja...

salam kak mulan...
betul tu kak, lagi2 kalau dihidangkan sejuk..nyamannn..

salam mizwa...
Laaa, kalai lembik rasa2nya dah rosak kan, kalau boleh guna lagi at least boleh kisar halus dan letak sikit gula..untuk hias atas panna cotta tu.

salam kak rose..
Boleh2, ada lagiu 2 gelas kot, buat dapat 6, habis tu dah kena rembatz..tinggal lah 2..hehe

Ummi said...

Mat, akak baru je teringat nak menghabiskan buah peach lebih letak atas kek kelmarin, nak buat peach panna cotta, tgk2 dah muncul kat sini..baguss...gemuk2 montel gelas ko eh..kalu pekena segelas, mau tersandar, hehe..ok nk buat jgk laa..kta penggemar peach tauuu...xpun expired lak peach akak tu nnt..hehe, kta campur sagu gak ok ker..hehee (*mentang2 peminat sagu..hehe)

MamaFaMi said...

Ala Mat.. wat pe Mat buat!!! Kan dah tirrrguda.... letihlah macam ni. Sampai bila pun tak leh rehat.. hehehe...

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, cik mat..tinggalkan kita sgelas, jap gi smpi..

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Hahaha, gelas tu kena lah ikut saiz body tuan punya..kalau yg keding, guna gelas kecik okey...pstt, kak, jom try guna buah ciku, tak pun betik ke, tah2 sedap...

salam mamafami...
Tirguda yeaa..alah mama tu, kalau bukan kat blog saya pun mmg asyik tirguda sesaja....kat FP muna pun tirguda juga kann...

salam sari yusa...
Wokeyy...memang ada tinggal, tapi "gelas" dia saja...hehe

MiJa said...

akhirnya berjaya jugak buat bendalah ni.yeehaaa!!tp agk meriah la..dengan peach,mango & stroberi..smua ada dlm peti ais..caca marba lah jadiknya..=)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.