BEN ASHAARI

Sunday, April 25, 2010

MIX VEGE SAUSAGE BUN

Mix Vege Sausage Bun
Assalammualaikum semua, ok untuk N3 terakhir malam ni, mat nak share satu roti yang boleh dikatakan femes lah juga. Mix vege sausage bun ni rasa2nya pernah buat dulu. Doh asas untuk roti ni mat guna resipi Alex Goh, tapi mat tambah pelembut dan pemantap, kalau sesiapa nak letak water roux pun ok, tapi pepandai lah yea agak2 air dia. Menghasilkan 8 roti dan sesuai untuk kanak2 dan juga mak/ayah pada kanak2 tersebut...hahaha, dalam gambar tu patutnya mat picit lagi sikit mayonnaise sebelum tangkap gambar untuk nampak lagi cun, tapi apa kan daya mayo ku habis leerrr....ok lah jom kita tengok resipi....

BAHAN DOH ROTI :-)
300 g tepung roti
60 g gula halus
5 g garam halus
10 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
2 camca teh instat yeast (mauripan)
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
150 ml air
30 g mentega

BAHAN LAIN :-)
8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
Mix vege secukupnya
Sos tomato secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar, bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan..

13 comments:

NYKOLETT said...

hmmmmmm memang tangkap leleh,nampak yummy betul..kak rose kalau teringin lari jap kat jusco...lambat nak menyiapkannye..kalau jahit langsir dah siap dua umah...hihihi

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abg mat.....rindunya nak masuk dapur abg mat...alahai...kurasakanlapaq yg amat.,..
diet

cikgu isza said...

salam,
tang simpul2 tu mahu ker jadi agaknyer kalo saya buat.. maklumlah,, tangan ni keras ya amattt

Azita Zain said...

CM,
mintak izin nk C&P resepi ni ye. teruja ni...siap dgn cara2 secara bergambar lg... errr...guna tpg gandum biasa jer leh tak?

liana m. said...

roti nih sy slalu beli kat bakery dlm hospital je cik mat.tp cik mat nye nmpak lagi menggiurkan.hehehee :D

Beachlover's Kitchen said...

cantiknya pattern roti tu Mat!! nanti senang I punya nak tiru cara Mat potong dough tu yea.thanks for sharing!

MamaFaMi said...

Huwaaaaaa waaaaaaaa waaaaaaaa
waaaaaaaa waaaaaaaa waaaaaaaa
waaaaaaaa waaaaaaaa waaaaaaaa

fuzidss said...

mengancam gitu

Mat Gebu said...

salam kak rose...
Yess pandai kak rose, satu tindakan yg bijak...kalau nak makan beli jeee senang..yg ni kalau saja je kalau nak menerai..

salam puan siti...
Hehehe, bahaya kan dapur saya, akan menghancurkan diet mu..

salam cikgu isza..
Insya allahh..apa kata suruh cik abg try...mesti berhasil...

salam azita...
sila2 salin dan kalau tak de tepung roti, boleh belasah guna tepung gandum, tak de hal punya..

salam Dr Liana...
hehehe, dr cun dtg lagi!!!, alaaa, jgn puji2..segan pakcik...

salam beach lover...
Apa khabar, lama tak nampak...tu lah, senang saja buat dia, nanti cuba yeaa...

salam mamafami...
Hehehehe...jgn jelesss yea mama...

salam fuzids...
Terus terancam saya membacanyaa...hehe

ct_nurmarlissaa said...

aduhh..sodappp..tueee..nak gi bakeryy lahh

Mat Gebu said...

salam ct...
Hehehehe, cepat dapatkan di bakery terdekat dengan anda...

sulongbikung said...

salam mat gebu..
1st time singgah blog ni..
terus jatuh chenta ;p
pic2 mknan seme menyelerakan..
saya dh try buat roti pizza ni
uihhh sedapnye!!!!!
thanks mat gebu! :)

kebayancute said...

salam..nak tanye mix vege tuh kena rebus dulu ke

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.