BEN ASHAARI

Monday, March 22, 2010

ROTI KISMIS GEBU.

Bun Kismis Gebu
Salam Isnin semua, dah sarapan ke... Hari ni nak share resipi roti kismis gebu, nama asal cuma roti kismis, yang "gebu" tu mat letak sendiri, tapi minta maaf lah sebab dalam gambar tu tak nampak pun kismis dia...Tapi kan kalau in real, bila dan rabak kan roti tu, pasti anda nampak kismis dok diam dalam dia... Sebenarnya resipi ni mat dapat dari blog "Recipes House" dan resipi asal pulak dari blog "Shinta", sorang blogger masak2 dari Indonesia....Terima kasih pada kalian berdua yeaa....

Roti Kismis Gebu
Roti dia sedap dan lembut....Lepas tu kan yang bess, permukaan dia licin jee koo, macam kena botox..lepas sapu mentega nampak lawaa jee...Cuba tengok yang mat dah rabak kan tu, nampak lembut kann...eh..ada pulak kismis sebiji tersentil..perasan tak?...Sambil2 makan roti tu, minum pulak kopi hangat...kena pulak hari hujan..perghhhh!!....2 ketul pun tak cukup!!!... Kita tengok resipi dia pulak yeaa....Oh yea, lupa nak kata, ada sedikit olahan dari resipi asal, sebab mat guna bahan2 yang sedia ada...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

11 comments:

MamaFaMi said...

Ooo kalau Mat Gebu yang buat, nama roti pun kena ada signature Gebu tu eh Mat.. Okaylah tu, alasan yang bernas dan boleh diterima.. ahakss..

Mat, Hana ada panggil Cikgu Sejarah dia, suruh leraikan satu persoalan tu.. cepat jawab Mat. Anak-anak murid ko menanti dengan penuh ketidaksabaran nih...

miza said...

salam.. uiks, comel nyer roti kismis nie.. nak makan pun sayang.. nampak comel jer dalam bekas muffin tu.. gud idea nie.. nak bg anak2 makan diarang sure tertarik gan presentation cam nie.. thanks mat.

Fariza said...

salam mat gebu.. saya ni masih baru dalam bidang memasak ni. maka nak tanya pasal whipping cream..asal saya pukul tapi dia tak jadi gebu mcm sepatutnya ek? saya dah sejukkan batter n cream tapi dia tanak gak gebu.. tapi saya buat ja cheesecake sejuk sedap ok cuma tak puas hati dia tak jadik gebu.. tolong le saya mat... far kuala lumpur.

shaiful said...

Salam Che Mat, first time i masuk dlm blog u ni and dah try macam2 resepi u alhamdulillah menjadi, cuma nak tanya kat mana u dptkan paper cup muffin 2?

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Hahaha, biasa..tak salah kan, kita letak nama "gebu" kat depan dia. Definasi "gebu" itu sendiri boleh dihuraikan dalam pelbagai keadaan, rupa, bentuk dan situasi....pstt, saya dah jawab, tapi tah hapa2..hehe

salam miza...
Yep..salah satu idea nak bagi anak2 kita lebih minat utk menjamah hidangan...

salam fariza...
Ok, pasal whipping cream ni mmg kena putar dalam keadaan sejuk, tapi kalau kitar putar terlebih ianya akan terbantut...cuba putar dengan kelajuan sederhana sampai kembang...

salam shaiful...
Salam kenal dari saya dan terima kasih sudi mencuba yeaa..

salam MLMJ...
Pasal memasak ni, cuma biasa2 jeee. Saya pun lebh suka macam ni low profile je...eh ramai juga blogger dah singgah rumah saya. tu jam dpt lah kita lakukan sessi suai kenal..hehehe..

Raihan Shaari said...

Tergodanya K.An tengok roti kismis GEBU niiihh.. Nak tiru Mat boh dalam muffin cup gaklah... halal Mat ye.. TQ. Banyak pahala Mat hari ni. Amiin.

hana said...

hahahaa.. tima kasih kerna menjwb soklan hentah apa2 tuh! tp aku suker jwpn tuh! rasanya tepat dah! kekeke... roti nih kan cam piala bola apa tuh erk?! alaaaa luper aku! uber er? yer ker? haha... apa2 jerklah! janji montokmu itew telah menggoda akuuu! eh roti yg montoks! bukan ko taw! aww tk rela aku.. hahaha

Fariza said...

salam abg mat makasih ye. tanak wat kelas baking ?

Fariza said...

salam abg mat... whiping cream saya tak nak naik kembang dan ringan macam yg beli tuh. dia kembang sampai tak menitis tapi tak ringan mcm sepatutnya..
even pukui on moderate speed. cream n batter pun dah cukup sejuk.. buat le kelas abg mat leh saya datang belaja ..huuuu... tolongle ag mat...

norain nawawi said...

emm mat gebu, roti tepung ngan high protein flour same ke?

intan said...

Mat nk tanya skit....adunan ni lembek ke?sbb adunan yg sy buat ni agak lembek ...sy guna ck bm...adunan tu melekat pd tgn