BEN ASHAARI

Tuesday, December 8, 2009

KARI ASAM IKAN PARI...

Kari Asam Ikan Pari
As'laikummm...aloo apa kabar semuaa, salam selasa....Masih lagi dalam mood "peranakan", hari ni mat menghabiskan baki ikan pari. Nak masak asam pedas dah jemu, goreng pun macam tak lalu, nak panggang, baru semalam buat. Jadi mat masak lah "kari asam", rasa2nya dah ada kot resipi kat sini. Kadang2 ada juga orang komen kat mat, ada tu kat email, depa dok tanya, aku ni tunjuk gambar masakan ke atau tayang set pinggan mangkuk?...Aiseyy menn, pedas kan, tapi alah small matter, tak kuasa nak layan, itu hak aku laaa, nak letak apa pun...Lagi pun pinggan mangkuk ni semua sendiri punya, ada aku pinjam mak abah koo punya keee?...Amacam pedas tak?.... Kekadangkan gaya pertanyaan tu tak salah, tapi style ayat depa tuu, adehhhh..manyak busuk maaaa!!!!.....

Kari Asam Ikan Pari
Ok berbalik pada resipi ni, ianya ibarat gabungan tiga bangsa, asam pedas org melayu + kari orang india + dimasak oleh cina peranakan....kelas kann. Lagi satu mat perhatikan, rasanya begitu unik, tapi penggunaan herba seperti serai, bunga kantan dan daun kesom adalah "wajib" untuk mendapat rasa sebenar. Tatau lah orang lain, tapi ini resipi yang mat masak. Jika tak makan ikan pari, guna ikan tenggiri pun sedap..Ayam pun sedap juga dimasak gaya sebegini....dah tema "Nyonya Delicacies", kena lah pantun lagi...

PERAHU BERLABUH DI TANJUNG TUAN
BAWA BERSAMA INTAN PERMATA
KARI ASAM LAUK PERANAKAN
BUAT TATAPAN GENERASI KITA

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan pari, kurang lebih 700 g
2 biji tomato, dibelah 4 setiap biji
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom (laksa leaf)
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat kepada beberapa bahagian, perap dengan jus limau kasturi dan garam 10 minit, cuci bersih dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus dan serai. Tumis hingga harum dan masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air untuk mengelakkan rempah kari hangus). Terus menumis hingga harum dan terbit minyak.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesom. Bila mendidih, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak 1-2 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas. Selalunya kari asam ni memang rasa masam sedikit......

8 comments:

ain said...

cik mat tau tak....akak suka tengok pinggan mangkuk cik mat, menambah kesedapan lauk2 resipi cik mat!! gambar pun cantik2 belaka!!

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

salam cik Mat...teringat cerita the little nyonya(hot siri yg sdg dityangkan kat NTV7).....bila lihat mangkuk2 cik Mat nie....begitu juga dgn masakan cik Mat...seadpppppnyaaaa....:)

petunia merah jambu said...

cik mat jgn amik hati ape org cakap... ramai yg suke tgk pinggan2 cikmat yg cantik tu tmasuklah sy. orak nyolong orak nyileh.. suke hati orang ler... dan yg kata masakan cik mat asik ulang ke resepi tipu ke.. pedulikan derang tu.. apapun cik mat sudi bkongsi ilmu...
ni tghari ni nak cube kari asam cik mat tapi gune ikan bawal (ni pun beli kat budapest) sbb pari tgiri xde kat ukraine ni.

§íş £é said...

salam mat!pedulikan apa org nak kata,janji hak kita...kita tak pinjam hak org...kalau nak ikut apa kata org kita jadi katak bawah tempurung ler jawapnya....apa pun sis ucap tahniah..rajin betoi mat masuk dapuq...isk isk isk..mana ppuan yng malas masuk dapuq malu aik kat mat!

Leyza said...

salah tu,bkn katak bwh tempurung tp katak bwh gelas sis lea!katak bwh tempurung dia x npk pepe pun.kalo bwh gelas dia npk semua tp xleh wt pepe.hehehe...(camtu la konon2)
takpe mat tayang dua dua sekali kasi org sume meleleh tengok masakan dgn pinggan mangkuk tu

rhuzzanna@gmail.com said...

asalam...
mat..akak selalu kunjung blog mat menjadi blog kegemaran selain dari bro rozzan dan diana....
mendapat panduan memasak dan resipi2 yg sedap2 semasa kat uk dulu bila dah balik sini tetap menjadi2 rujukan sbb senang nak dpt bahan2...terukan usaha mat....
tak kira apa ler org cakap janji kita bahagia dgn cara kita..kita tak menyusahkan org dan apa yg kita buat ikhlas dan menafaatkan suma insyallah sentiasa mendapat keberkatan NYA jua dunia akhirat..

JC said...

Adussssssssss terliurnya tgk asam pedas tu...ikan pari lg...kalu masuk blog you mesti terbantut segala diet...tabik spring habiss

Hayati said...

Akak pula selalu tengok masakan saja,jarang tengok pinggan mangkuk sebab akak tak intrested kat pinggan mangkuk. Akak intrested kat makanan saja...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.