LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA

Lemak Putih Umbut Kelapa
Salam semua, hari ni nak masak satu lauk yg biasa orang2 kampung masak, terutama jika penebangan pokok kelapa dilakukan. Sekali imbas rupa masakan umbut kelapa tu macam rebung. Tapi umbut kelapa rasanya lemak dan manis. Sedap dimasak lemak putih, lemak pedas, acar dan kerabu. Kira ini antara makanan yang murah tapi sedap.....Umbut tu abah mat pi ambik kat kebun, asalnya pokok kelapa tu elok je, dek kerana hangat hati dia tebang pokok tu dan ambil umbutnya....biasalah kat kampung ni kadang2 masalah juga, kebun kita dah mcm hak org ramai, nak ambik apa, main rembat jeee.....jadi dari asyik naik hangin, elok lah kita hapus kan saja pokok2 tu semua.....senang cerita!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg umbut kelapa, disagat nipis dan rendam (aggaran sahaja)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 - 3 batang serai, dititik (tak suka serai, ganti dgn daun kunyit)
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
2 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan umbut tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 udang kering, bawang besar, bawang putih, lada hitan dan serai. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masak lagi hingga umbut lembut. Tambah santan pekat, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan untuk 2 - 3 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masih atau ikan goreng...kalau ada petai atau jering, lagi lahh sedap.......

Post a Comment

4 Comments

  1. Matttt......sedapnyerrrr umbut kelapa. Bukan senang nak cari umbut kelapa sekarang nie. Kat pasar pun belum tentu ada jual tau...

    ReplyDelete
  2. mat, kg hasben sy menu utama kalau kenduri,umbut masak lemak ni la... mmg sedap... santan yg diguna agak pekat..walaa... mak mertua tau saya suka makan ni, kalau kenduri kendara mmg dia simpan untuk saya, tapi tau jela mana tahan lama mskan gini..cepat no nak basi...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya umbut kelapa. Kat tempat kaka ni kebanyakan umbut kelapa dah di buat jeruk. Kalau kakak dapat umbut kelapa yang fresh boleh la cuba resepi Mat ni.

    ReplyDelete
  4. alamak... my fav nie... huwaaaaaaaaaa... mn nk carik umbut kelapa nie... tolongggg...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.