BEN ASHAARI

Wednesday, November 4, 2009

BINGKA ROTI BERLAUK

Bingka Roti Berlauk
Salam sejahtera untuk semua dan as'laikumm, apa khabar, sihat ke?...Hari ni mat cuba2 buat "bingka roti berlauk" yang resipi asalnya mat dapat dari FP "Kak Liza". Tapikan agak kurang cantik lah, tak macam kak liza buat. Mat punya ada kesan2 minyak sikit. Lain kali bahan lauk dia mat rasa kena toskan dalam tapis, biar minyak dia kering. Tapi dari segi rasa...memang sedap, i tell u...jangan memain2..dah tentu kak liza punya resipi...pakar memasak, ada buku masakan dan pernah keluar kat TV lagi...bukan kak liza tu keluar dari TV, tapi dia memasak dalam rancangan WHI (Wanita Hari Ini) dan juga TV9 dalam rancangan "Nasi Lemak Kopi O"..sedikit masa dulu...Apa2 pun mat doakan yang terbaik untuk kak liza yeaa..

Bingka Roti Berlauk
Jadi kalau rasa ada roti yang dah kejung keras dalam peti sejuk tu, boleh lah mencuba. Dalam resipi asal kak liza, dia guna santan sepenuhnya, mat pun guna santan juga, tapi kalau nak campur 1/2 bahagian santan dengan 1/2 bahagian susu pun ok agaknya. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Bingka ni mat bakar dalam loyang 10 inci x 10 inci, kalau yang penduduk tak ramai dan nak try buat, boleh guna separuh dari resipi dibawah.....Sekali lagi mat ucapkan terima kasih pada kak liza....

BAHAN BINGKA ROTI :-)
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-)
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!

14 comments:

Ummi said...

Mat, ko hentam habis dah ke lapis daging tuh? Seketul pun x tinggal kat akak ek? Kerak pun x tinggaiii ke..uwaaaa...

Ummi said...

ehh..tersyasyuuul..lapis daging lak, bingka roti berlauk la maksud akak..hehee..ni sbb terliur sgt lah ni, smpai silap cakap.. ^_^

ima said...

wah...nampak cam sedap ni...memang mengenyangkan...

Mat Gebu said...

kak ummi...
Alahaiii kesiannya kakak ku sorang ni..ada lagi 5-6 ketul..sat tadi dah kena serang dengan bala tentera termasuk ketua dia...

Mat Gebu said...

ima...
salam, mmg betul, selain muai.... tekak abah2 kita memang sesuai dengan resipi ni...

hanieliza said...

Salam..
alahai EN Mat...
terharu sekali atas tulisan yg dipaparkan..
terimakasih..tapi kkliza bukanlah pakar masak yg terror...
pasni tolong smskan alamat untuk kakliza poskan 10 buku masakan itu..

Scha said...

Salam~

Hi en.mat
resipi ni buat sy
teringatkan arwah nenek sy
nak buatlah weekend ni
thanks for sharing~

Muna said...

la ni...kalau cheq singgah kat sini, cheq bukan saja terlioq tengok makanan.... pinggan mangkok, teko cerek, periok belanga cikMat pun bikin cheq terlioq!

CT Delima said...

salam cik mat..naik rindu lak nak makan masakkan mat hehehe.
mengancam bingka roti berlauk tu, esok lusa buat apa lak mat :-)

linahilmin said...

salam cik mat...
cik mat, lina dah try buat kuih ni semlm.. mmg sedap! tq share resepi.. lina mintak izin publisg resepi kt blog ye. tq..

CIKGU ZAM said...

nampak macam best je,

abdullahjones said...

kuih wajip manis,saya kata. jadi bingka ini bagus dimakan bersama nasi.

joegrimjow said...

mmg menajadi rujukan
;)

MyPeriukBelanga said...

wahlau matt! adek 'tom jones' pun dok mampir sini jgak eh? respek lah.

matt, dah berapo ari omak dok mamam bingka ni, tadak kuih len ka? bingkang-bengkok molot den ngunyah.... :p