BEN ASHAARI

Sunday, October 25, 2009

BUN PANDAN BERKAYA AGAINN!!!!

Bun Pandan Kaya
Salam hujung minggu untuk semua, apa khabar. Ini sepatutnya n3 semalam, tapi tak sempat nak masukkan, tak kesah lah, kalau tak masuk pun tak pe, resipi ulang tayang. Tah2 ada yg bosan dahh....Resipi ni mat dah buat banyak kali juga. Asalnya mat dapat kat fp kak "rin chan" yang femes dengan resipi2 mengancam maut juga gambar2 yang boleh membuatkan kita meleleh air liurr!!!!....Ok lah sebab hari ni macam rajin sikit, mat tulis lah resipi dia...(tapi kat n3 lepas dah ada tau resipi..hmmm)...

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat kaya roll pun ok, canai adunan rata2, sapu kaya dan gulung macam swiss roll, pastu kerat dan susun. Bila sampai waktu membakar, spray air dan tabur kelapa kering.

3 comments:

amboii said...

sedap nampak roti tu, gebu macam mat ??? hehhehe

cupcakekasih said...

walaupun resepi ulang tayang...temguk 100 kali pun tak jemu dear Ahmat Gebu ku sayang...memang menggebukan selera bun ini.

makcikkantin said...

CMG, alaaahai, nampak gebulah sesangat, very cantiklah roti tu.....tak mungkin camera trick kan? he he..makcik tak pernah dapat buat roti yg boleh dibanggakan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.