BEN ASHAARI

Saturday, September 12, 2009

TUMIS AIR UDANG GALAH

Tumis Air Udang Galah
Salam sejahtera semua, apa khabar...Ini menu berbuka semalam, sebab mat masukkan n3 ni jam 3+ pagi (hari Sabtu). Ini belen2 udang galah dalam simpanan, adalah dalam 7 ekor, tapi kan, saiz dia gigantic u, bukan jenis "anak2 ikan" yeaa...ahaks!...Selalu masak lemak memanjang, jemu sungguh kan, jadi mat buat satu masakan paling senang di dunia, dunia dulu hingga lah dunia sekarang!.. Yelah, masakan tumis air ni, sesapa leh masak, tul tak? Makan dengan nasi hangat dan sambal belacan pun dah cukup.....ishh sedap nihh!!...

BAHAN-BAHANNY :-)
7 ekor udang galah saiz besar, dibersihkan, cuci dan tos
2 tiub tauhu jepun, kerat 6 setiap tiub dan goreng garing
5 batang crab stick, kerat 2 setiap batang
1 biji tomato, belah 4
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 liter air (atau secukupnya)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan udang dan kacau rata. Tuang air dan masukkan kiub ikan bilis, biar mendidih.
  2. Tambah tauhu dan perisakan dengan garam, serbuk lada hitam dan secubit gula. Biar mendidih hingga udang masak. Akhir sekali masukkan crab stick tadi dan masak sekejap.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ulam2man dan sambal belacan. (mat tek letak daun sup/daun bawang, sebab tak de...hehehe :-)

6 comments:

ain said...

baru sy perasan...kalau bab2 udang cik mat...mmg beso2 dan selalu masuk n3. senang nak dpt ke kat sana cik mat..??

cikmanggis said...

selamat hari raya maaf zahir batin buat mat sekeluarga semoga sentiasa sihat walafiat

d i d a said...

lor cikmat..nsuk n3 lmbt sgt.smlm pnya la sy cari nak msk pe udang..last2 goriang ja la. jemu msk lemak n kari saja.

Am-flora said...

aduh! x tahanlah cik mat..nengok udang tu bosar2 lagi, mnjala dendiri ke? he..he.. cam sedapnya tumis air tu, lehlah tiru! slmt hari raya buat cik mat sefamily!

My Asian Kitchen said...

sedapnya nampak udang galah sup ni!! btw,suka lagu raya ni.dah lama tak dengar hari raya...selamat berpuasa Mat!!

fatin said...

hye mat gebu saya nk berkongsi resepi2 awk ni bole ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.